Our Weekend Story Coffee Tasting Session 43coffee Ttdi
It's the weekend! Untuk aku, weekend tu bukan Sabtu Ahad tapi Jumaat & Sabtu sebab aku punya off days dua hari ni hahah. Macam sedeh je kan Ahad kena kerja , sobs. Tapi dah terbiasa jugakla since dulu pernah duduk Johor and Johor kan kerja hari Ahad. Cumanya bila dekat KL ni rasa la kesenduan bekerja pada hari Ahad sebab orang lain cuti, kau je yang kerja wakakaka
Anyways, macam biasa ... setiap kali bila Off day mesti nak ajak Hilmi pergi dating tempat seronok seronok hehe . Biasanya typical activities kitorang termasuk tengok wayang, jalan jalan dekat taman, cafe hopping, jalan jalan dekat zoo, pusing pusing muzium , takpun duduk rumah je buat spring cleaning.
Tapi aktiviti minggu lepas, RARE sikit. Since dah bosan gilo asyik tengok wayang je, (padahal takde cerita best minggu tu haha) and sebab konon on diet, so tak pergi lah memburu makanan .. maka aku ajak lah Hilmi pergi experience COFFEE TASTING!
us ; enjoying our cuppa coffee - gituhh
COFFEE TASTING SESSION @
4 3 C O F F E E
Yass! Dah lama teringin nak pergi Coffee Tasting. Masa aku study dulu, ada satu subjek ni kitorang kena buat food tasting atau nama lain nya, 'food sensory test' . Kitorang akan prepare sample makanan contohnya biskut, tapi dari beberapa jenama lain . Lepastu buat blind test dekat orang, without labelling itu brand apa, bagi orang rasa and suruh dorang rate makanan tu based on their attributes . contohnya ; crispiness, texture, smell etc
Eh seronok pulak main food sensory dulu. So bila join coffee tasting ni, rasa macam terimbau kenangan study wakakaka
ni lah aftermath setelah kejadian coffee tasting haha. kitorang minum ketiga jenis dah
Kitorang join session coffee tasting dekat 43Coffee, TTDI. Boleh search dekat IG ada details kedai dorang siap map lagi.
Instagram : @43Coffee
Harga untuk per session ialah RM60/3pax. Best datang bertiga dengan kawan. Patutnya aku nak ajak Kak Syaf sekali tapi dia ada kelas pulak weekend tu. Makanya aku berdua jela dengan Hilmi. Harga untuk 1 pax je aku tak sure. Tapi rasanya takde kot. Dia memang nak encourage kita datang dengan kawan, baru seronok kan kan?
Every session includes;- 3 types of coffee- RM20 voucher for coffee bean purchase x3 pax- FREE Membership card- Tasting card to record experiences
43coffee member card
Masa session coffee tasting ni, barista tu akan prepare 3 jenis coffee. 1 jenis coffee prepared using espresso machine and another two, guna filtered method. Aku baru tahu la cara buat coffee ni lain lain. Seronok bila pergi session coffee tasting ni, banyak ilmu pasal coffee yang aku tahu
taste wheel. boleh wheel ni masa rasa coffee tu and boleh describe la coffee tu rasa apa
Aku baru tahu nama nama coffee ni based on dari mana origin dorang . Contohnya Costa Rica, Kenya Kirinyaga, Brazil Peaberry . Nice kan
Andddd aku juga baru tahu, jenis jenis coffee yang cappuccino, cafe latte apa semua tu beza dia cuma pada ketebalan foam je haha. ohmai, noob nya. Tapi seronok la bila dapat tahu semua ni masa coffee tasting session ni.
clever dripper
Nak prepare filtered coffee ni need skill pipol! Air tak boleh panas sangat, kena sekitar 92 degree celcius je. Lepastu siap ada timer lagi nak kena simmer berapa lama. Bukan senang jadi Barista ni. Memang kena ada skillful hand baru boleh. Lagi lagi nak buat coffee art tu
yang ni guna V60 . Nama jenis dripper ni. Invented by a Japanese guy
Dekat 43Coffee ni ada offer buat brewing class juga. RM299 je per pax. Not bad kan? As for coffee art tu aku tak sure ada ke tak kelasnya. Sebab aku nampak ni je atas meja haha. Maybe korang boleh try tanya kot mana tahu ada
Why would I recommend this session?
New experience untuk korang yang tak pernah pergi coffee tasting, especially untuk penggemar coffeeBarista diorang friendly sangat. Rasa very welcoming and they willingly to share everything about coffee (Vinnie & Loo)Ambience dalam cafe pun best, rasa syok je lepakDapat free membership & voucher RM20
Lepas aku dengan Hilmi pergi session macam ni, rasa berkobar pulak nak buat macam macam aktiviti lain for our next weekend. Sebab seronok boleh dapat pengalaman baru, dan buat aktiviti baru instead of repeating doing the same thing every week. Plus boleh jugakla tambah cerita baru dalam blog aku ni. Kalau tak, adeh sedih je nengok belog ni sendu wakakka. Tapi yang terharu tu ada jugak orang baca. Alahai tenkiu yuolss. iols terharu !
Okay, minggu ni punya plan tak decide lagi. Tapi kalau ada tempat best kitorang pergi, surely i'll update here. See you on my next post ..
Related search : coffee tasting, weekend plan, coffee experience, new weekend experience activity, activity hujung minggu, kelas coffee, coffee brewing class, nice cafe ttdi, nice cafe KL, coffee tasting session cafe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://blog.farahdafri.com/2018/11/our-weekend-story-coffee-tasting.html