Our Sanrio Times Kuala Lumpur


Our Sanrio Times Kuala Lumpur. Assalammualaikum semua! Wah untuk peminat Hello Kitty pasti teruja nak hadir ke acara ini. Boleh la anda mengumpul koleksi Hello Kitty atau bergambar banyak-banyak di Our Sanrio Times Kuala Lumpur. Lokasi dekat sahaja. Anda boleh menaiki Monorail sampai ke Quill City Mall. Mudah sangat! Ayuh ke acara hebat ini, agar tidak ketinggalan! Bukan senang Sanrio nak buat pameran besar-besaran macam ni.
Our Sanrio Times Kuala Lumpur Menampilkan lebih 300 barangan vintaj berharga yang mengamit memori sepanjang zaman. Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak comel dengan Hello Kitty menjadi watak paling menyerlah. Sejak berdekad-dekad lamanya, watak ciptaan Sanrio telah memainkan peranan penting ketika zaman kita membesar dan akan terus melakukannya.
Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, Hello Kitty dan rakan-rakan akan datang ke Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, 11 pagi hingga 9 malam setiap hari!

Dari kiri : Alata Events director Ben Goh, Sam Goh, Group Executive Director of Quill Group of Companies Dato’ Ar. Michael Ong, Alata Events director Albertt Leong, MACEXPO representatives Eva Ng and Loo Ta Chong are joined by My Melody and Hello Kitty mascots at Our Sanrio Times Kuala Lumpur press conference. Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan.
Pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara ini dianjurkan selama tujuh minggu merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru. Ia bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak-kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta pengalaman baru.
13 Zon Kenangan dengan 4 Sorotan Istimewa Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio akan berkumpul di sini, termasuk kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgia. Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua ialah replika dompet syiling Hello Kitty iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.
Dengan sokongan Sanrio di Hong Kong dan Jepun lebih 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang jarang ditemui akan dipamerkan di pameran ini. Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan akan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal. Peminat Sanrio juga berpeluang belajar untuk melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh pereka. Ini akan menjadi medan pengunjung mencipta semula watak kegemaran masing-masing.
Event Director Albertt Leong The Plushy World – Ruangan paling sesuai untuk aksi Instagram di bandar Selain semua itu, pengunjung berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong. Pameran ini akan membawa pengunjung dalam sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanrio Time Tunnel’ yang membawa pengunjung mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun; ‘Paper Doll Fun’ mengingatkan masa yang menyeronokkan untuk memberi sentuhan fesyen pada anak patung.
‘Vintage Stationary House’ pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio, manakala ‘Strawberry Newsroom’ membenarkan peminat melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News. Di ‘Strawberry Office’, anda boleh menjumpai banyak rahsia Strawberry King. Pengunjung juga boleh menjadi penghias muka depan majalah Strawberry News di Strawberry Studio! Dianjurkan di ibu negara Malaysia, pemandangan ikonik Kuala Lumpur akan dipaparkan pada pameran ini bagi menonjolkan sentuhan tempatan. Untuk butiran lebih lanjut mengenai zon pameran.
Our Sanrio Times : Pintu masuk ini menampilkan gaya penuh berwarna-warni Sanrio yang jelas menggambarkan tema utama pameran “Our Sanrio Times” dan secara rasmi membuka tirai perjalanan yang tidak akan dapat dilupakan. Dari generasi mana pun anda, selalu ada masa Sanrio untuk anda. Sanrio Time Tunnel : Sebanyak 100 ahli keluarga Sanrio yang dicipta dari tahun
1970-an sehingga kini digambarkan dengan jelas. Melalui Sanrio Time Tunnel, pencinta
