Outsource Kerja Pemasaran Untuk Berikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Pelanggan


Berapa lama masa yang anda peruntukkan untuk bekerja dalam sehari?
 
Kalau normal working hours, dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang adalah bersamaan dengan 8 jam bekerja. Kita anggap satu jam adalah masa untuk rehat.
 
Kita sedia maklum, suasana kita di Malaysia dengan traffic jam, tanggungjawab sebagai suami yang kena jemput isteri balik dari tempat kerja, atau tanggungjawab sebagai ayah yang kena ambil anak di pusat jagaan, membuatkan kita kesuntukkan masa untuk jalankan bisnes kita sendiri.

Maka tak hairanlah kalau individu yang bekerja makan gaji dengan majikan sampai bila-bila akan terus bekerja. Mereka memang tak ada masa untuk fikir dan rancang perniagaan mereka sendiri.
 
Pendapatan yang bakal diperolehi melalui perniagaan memang tidak tetap. Ada masa tinggi, ada masa rendah, boleh jadi akan rugi. Namun semua perkara ini boleh ditangani dengan baik sekiranya kita mempunyai pelan rancangan perniagaan yang baik untuk menyokong perniagaan yang kita jalankan.
 
Kita ambil satu contoh bagi memudahkan penceritaan.
 
Katakanlah anda merupakan seorang akauntan yang mempunyai pengetahuan yang sangat baik terhadap sistem percukaian di negara kita. Lalu anda pun menubuhkan sebuah firma perakaunan dan salah satu perkhidmatan yang anda tawarkan adalah perkhidmatan berhubung percukaian.
 
Kepakaran anda adalah mengenai sistem percukaian di negara kita. Persoalannya ialah, adakah anda juga seorang yang PAKAR dalam bidang pemasaran?
 
Jika anda memang pakar, maka bagus. Anda boleh buat sendiri kerja-kerja pemasaran. Tapi berbalik kepada isu pertama, adakah anda ada masa untuk buat kerja-kerja pemasaran, sedangkan masa anda lebih baik digunakan untuk beri perkhidmatan terbaik kepada klien yang perlukan kepakaran anda.
 
Kenapa anda perlu buat sendiri kerja pemasaran sedangkan anda boleh outsource kepada orang lain! Pemasaran ini ada macam-macam kaedah.
 
Ada yang menggunakan kaedah iklan berbayar diinternet, seperti menggunakan Google Adwords, Facebook Ads, Instagram Ads, Twitter Ads, dan macam-macam lagi.
 
Ada juga kaedah pemasaran yang tak memerlukan sambungan internet contohnya seperti memasang banner, iklan jenis billboards dan sebagainya.
 
Kemudian bila kita pergi dengan lebih dalam lagi, kita akan temui pula kaedah pengiklanan yang dinamakan sebagai content marketing. Kalau dalam bahasa Melayu bolehlah kita sebut ia sebagai pemasaran konten.
 
Pemasaran konten ini sebenarnya teknik pemasaran percuma.
 
Pengguna teknik atau kaedah pemasaran ini akan menghasilkan konten yang menarik untuk disiarkan sama ada di media sosial, blog, internet, radio ataupun televisyen.
 
Proses untuk menghasilkan konten yang menarik, boleh jadi sangat mengambil masa. Ia bergantung kepada apa jenis konten yang anda ingin hasilkan.
 
Bila sebut tentang pemasaran konten, ada EMPAT jenis yang utama, iaitu
i. Konten dalam bentuk audio
Anda rakam suara dan siarkan di radio.
 
ii. Konten dalam bentuk imej
Contohnya anda hasilkan poster, info grafik, dan imej-imej yang menarik yang relevan dengan bisnes yang anda jalankan.
 
iii. Konten dalam bentuk video
Sama ada video yang melibatkan beberapa orang pelakon dan disiarkan di youtube, media sosial ataupun di kaca televisyen.

iv. Konten dalam bentuk artikel
Anda hasilkan penulisan untuk disiarkan di media sosial, majalah, surat khabar, buku ataupun blog seperti yang anda baca sekarang ini.
 
Patutkah anda buat semua sekali pemasaran konten? Atau fokus satu atau dua sahaja? Semuanya terpulang kepada anda.
 
Ia juga bergantung sama ada pelanggan sasaran anda berada di platform yang anda sasarkan atau tidak. Berbalik kepada contoh sekiranya anda menjalankan perkhidmatan berkaitan servis percukaian.
 
Adakah bakal pelanggan anda seorang yang gemar mendengar radio? Jika ya, channel radio apakah yang mereka akan dengari?
 
