Outrun By Running Man New Variety Show Spin Off
Outrun by Running Man | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang saya kasihi sekalian. semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya nak kongsikan mengenai program candawara terbaharu di Korea iaitu Outrun by Running Man.
Apa Itu Outrun by Running Man
Outrun by Running Man merupakan sebuah rancangan spin off daripada Running Man yang kita biasa tonton. Dari tahun 2010 saya merupakan penonton setia rancangan ini. Setiap episod tanpa pernah terlepas. Sejak zaman belajar lagi.
Untuk spinoff ini, mereka mengekalkan 3 orang ahli RunningMan iaitu Kim Jong Kok, Haha dan Ji Suk Jin. Ahli lain pun ada juga membuat penampilan mereka dalam rancangan ini.
Apa yang menariknya untuk Outrun by Running Man ini, konsep mereka masih sama seperti RunningMan namun lebih terbuka. Jika RunningMan ditayangkan di TV umum, maka banyak babak yang tidak sesuai akan dipotong. Namun untuk Spin-off ini, ianya ditayangkan di saluran dalam talian iaitu Disney+. Jadi lebuh ekstrim dan menarik.
Untuk setakat entri ini ditulis, 2 episod telah ditayangkan. Pada episod pertama mereka membincangkan tentang konsep yang mereka mahu lakukan untuk program ini. Namun pada episod kedua memang menarik dan juga mengimbau memori lama.
Mana tidaknya, seramai 10 orang idol baharu dijemput menjadi tetamu. Lebih menarik, mereka memakai topeng tanpa mengetahui nama sebenar mereka. Maka aktiviti popular running mana dilaksanakan iaitu mencabut tag nama.
Idol yang menjadi tetamu di episod 2
Sesiapa yang berjaya mencabut tag nama, topeng mereka akan dibuka dan diperkenalkan nama mereka kepada penonton. Jadi buat idol yang ingin mempromosikan kumpulan mereka kenalah berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat mencabut tag nama ahli Running Man.
Fuh memang mendebarkan bila mereka berlari-lari. Inilah konsep asal RunningMan. Lari!
Akhirnya ada beberapa tetamu yang berjaya mencabut tag nama Haha dan Ji Suk Jin.
Bagi saya konsep rancangan ini cukup menarik. Sebab bagi saya rancangan Running Man sekarang sudah kurang lasak. Ye la kan semua dah berumur. Saya yang dulu memula tengok rancangan ni pun sekarang dah tua. Nak lari pun tak larat. Apatah lagi ahli RunningMan yang lebuh berumur dari saya
.
Baiklah bagi sesiapa yang ingin menonton Outrun by Running Man bolehlah menonton di saluran Disney+. Buat masa ini 2 episod telah ditayangkan di sana. Setiap episod baharu akan ditayangkan pada setiap hari Rabu. Jadi jangan lepaskan. Saya memang peminat setia akan tunggu lah. Seperti saya tunggu setiap episod baru Running Man
The post Outrun by Running Man – New Variety Show Spin-off appeared first on AMIRNAWAWI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://amirnawawi.com/outrun-by-running-man-new-variety-show-spin-off/