Sanrio boleh membuka kunci kenangan mereka yang unik. The Retro Classic : Replika dompet syiling Hello Kitty, barangan pertama dicipta Sanrio dan julung kali dipamerkan di Malaysia. Peminat generasi pertama Sanrio pasti akan teruja dan berasa seronok di zon ini. The Plushy World : Menampilkan patung Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter bersama-sama lebih 2,000 boneka mewah terdiri daripada 100 watak rakan Sanrio. Paper Doll Fun :  Pelbagai jenis anak patung kertas gergasi akan membuat pengunjung mengenang zaman kanak-kanak yang meriangkan dengan kawan-kawan. Semua orang boleh mencampur dan memadankan gaya Kiki dan Lala dengan almari kertas yang hebat. Vintage Stationery House : Zaman persekolahan pastinya menjadi tempoh penting dalam kenangan kita membesar dan pastinya semua orang memiliki barangan Sanrio ketika sekolah. Di zon ini, terdapat pelbagai barangan alat tulis klasik Sanrio dari 1970-an atau 1980-an yang pasti mengamit memori pengunjung. Drawing Classroom : Pereka Sanrio dijemput untuk terlibat dalam pameran ini dan mereka menyediakan demonstrasi lakaran untuk 9 watak utama Sanrio. Dalam kelas ini, kita semua dapat menyaksikan bagaimana watak Sanrio yang comel dilukis dari awal satu persatu. Mari belajar bagaimana untuk melukis watak kegemaran anda. Small Gift Big Smile : Pernahkah anda mendapat kejutan dan meraih kepuasan dengan hadiah kecil ketika berbelanja di Sanrio Gift Gate? Untuk menonjolkan falsafah “Hadiah Kecil Senyuman Besar” dari Sanrio, anda boleh berkongsi kebahagiaan dengan sahabat tersayang melalui hadiah kecil dari
Sanrio. Sanrio Village : Di sinilah tumpuan utama pameran ini. Terdapat klasik Sanrio Train dengan reka bentuk yang dicipta sama seperti Sanrio Gift Gate of Gotanda, Tokyo pada tahun 1970-an. 100 ahli keluarga Sanrio akan muncul di kampung ini, contohnya, Patty & Jimmy dan Minna no Tabo
yang menanti kedatangan anda di atas kereta api. Mari cari semua watak Sanrio kegemaran anda di sana! Di samping itu, Sanrio Gift Gate yang unik dan nostalgia ini mempunyai banyak khazanah. Sekiranya anda peminat tegar Sanrio, sila nantikannya! Strawberry Newsroom : Strawberry News diterbitkan oleh Sanrio Japan sejak Oktober 1974
yang merupakan majalah bulanan global untuk berkongsi maklumat terkini mengenai Sanrio.
Sebaik sahaja melangkah masuk dan melawat ‘Strawberry Newsroom’, anda boleh membaca
edisi Strawberry News yang terdahulu di sini! Strawberry Office : Menjadi perintis dan jiwa kepada Sanrio, Strawberry Office mungkin menyembunyikan banyak rahsia Sanrio! Bagaimana anda tidak mengetahuinya? Strawberry Studio : Gerai foto yang mempesona ini akan menjadikan anda penghias kulit majalah Strawberry News! Mengenai SANRIO Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia – Sanrio, diasaskan dengan falsafah “Hadiah Kecil, Senyuman Besar” yang mana hadiah kecil boleh membawa senyuman besar untuk semua peringkat umur, telah mencipta senyuman selama lebih 50 tahun melalui watak-watak yang memikatnya. Sanrio sudah berada di lebih 109 negara menerusi barangan berjenama Sanrio dan mencatat jualan lebih 50,000 untuk Hello Kitty sahaja di seluruh dunia pada setiap tahun. Sanrio terus menyebarkan senyuman besar dengan hadiah kecil di seluruh negara melalui jaringan luas butik Sanrio, kedai rantaian, kedai serbaneka dan banyak lagi.
Harga Tiket Our Sanrio Times Kuala Lumpur • Pembelian awal (dari 30 Oktober hingga 20 November 2018): RM25
• Warganegara Malaysia: RM33
• Tiket istimewa untuk OKU dan warga emas: RM20
• Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60.
* Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran untuk kemasukan.
** Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan. Tertakluk kepada terma
dan syarat.
Pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur mendapat lesen daripada SANRIO, dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO dengan QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR sebagai Lokasi Rasmi, REDBERRY MEDIA GROUP dan NEWAY & CEO KARAOKE BOX sebagai Rakan Promosi. Tiket boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my atau di talian +603 9222 8811. Untuk maklumat lanjut, layari www.oursanriotimes.my atau our sanrio times Malaysia di Facebook atau Instagram oursanriotimes.malaysia.
www.oursanriotimes.my
www.facebook.com/oursanriotimes
www.instagram.com/oursanriotimes.malaysia
The post Our Sanrio Times Kuala Lumpur appeared first on RUBY - Malaysia Lifestyle Blogger.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ruby.my/2018/11/our-sanrio-times-kuala-lumpur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuala Lumpur Photography Festival Kembali Lagi

Kuala Lumpur Photography Festival Kembali Lagi

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 312 hits
Kuala Lumpur Photography Festival kembali lagi Well well well photography enthusiasts out there anda semua dijemput untuk ke KLPF 2018 dari 26 28 Oktober ini di Mid Valley Edisi kali ini akan menampilkan lebih banyak gambar menarik 7 bengke...
Samsung Galaxy A9 Quad Camera Samsung Unpacked Kuala Lumpur

Samsung Galaxy A9 Quad Camera Samsung Unpacked Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 244 hits
Samsung Galaxy A9 Quad Camera Samsung Unpacked Kuala Lumpur berlangsung meriah di sebuah hotel baru W Hotel Kuala Lumpur Samsung Electronics Ltd mengumumkan smartphone terbaru mereka Samsung Galaxy A9 telefon pintar yang mempunyai 4 kamera ...
Eddie Putera Miniature Gallery Di Gmbb Kuala Lumpur

Eddie Putera Miniature Gallery Di Gmbb Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 603 hits
Sebelum ini dia dikenali sebagai Sifoo dalam Photography Antara Otai dalam dunia fotografi dan ikon kepada ramai peminat seni fotografi Namun beberapa tahun lepas minatnya ke dunia diorama sekali lagi melonjakkan nama beliau dalam bidang kr...
Percutian Di Bandar Kuala Lumpur By Ansa Hotel Kl

Percutian Di Bandar Kuala Lumpur By Ansa Hotel Kl

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 701 hits
Percutian di Bandar Kuala Lumpur by ANSA Hotel KL Sesekali teringin juga nak rasa bercuti di dalam bandar Kuala Lumpur Kali ini aku cuba sepenuhnya untuk guna public transport sepanjang percutian 3 hari 2 malam di tengah tengah KL Tempat te...
Bilik Luas Dan Harga Berpatutan Beristirahat Bersama Keluarga Di Oakwood Hotel Residence Kuala Lumpur

Bilik Luas Dan Harga Berpatutan Beristirahat Bersama Keluarga Di Oakwood Hotel Residence Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 816 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Kalau dekat KL ni nak mencari hotel yang boleh muat untuk keluarga yang ramai dengan harga yang berpatutan agak tidak banyak Mungkin kadang kadang ...
Bangalore Delights At Vasco S Hilton Kuala Lumpur

Bangalore Delights At Vasco S Hilton Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 292 hits
DEEPAVALI PROMOTIONVisit HILTON KUALA LUMPUR and dine at the all day dining restaurant Vasco s and enjoy an array of dishes in conjunction with the coming of Deepavali Hosting this promotion is none other than special guest chef all the way...
Masakan Padang Di Melting Pot Cafe Concorde Hotel Kuala Lumpur

Masakan Padang Di Melting Pot Cafe Concorde Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 424 hits
Hi Korang Lama betul tak ke Concorde KL ek Tidur sana pun dah lama tak pi Itulah bila ada orang ajak makan so apa lagi jangan lepaskan peluang kan hehehehe Melting Pot Cafe menawarkan sajian tradisi Nasi Padang dari sekarang sehingga 30hb N...
Robinsons Kuala Lumpur Di Four Season Places Kini Di Buka

Robinsons Kuala Lumpur Di Four Season Places Kini Di Buka

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 395 hits
Hi Korang Memang kak lily perasan bangunan Four Season Places ni kalau pi meeting area KLCC ni dan kak lily rasa mostly bangunan ni agaknya bangunan pejabat yang gah gituh tapi rupanya salah ye Di sinilah terletaknya pusat membeli belah Rob...
Wonderful Surprises Await Lulu Hypermarket Capsquare Kuala Lumpur

Wonderful Surprises Await Lulu Hypermarket Capsquare Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 445 hits
It is almost the end of the year And guess what s coming in November soon And there will be another holiday coming up in November Yeay I know all of you are waiting for the holiday don t you dare deny it Yes Deepavali Diwali is coming up on...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Kemahiran Tvet Untuk Pelajar Perempuan Lepasan Spm


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Lady Renounces Malaysian Citizenship In Video Gets Bashed By Nationalist Netizens

Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free