Oxo Tot Feeding Set Untuk Qaayed
Assalamualaikum. Ayue ni boleh dikatakan seorang ibu yang agak cerewet bila ianya sesuatu yang berkaitan dengan Qaayed. Ayue ingat lagi 6 bulan lepas masa Qaayed baru mula diperkenalkan dengan solid food, macam-macam ilmu baru yang Ayue kaji dan belajar semata-mata untuk pastikan Qaayed dapat yang terbaik sama ada makanan dan juga peralatan yang digunakan. Terbaik maksud Ayue bukan lah sesuatu yang mahal hargaya, tapi yang selamat untuk baby, praktikal dan mudah untuk baby kendalikan.
Qaayed dah mula baby-led weaning dari umur dia 8bulan lagi. Ayue sengaja ajar dia untuk makan sendiri supaya dia lebih berdikari, mempunyai kebebasan untuk memilih makanan yang hendak dimakan dan tidak menjadi seorang yang picky eater. Alhamdulillah so far memang Qaayed makan apa saja yang disajikan. Jadi bila dia berpindah dari fasa baby kepada toddler, Qaayed perlukan feeding set yang baru yang sesuai dengan umur dia. Bila Ayue diberi peluang untuk mencuba feeding set dari OXO Tot, Ayue excited sangat sebab Ayue memang ada wishlist barang baby yang Ayue nak belikan untuk Qaayed, dan OXO Tot adalah salah satu daripadanya, Nak tahu apa set OXO Tot yang Qaayed tengah guna sekarang? Ok, meh Ayue share.
4pcs Toddler Feeding Set
4pcs Toddler Feeding Set ni sudah cukup lengkap sebenarnya untuk keperluan harian Qaayed. Set ni ada semua benda yang Ayue perlukan.
1 x Large Bowl1 x Plate Ring1 x Fork1 x Spoon
Tapi apa yang Ayue suka sangat adalah pinggannya mempunyai ring keliling yang membantu untuk toddler kaup makanan dari pinggan supaya tak tumpah. Menarikkan?Qaayed baru belajar nak guna sudu garfu, jadi kadang-kadang bila dia nak kaup nasi masuk sudu, mesti susah. Bila ada ring keliling tu, senang sikit nasi tu nak masuk dalam sudu. Mangkuknya pula besar dan memudahkan Ayue untuk letak pelbagai makanan didalamnya. Nak bawa travel pun senang sebab ia ada penutup yang sangat kedap. Masuk dalam diapers beg pun tak tumpah. Sudu dan garfu pula mempunyai pemegang yang efektif, Qaayed dapat pegang dan selesa menggunakan sudu dan garfu nya untuk makan. Tengok lah tu, macam pro kan? Haha.
Transition Sippy Cup Set 6oz
Sebenarnya sebelum ni Ayue pernah cuba beberapa kali untuk train Qaayed menggunakan sippy cup. Pelbagai jenama dah Ayue cuba tapi dia tetap tolak. Tapi bila Ayue bagi sippy cup OXO Tot ni, dia tak tolak pun tau. Ayue rasa mungkin sebab bentuk muncung sippy cup ni berbentuk almond dimana bila dia sentuh saja bibir pada muncung tu, ia akan terbuka. Jadi mudah lah untuk mereka minum. Menariknya, set sippy cup ni juga didatangkan dengan Training Lid yang menyerupai cawan orang dewasa. So bila Qaayed dah ready untuk guna cup nanti, Ayue akan tukarkan saja Training Lid ni. Best kan
Roll Up BibOk bib ni boleh dikatakan penyelamat para ibu sebenarnya tau sebab bib ni ada poket untuk kumpul makanan yang jatuh masa Qaayed makan. Toddler kan, makan mesti bersepah-sepah, kadang-kadang tu banyak yang ke lantai dari masuk mulut. Tapi bila pakai bib ni, makan yang jatuh ke dalam poket tu Qaayed boleh kutip balaik dan makan! Haha. Ayue tak risau sebab bib ni diperbuat daripada food-safe silicone. Berbaloi macam ni. Ibu pun tak pening nak kemas lepas Qaayed makan. Yang bestnya bib ni nampak je besa, tapi ia boleh roll jadi kecil dan simpan dalam diapers beg tau. Ayue memang bawa bib ni ke mana saja bila keluar. Jimat space dan senang nak bersih kan. Fabrik yang digunakan dekat keliling leher tu pula lembut saja. Malah bib ni boleh masuk mesin tau! Mudah berganda
Baby Food Mill with Silicone Feeding Spoon
Walaupun Qaayed dah tak makan pureed food, tapi Ayue still guna fppd mill ni untuk prepare makanan Qaayed sebab Qaayed ni memang Ayue dah ajar untuk makan pelbagai, jadi menu dia sentiasa berubah-ubah. Kadng tekak melayu. kadang tekak western. Kalau dulu, bila Ayue nak buat flavoured yogurt guna fresh fruit, Ayue akan guna masher untuk mash fruit sebelum campur dengan yogurt, tapi sekarang Ayue guna food mill ni saja. Lagi senang dan lumat. Ibu-ibu yang masih bagi puree pada baby tu boleh gunakan food mill ni sebagai alternatif untuk food processor/blender. Lepas siap puree, boleh terus scoop makan dari atas je. Nak travel pun senang tau. Bawa je food mill ni, size pun kecil je. No hassle
Macam mana? Menarik tak? Haa, sebab tu lah Ayue kata OXO Tot ni ada dalam wishlist Ayue sebab tengok lah, best kan barang-barang dia? Mommies kalau nak dapatkan produk OXO Tot ni boleh dapatkan di Happikiddo, The Babyloft, Sharing Babyland, Baby Tree Hause, Bebehaus dan banyak lagi kedai berhampiran anda
xoxo,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ayueidris.com/2018/11/oxo-tot-feeding-set-untuk-qaayed.html