Jika jumlahnya tidak begitu banyak, boleh jadi ia hanya membuang masa dan tenaga untuk hasilkan konten audio yang baik, akhirnya tiada siapa yang mendengar mesej yang anda sampaikan.
 
Saya merupakan salah seorang pengamal kaedah pemasaran konten.
 
Walaubagaimanapun, saya tak cukup gila nak explore kesemua sekali. Setakat ini, fokus saya adalah lebih kepada pemasaran konten menggunakan medium artikel. Lagipun itu merupakan kepakaran dan kemahiran yang saya ada.
 
Saya pernah cuba nak buat pemasaran konten dan fokus kepada menghasilkan info grafik dan juga video. Namun hasilnya, kurang memberangsangkan dan saya dapati, saya ambil masa yang agak lama semata-mata untuk hasilkan design yang menarik dan untuk merakam video berdurasi tak sampai 5 minit.
 
Kalau saya betul-betul perlukan konten dalam bentuk imej ataupun video satu hari nanti, saya rasa saya mungkin akan outsource sahaja kepada orang lain. Walaupun kena bayar, tapi ia lebih menjimatkan masa dan jika projek tersebut diberikan kepada individu yang memang pakar dalam bidangnya, ia pasti dapat siap dalam jangka masa yang cepat.
Baca juga: 10 sebab kenapa anda perlu outsource sebahagian daripada proses bisnes anda
 
Sebagai freelancer, saya juga beberapa kali terlibat bekerjasama dengan pelanggan saya yang menjalankan bisnes yang pelbagai. Ada bisnes homestay, bisnes kereta sewa, bisnes jual kek dari rumah, bisnes produk digital dan sebagainya.
 
Dalam projek-projek yang saya senaraikan, peranan saya cukup mudah. Saya akan hasilkan konten dalam bentuk artikel dan seterusnya saya akan berikan trafik (pelawat/prospek/pelanggan) ke laman web milik pelanggan saya.
 
Bila kerja-kerja pemasaran konten telahpun saya bantu, jadi pelanggan saya ini tak perlu lagi risau tentang kerja membina artikel atau konten untuk bisnes mereka.
 
Ianya satu bentuk kerjasama menang-menang. Saya boleh menulis di blog seperti biasa, dan pelanggan saya menerima limpahan trafik dari hasil kerja penulisan saya.
 
Bagi mereka yang tak biasa dengan pemasaran jenis konten spesifik untuk jenis artikel, mungkin agak sukar nak faham apa yang saya cuba sampaikan. Jadi saya berikan contoh salah satu hasil kerja yang saya pernah hasilkan sebelum ini.
 
Lihat screenshot dibawah ni.

Ini adalah artikel berkaitan dengan percutian ke Sabah dan ia diterbitkan pada bulan Januari 2018. Sehingga ke hari ini, ia telah dilihat sebanyak 31, 152 kali tanpa saya menggunakan sebarang teknik berbayar. Semua ini hanya menggunakan teknik Search Engine Optimization sahaja.
 
Cubalah tanya kepada mereka-mereka yang menggunakan kaedah iklan berbayar. Berapa agaknya yang perlu dibelanjakan untuk dapatkan jumlah view sebanyak itu?
 
Nak dengar yang lagi menarik?
 
Artikel ini akan terus menerima limpahan pembaca dan trafik, selagi mana ia masih lagi disiarkan di blog saya. Ini adalah salah satu keistimewaan apabila anda menggunakan kaedah pemasaran konten dengan menghasilkan artikel iklan dan disiarkan dalam blog.
 
Setiap konten yang dibincangkan, sama ada dalam bentuk audio, imej, video mahupun artikel ada potensi untuk berikan pulangan yang baik kepada perniagaan anda. Namun, semua itu bergantung kepada sejauh mana anda mampu untuk hasilkan konten yang menarik dan mempunyai value kepada golongan sasaran anda.
 
Selagi mana hasil kerja tersebut bagus dan bernilai, selagi itu ia akan terus menerus menyumbangkan bisnes untuk anda.

Tak perlu susah payah nak buat sendiri. Kerja pemasaran ini, anda boleh outsource dan bebaskan diri anda untuk lakukan perkara lain yang memang anda pakar dan yang memang anda suka dalam bisnes yang anda jalankan.
 
Bab nak hasilkan konten biar saya yang handle. Anda fokus kepada perkara lain yang lebih susah, yang hanya anda seorang sahaja yang layak lakukan dalam bisnes anda.
 
Salah seorang pelanggan saya menawarkan khidmat percukaian kepada individu dan syarikat. Anda boleh ke laman web ini untuk maklumat lanjut, sekiranya anda ada sebarang masalah berkaitan dengan percukaian.
 
 
The post Outsource kerja pemasaran untuk berikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/outsource-kerja-pemasaran-dan-beri-perkhidmatan-terbaik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apple Akan Berikan Iphone Baharu Jika Peranti Pelanggan Hadapi Kerosakan Teruk

Apple Akan Berikan Iphone Baharu Jika Peranti Pelanggan Hadapi Kerosakan Teruk

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 311 hits
Ini pastinya berita baik buat pengguna Aplle apabila kini pihak Apple telah melonggarkan sedikit syarat mereka dengan membenarkan juruteknik membaiki peranti pelanggan bagi Iphone yang rosak walaupun didapati ia menggunakan bateri daripada ...
Kerja Sama Di Bidang Geothermal Indonesia Akan Berikan 25 Beasiswa Buat Djiboti

Kerja Sama Di Bidang Geothermal Indonesia Akan Berikan 25 Beasiswa Buat Djiboti

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 236 hits
Wakil Presiden Jusuf Kalla menerima kunjungan Perdana Menteri Republik Djibouti H E Abdoulkader Kamil Mohamed di Istana Wapres Jakarta Kamis Dalam pertemuan itu Wapres JK menyanggupi Indonesia akan memberikan pendidikan kepada Djibouti untu...
Tugas Kerja Juruaudio Visual Gred N19 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Tugas Kerja Juruaudio Visual Gred N19 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 2123 hits
Tugas Kerja Juruaudio Visual Gred N19 Secara ringkasnya tugas kerja Juruaudio Visual N19 ialah orang yang bertanggungjawab mengendalikan pemasangan The post appeared first on
Yoodo Menawarkan 3gb Data Percuma Untuk Pelanggan Disebabkan Gangguan Perkhidmatan Sebelum Ini

Yoodo Menawarkan 3gb Data Percuma Untuk Pelanggan Disebabkan Gangguan Perkhidmatan Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 342 hits
Yoodo telah mengalami sedikit gangguan pada awal minggu ini dimana sejumlah pengguna terputus perkhidmatan talian selain ada yang kehilangan kuota dan sebagainya Walaubagaimanapun masalah teknikal berkenaan telah pun kini diatasi dan sebaga...
Graduan India Paling Teruk Didiskriminasi Dalam Permohonan Kerja

Graduan India Paling Teruk Didiskriminasi Dalam Permohonan Kerja

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 499 hits
KEADILAN DAILY Lepasan universiti berbangsa India paling teruk didiskriminasikan dalam permohonan kerja di sektor swasta demikian dapatan firma kajian sains sosial dan tingkah laku The Centre for Governance and Political Studies Cent GPS me...
Pulau Pinang Disenaraikan Cnn Sebagai Salah Satu Destinasi Pelancongan Terbaik Di Dunia

Pulau Pinang Disenaraikan Cnn Sebagai Salah Satu Destinasi Pelancongan Terbaik Di Dunia

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 361 hits
Sebut saja Pulau Pinang pastinya ramai akan fikir syurga makanan dengan kepelbagaian makanan yang ada antaranya kopi kaw aunty Avelin dan banyak lagi Kini Pulau Pinang tersenarai di tempat ke 15 daripada 19 destinasi perlancongan terbaik ta...
Umur Terbaik Untuk Berkahwin Adalah 28 Hingga 32 Ini Penjelasannya

Umur Terbaik Untuk Berkahwin Adalah 28 Hingga 32 Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 240 hits
11812 SHARES Dalam masyarakat kita biasanya umur paling disarankan untuk berkahwin adalah di antara 22 hingga 25 tahun Walaubagaimanapun sejak beberapa tahun lepas berkahwin lewat sudah menjadi trend orang zaman sekarang Menerusi satu kajia...
10 Negara Dengan Pertumbuhan Ekonomi Terbaik Dan Terburuk

10 Negara Dengan Pertumbuhan Ekonomi Terbaik Dan Terburuk

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 229 hits
5 Negara dengan pertumbuhan ekonomi terbaik seperti disebut Best Performing The Fastest Growers and Biggest Shrinkers of 2019 yaitu Syiria Bangladesh Bhutan India dan Rwanda
5 Resort Terbaik Di Pulau Pangkor Pilihan Agoda

5 Resort Terbaik Di Pulau Pangkor Pilihan Agoda

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 467 hits
Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak darul Ridzuan kini menjadi tumpuan pelancong kerana telah diisytiar sebagai Pulau Bebas Cukai semasa pembentangan bajet 2018 Pulau yang terkenal dengan keindahan pantainya serta pelbagai tarikan m...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids