P Pinang Lulus Peruntukan Rm300 000 Untuk Operasi Pembenihan Awan Di Kawasan Utara


GEORGE TOWN, 28 April — Kerajaan Pulau Pinang meluluskan peruntukan RM300,000 untuk membiayai operasi pembenihan awan di Pulau Pinang dan Kedah yang dijangka akan dilaksanakan akhir bulan ini sehingga Mei.
Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa berkata operasi pembenihan awan itu perlu dilaksanakan segera untuk memastikan air mentah di dua negeri itu mencukupi hingga musim hujan berikutnya pada bulan Ogos.
“Pada 22 April lepas, PBAPP mengemukakan Pelan Kontingensi Bekalan Air kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow. Mesyuarat meluluskan pelan itu kerana sekarang adalah musim peralihan monsun ketika adanya awan hujan.
“Oleh itu, kebarangkalian kejayaan mencetuskan hujan adalah lebih tinggi. Operasi pembenihan awan akan dilakukan oleh syarikat yang disyorkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Jabatan Meteorologi juga akan memberikan nasihat meteorologi pakar mengenai operasi pembenihan awan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata kapasiti efektif enam empangan utama di Pulau Pinang dan Kedah pada masa ini sangat rendah kerana hujan yang luar biasa rendah sejak separuh kedua tahun 2019.
Jaseni berkata sehingga semalam, kapasiti efektif tiga empangan di Pulau Pinang iaitu Air Itam, Teluk Bahang dan Mengkuang masing-masing berada pada paras 33.3 peratus, 20.4 peratus dan 67.2 peratus, perbezaan ketara dengan paras yang direkodkan ketiga-tiga empangan itu pada 1 Jan lepas iaitu 65.2 peratus, 41.8 peratus dan 74.9 peratus.
Kapasiti efektif tiga empangan di Kedah pula iaitu Muda, Beris dan Pedu masing-masing pada paras 5.4 peratus, 41.7 peratus dan 33.9 peratus setakat semalam berbanding paras yang direkodkan pada 1 Jan lepas iaitu 31.9 peratus, 92.4 peratus dan 52.5 peratus, katanya.
“PBAPP mengunjurkan untuk meningkatkan kapasiti efektif Empangan Air Itam sebanyak 20 peratus, Teluk Bahang (15 peratus) dan Mengkuang sebanyak lima peratus dari operasi pembenihan awan dan hujan peralihan monsun semasa dalam bulan April hingga Mei ini.
“Kapasiti tambahan ini diperlukan pada bulan Jun ini untuk memastikan bekalan air yang cukup untuk Pulau Pinang sehingga musim peralihan musim seterusnya pada bulan Ogos. Pada masa yang sama, PBAPP akan memantau dengan teliti kapasiti efektif Empangan Muda, Beris dan Pedu di Kedah serta paras air Sungai Muda,” tambahnya.
Sumber: BERNAMA
The post P. Pinang Lulus Peruntukan RM300,000 Untuk Operasi Pembenihan Awan Di Kawasan Utara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/28/p-pinang-lulus-peruntukan-rm300000-untuk-operasi-pembenihan-awan-di-kawasan-utara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Minta Pembenihan Awan Segera Di Utara Semenanjung

Pulau Pinang Minta Pembenihan Awan Segera Di Utara Semenanjung

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 262 hits
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang mendesak Jabatan Meteorologi mempercepat operasi pembenihan awan di utara semenanjung untuk mengatasi paras air rendah di enam empangan besar di Pulau Pinang dan Kedah berikutan kekeringan yang tidak bias...
Segera Lakukan Pembenihan Awan Pbapp

Segera Lakukan Pembenihan Awan Pbapp

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 193 hits
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memohon agar Jabatan Meteorologi segera melaksanakan pembenihan awan bagi mencetuskan lebih banyak hujan di Pulau Pinang dan Kedah Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata tindakan itu ...
Youtubing Kelangsungan Produk Pelancongan Marang Rm25 000 Peruntukan

Youtubing Kelangsungan Produk Pelancongan Marang Rm25 000 Peruntukan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 254 hits
Terengganu Cadang Program YouTubing Ganti Karnival Candat SotongMARANG 18 April Kerajaan Terengganu melalui Portfolio Pelancongan bercadang melaksanakan Program YouTubing Produk Pelancongan Marang sebagai langkah menggantikan Karnival Canda...
Pulau Pinang Kaji Cadangan Benar Operasi Restoran Nasi Kandar Waktu Sahur

Pulau Pinang Kaji Cadangan Benar Operasi Restoran Nasi Kandar Waktu Sahur

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 728 hits
Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan mengkaji cadangan beberapa pengusaha nasi kandar di bahagian pulau untuk menjalankan operasi penghantaran makanan pada waktu sahur dalam tempoh perintah kawalan p0ergerakan berkuat kuasa Datuk Bandar MBPP ...
Dalam Tempoh 24 Jam Hampir 7 000 Kematian Akibat Covid 19 Di Seluruh Dunia

Dalam Tempoh 24 Jam Hampir 7 000 Kematian Akibat Covid 19 Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 384 hits
Sebanyak 6 979 kes kematian akibat COVID 19 telah dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam di seluruh dunia Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu setakat ini adalah 126 597 kes secara global Menurut data Worldomete...
Grab Umum Waktu Operasi Baru Sehingga 12 Tengah Malam Untuk Grabfood Sehingga 11 Malam Untuk Grabcar

Grab Umum Waktu Operasi Baru Sehingga 12 Tengah Malam Untuk Grabfood Sehingga 11 Malam Untuk Grabcar

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 463 hits
Grab hari ini telah memulakan waktu operasi baru selari dengan pembukaan beberapa sektor ekonomi di beberapa buah negeri Perubahan baru ini memberikan kesan terhadap operasi GrabFood GrabMart dan juga GrabCar selain GrabExpress Untuk GrabEx...
Pemerintah Siap Produksi 16 000 Apd Berstandar Who Per Hari

Pemerintah Siap Produksi 16 000 Apd Berstandar Who Per Hari

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 202 hits
Juru Bicara Pemerintah Penanganan Covid 19 Achmad Yurianto menyatakan negara sangat serius mengurus kebutuhan tenaga medis saat berjibaku melawan Covid 19 Karenanya komitmen tersebut diwujudkan dengan terus memproduksi alat pelindung diri h...
Lebih 500 000 Akaun Pengguna Zoom Dicuri Penggodam

Lebih 500 000 Akaun Pengguna Zoom Dicuri Penggodam

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 286 hits
Sejak beberapa minggu lalu lagi sudah kecoh mengenai satu aplikasi yang dikatakan menjadi punca dalam beberapa kes kehilangan duit simpanan individu tanpa disedari mereka Aplikasi yang disebutkan itu adalah Zoom di mana ia semakin popular s...
Strategi Tanpa Lockdown Lebih 1 000 Kematian Covid 19 Di Sweden

Strategi Tanpa Lockdown Lebih 1 000 Kematian Covid 19 Di Sweden

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 245 hits
Strategi tanpa Lockdown Lebih 1 000 kematian COVID 19 di SwedenSEORANG lelaki memakai topeng muka ketika ditemui di Sodermalm Stockholm Foto AFPStrategi tanpa Lockdown Lebih 1 000 kematian COVID 19 di SwedenSweden dilaporkan mencatat lebih ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti