Success Story Twb Suriyati Buat Mobile Spa Lagi Best Dari Buat Catering
Assalamualaikum
Perkenalkan nama saya Suriyati. Berumur 43tahun dan mempunyai 6 orang anak. Masih berkerja dan saya suka berkerja.
Macam-macam kerja part time saya pernah buat. Saya pernah join Zhulian dan modal boleh tahan. Saya juga pernah join Luxor sebab kawan introduce tapi tak bertahan juga
Saya buat pula katering kecil kecilan untuk pejabat. Alhamdulillah memang masyuk tapi penat ya ampun. Saya pernah buat katering sampai tak tidur sehari semalam.
Lepas tu saya asyik terfikir apa agaknya kerja yang tak penat tapi duit masyuk. Saya selalu fikir pasal bisnes tapi tak tahu nak berbisnes apa. Sampai satu masa, saya baru nak berjinak-jinak dengan facebook. Saya add semua kawan yang saya kenal.
Saya pun termasukkan mentor saya Imin Yusof. Saya selalu tengok dia update macam-macam pasal TWB. Dari TWB berharga Rm899, sampai la harga naik lagi. Tapi saya masih asyik berfikir, nak join atau tak TWB.
Last sekali Imin update price increase up to RM1999.00. Saya fikir dalam hati ini tak boleh jadi. Price makin naik tapi tak nak bertindak. So kalau tak bertindak i have nothing. Saya terus whatsapp Imin nak join TWB. Apa lagi terkejut mak masa tu
Orang kata pejam mata je masa tu.
Saya decide masuk akhir bulan 7 dan masa tu saya bayar RM900.00 dahulu. Akhir bulan lepas dapat gaji saya terus bayar lagi RM1000.00. Masa itu saya tak fikir apa dah. Saya nekad dan bulat yang saya memang nak join TWB.
Dah bayar satu hal, tak menyabar nak pergi training dengan Imin, masing-masing pula sibuk dengan jadual yang padat dan nak tahu saya sanggup ambil cuti full day untuk pergi training.
Dalam pada tu selalu terfikir. Boleh ke buat bisnes ni? Ada ke orang nak join? Macam-macam la fikir masa tu.
Nak tahu habis je training saya terus promosi masuk group family. Semua group yang ada tu saya advertise. Dah tak ada rasa malu ke malas ke. Laju je saya whatsapp group yang ada dekat handphone ni sampai tengah malam saya buat promosi
Saya advertise lagi dekat facebook tapi facebook pula private. Aduh...
Then pantang je jumpa kawan dekat office semua saya canang. Pantang attend meeting semua saya promosi. Hari-hari buat promosi tanpa rasa jemu.
First customer saya adalah adik ipar saya sendiri sebab adik ipar saya akan support je apa kakak ipar dia buat.
Selain dalam group, saya juga buat promote one by one. Ini adalah perkara wajib, pantang nampak prospect semua saya bagi tahu
Second customer saya pula adalah biras saya. Then, cucuk jarum pula dekat office sebab best friend request masa tu. So news dah spread pasal saya buat mobile spa. Pantang jumpa orang je mesti saya cerita tentang mobile spa.
Mana kawan-kawan yang nak kahwin semua saya promosi untuk package pengantin. Nak dijadikan cerita alhamdulillah dapat customer yang nak buat dan saya ambil cuti lagi half day
Sekarang bila dah buat TWB saya dah tak berapa nak buat katering sebab buat TWB ni lagi seronok. Buat sekejap je tapi dah masyuk berkepok-kepok tau. Kalau kita tak buka mulut macam mana orang nak tahu kita buat mobile spa kan.
Dekat office saya akan buat TWB nie waktu lunch dalam 50 minit ke 1jam. Janji customer happy. Gigih sungguh, at the same time rasa seronok sangat sebab rezeki mencurah-curah dan syukur sangat pada Allah sebab dia yang bagi rezeki ni.
Masa buat package untuk pengantin dan masa sampai dekat rumah pengantin tu ramai pula yang nak tadah muka. Dari pengantin yang seorang tu adik pengantin, sepupu, mak sedara semua nak buat. Fuh memang penat tapi berbaloi sangat.
Yang bestnya buat TWB ni, satu orang nak berdesup semua datang. Kita jangan malu-malu, promote je dekat orang. Nak atau tak itu lain cerita yang penting usaha. Tapi berbaloi-baloi sebab setengah hari dah dapat Rm400.00 dan best sangat gosok-gosok sambil borak-borak.
Kat office pula every lunch time mesti ada slot. Kadang tak cukup lunch after office hour pun ada yang request. Bisnes tengah kencang masa tu jadi kita ON je la kan.
Saya berspa everywhere. Bila lapang saya buat spa dan alhamdulillah dalam 3 minggu dah dapat semula modal. Itu pun sebenarnya lebih dari modal yang kita keluarkan dan saya rasa rugi kalau weekend duduk rumah je.
Selain itu, dalam TWB ni ada support group yang kuat dan best sangat. Kalau you all ada masalah sekecil-kecil kuman pun boleh bagi tahu. Nanti senior-senior dalam TWB akan bagi solution.
Tak rugi masuk TWB sebab kita sangat beruntung kerana Allah temukan kita dengan bisnes ni. Kalau kita masuk bisnes lain tak tentu lagi akan berjaya tapi dalam TWB ni alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat.
Walaupun saya ada anak 6 orang tapi ini tak menghalang saya buat mobile spa ni. Anak-anak semuanya memang support mak dia buat spa everywhere.
Saya juga tak ada ambil pembantu rumah sebab semuanya saya buat sendiri. Tapi yang paling penting kita kena ada time management yang betul dan Allah yang bagi kekuatan kepada saya.
Sesiapa yang rasa modal tu tak berapa nak ada, usahakan la. Tak rugi kita melabur sikit tapi untung sangat berbaloi dan nasihat saya, minta la dengan Allah. Yakinlah Allah yang bagi kita rezeki dan yang sekeliling kita tu adalah penyebab sahaja.
Jangan lupa kalau boleh solat jangan kita tinggal dan apa rezeki yang kita ada infak kan sedikit dengan orang kat sekeliling kita.
Satu lagi pesan saya, jangan jangan jangan tinggal solat dan al-quran walau sesibuk mana pun kita. Itu yang kita dahulukan dan bacalah al-quran walaupun satu ayat dalam sehari.
Jadi sampai disini sahaja perkongsian saya. Maaf semua kalau ada bahasa saya yang tidak disenangi, saya mohon maaf banyak-banyak. Saya juga manusia yang banyak kekhilafan. Yang baik datang dari Allah dan yang kurang baik datang dari saya sendiri.
Semoga sharing ini menjadi pendorong dan manfaat lagi untuk you all berjaya dengan TWB.
Sharing By,
Suriyati, KL
Anda nak tahu lebih lanjut tentang Projek Mobile SPA TWB? Sila click link di bawah:-
THE WALKING BEAUTY (TWB) BY MFMS - Kursus Mobile SPA Terbaik Di Malaysia, Peluang Buat Duit Hari-Hari!
Jom hubungi Maria segera untuk menjadi sebahagian daripada TWB BEAUTICIAN dalam team MFMS EMPIRE!
Hubungi : Tekan untuk Telefon (019-2592731)Tekan Untuk Whatsapp
Facebook : Kam Maria Abdul Mutalib
Instagram : Kam Maria Abdul Mutalib
Email :
[email protected]~~~~~~~~~~~~~~
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, kini menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdaus.com.my/2018/10/success-story-buat-mobile-spa-lagi-best-dari-buat-catering.html