Our Weekend Story Fujifilm Shoot Print Share Photo Exhibition
Asalnya kitorang takde activity nak buat. Aku pun jadi hilang arah. Nak pergi somewhere tapi taktahu nak kemana, nak buat something tapi tak tahu apa.
Last last kitorang decide pergi je dulu HQ Red One dekat Puchong sebab nak setelkan urusan tukar ownership lepastu nanti baru fikir nak ke mana.
Along the way nak balik semula Damansara, lalu la area Sunway Pyramid tu. So terus cadangkan dekat Hilmi
"Kite pergi Sunway jela, aci tak?"
Nasib la Hilmi on je. Padahal masing masing dah muak gila nak jalan jalan dekat mall
Sampai dekat Sunway Pyramid, kitorang nampak ada event Fujifilm. Ada launching camera baru ke apa ntah , lepastu masa tengok tengok tu tetiba one of the crew suggest untuk kitorang main kumpul kumpul stamp untuk dapatkan free gift
Sebabkan kitorang pun dah boring gila taktahu nak buat apa, kitorang layankan jela. Seronok! Rasa macam main amazing race wakakak. Sebab kena pergi certain certain check point & collect stamp. Ada yang dekat G floor, ada dekat 1st floor, so kena berjalan sikit la
Kalau nak collect stamp, kitorang kena buat something on every check point. Tapi activity diorang prepare tu best and senang gila. Cuma ambik ambik gambar, and print je
Check point 1st yang kitorang pergi, kena ambil gambar guna instax camera. Best je tengok camera dia guna tu. Boleh ambil ambil gambar, pastu pilih mana yang nak print. Syok wey rasa nak beli satu je camera camni haha
2nd Check point, kitorang kena download apps Fujifilm lepastu pilih gambar untuk print in square size. Aku jadi blur jap masani taktahu nak print gambar mana so aku pilih gambar kahwin jela senang haha . Masa dekat 2nd check point ni juga, kitorang diminta untuk isi survey
3rd Check point, ambil gambar dengan bebola warna warni ni. Lepastu diorang printkan dalam size 4r. Cantik gila kualiti gambar gambar Fujifilm ni. Aku rasa macam nak beli segala mak nenek camera and printer diorang ada. Okay dah boleh masukkan dalam wishlist la lepasni
Lagi 3 stamp, kitorang collect dengan pergi dekat beberapa zone tempat ada photo gallery macam dekat bawah ni. Gambar gambar ni semuanya submission daripada orang ramai. Aku rasa dorang join contest kot. 8000 gambar penyertaan yang dihantar, semuanya pihak Fujifilm print and showcase kan macam ni. Ada berbelas zone dalam Sunway Pyramid ni yang dorang letat photo gallery ni. Tapi nasib lah diorang minta 3 je stamp. Kalau tak, jenuh jugak la nak pergi semua zone menagih stamp haha
Dah habis collect stamp, dah boleh proceed dengan Lucky Draw. Aku dapat t-shirt, Hilmi pulak dapat voucher untuk print gambar. Not bad la kan? Yang bestnya kitorang dapat lah bawak balik 4 keping gambar and dapat gak buat something. Kalau tak, mereput jela dekat Sunway Pyramid tu taktahu nak buat apa hewhewhew
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://blog.farahdafri.com/2018/11/our-weekend-story-fujifilm-shoot-print.html