Our Humble Eidul Fitri 1440h


Assalamualaikum. Salam 7 Syawal

Masih dalam raya mood. Kami balik dari kampung pada Jumaat jam 11 malam. Rasanya cukuplah masa di kampung tu kerana saudara dekat semua kami dah ziarah melainkan yang tiada di rumah. Yang jauh sikit kalau ada kesempatan kami akan ziarah juga di lain masa, insyaAllah.



Ramadan dan persiapan raya kamiSangat sederhana. Setiap hari aku masak tapi setiap hari juga beli air manis. Macam mana tak terliur, ada orang tu jual 14 jenis air dan kesemuanya sedap. Orang dah biasa berniaga.. dah boleh agak berapa banyak ramuan yang diperlukan. Hanya di hari terakhir kami suami isteri ke pasar Ramadan. Mahalnya lahaii.. baru beli sekali untuk dua orang pun dah terasa mahal, kesian dengan ibu bapa yang terpaksa membeli setiap hari disebabkan tak sempat memasak

Aku rasa persiapan raya kali ini paling simple dan paling menjimatkan. Lega anak-anak memahami.. sebab anak lelaki kot eh? Masa sale Padini dah beli seorang sehelai t-shirt (yang kecil untung dapat lebih), seluar beli sehelai juga di tempat lain. Tiga orang yang besar dah ada kemeja batik beli di Bandung hari tu. Kemudian makciknya pula belikan lagi seorang dua helai seperti tahun tahun sudah. Tu yang aku beli sehelai je dulu, tak nak jadi macam tahun lalu jadi berlebih, dengan adik lelaki yang seorang lagi belikan dua helai seorang juga. Alhamdulillah dengan rezeki dan kebaikan orang. Kali ini raya dengan sederhana sudahlah

Baju Melayu tak plan nak beli sebab bebudak ni bukannya pakai pun. Kalau mereka pakai masa mengaji ke... waktu solat Jumaat ke berbaloilah juga beli setiap tahun. Cuma bila mak aku tahu aku tak nak beli baju Melayu baru bising dia. Kalau difikirkan adik-beradik aku dulu tak pernahlah tak berbaju baru di hari raya walaupun gaji abah kecil je masa tu tapi sebagai ibu bapa di zaman ini, aku rasa kita kenalah praktikal. Aku pun dah terangkan kepada anak-anak sebab musabab tak beli baju Melayu/jubah baru, cuma kami layankan je permintaan mereka nak beli t-shirt yang bagaimana warna apa.

Jadi untuk mengelakkan rasa tak puas hati aku suruh cucu kesayangan dia yang seorang tu je beli baju baru. Ada je baju Melayu berkualiti dengan harga murah  Rm35 RM50 di uptown Senawang tapi si bujang ni tak nak, nak pakai baju Melayu Wak Doyok katanya hmm... yang seorang ni memang payah sikit. Berkualiti disini maksudnya kain tak panas, benang tak tetas dan pakai sekali kain tak merekah (kau ingat pakai baju kebaya je boleh merekah? hahaha..). Jangan mudah terpengaruh dengan jenama. Beli beratus ringgit tapi kualiti hampas

Anak dara yang seorang tu sampai letih kaki aku mengikut dia mencari baju kurung. Dari KL sampai satu Seremban cari baju takde yang berkenan. Masuk Anggun Cotton je dua kali. Ayah dia tak nak layan maka akulah kena jadi driver dia. Pergi ke Jakel pun tak jumpa lagi.. bagus sungguh (sebab mahal kat situ hehe). Sudahnya dia pakai jubah baru aku yang mak aku beli kat Mekah. Jimat duit ayah, nak

Aku pula seawal Ramadan pernah terdetik, kalau berat tak turun 7kg seperti tahun lalu tak nak beli baju raya. Makbul doa aku... puas keluar masuk kedai tak jumpa yang berkenan. Tertutup terus hati hahah... banyak husband aku dapat jimat duit. Faktor penuaan juga kot eh, dulu sedih sentap kalau tak dapat beli baju raya


Kisah raya kamiAku, suami dan anak-anak balik ke Kuala Pilah pagi Selasa. Boys dua orang balik petang tu naik motor dalam hujan lebat sebab yang Bujang 1 masih kerja hingga pukul lima petang. Cuti dua bulan aku biarkan dia kerja, kalau tak karang melingkar sampai tengahari sakit lak mato dan hati den tengok dia membuang masa takde hasil

Sampai je di kampung aku tengok daging dan ayam sedang direndam tapi dan siap potong. Bagus bagus! Aku pun sinsing lengan terus mesin kelapa. Mak aku balik dari pasar time aku tengah sibuk mesin kelapa lagi, poyo je rasa sebab tengah buat kerja. Kah

Sebenarnya baru beberapa tahun ni je aku berani dan pandai mesin kelapa. Itu pun sebab masa tu aku tengok adik permpuan aku kemain sibuk kopek kelapa, buat itu buat ini. Takkan nak suruh dia mesin kelapa pula kan? Macam takde fungsi lak aku ni. Dedulu masa aku anak dara mak tak bagi aku buat kerja tu, agaknya dia takut luka. Sudahnya lelama aku pun takut nak cuba. Jadi bila perlu aku arahkan minta husband tolong 😁. Benda boleh minta orang buat kenapa nak buat sendiri khenn..haha..

Pernah husband suruh aku kopek kelapa. Aku tanya dia balik, nak makan hari ni ke esok? hahahah... aku memang gagal bab ni. Aku ambil part memasak je lah. Aku masak kan sedap? eh

So... sekarang ni my husband and I dapat kontrak masak lemang dan rendang raya. Kali ini aku masak rendang daging dan sup tulang, husband masak rendang ayam pencen dan adik lelaki masak lemang dengan bantuan emak. Abah den sakit kepalo. Sedap oih rendang daging aku...empuk elok. Sup tulang pun abah kata sedap sebab lain sikit resipinya, stail mamak. Biasanya dia buat plain je. Mak aku tak sentuh bab daging ni sebab dia alergik nanti boleh bengkak dan gatal tangan

Walaupun tak suka nak tak nak kena masak dengan kayu api juga untuk menjimatkan gas. Aduh.. naik lemas aku kena asap sampai berair hidung. Yang kesiannya tukang masak ayam pencen, tak empuk empuk ayam dia hahah... dua kali tambah santan. Memang masak ayam pencen ayam telur leceh sikit kerana dagingnya pejal. Pencenlah katakan... ko paham paham sendiri sudah 😊 Aku suka masak ayam daging je, senang

Kuih raya ada yang aku supply, kerepek adik beli. Tahun ni aku buat tat nanas tiga adunan (fuhh sakit pinggang!), chocolate chips and almond, samperit, biskut conflakes dua jenis, popia cheese, popia nestum dan tumpi (first try.. tak berapa menjadi). Banyak juga eh? Kuih batang buruk je beli sebab aku malas nak belajar kuih yang cerewet ni. Malam raya anak dara buat kek batik, bila balik rumah sendiri buat aku brownies pula. Terlebih rajin heheh...saja nak mood raya. Kalau semua beli macam tak raya je. Ya sekarang aku tak kerja sebab tu ada banyak masa tapi masa aku kerja dulu pun aku buat juga, aku start pukul 9 malam. Buat dua tiga jenis je. Bila minat penat tolak tepi

Dua orang adik lelaki balik rumah mentua. Kalau aku pun balik rumah mentua sunyi sepilah rumah mak aku yang besar tu. Kami tak balik Kedah sebab Mac lepas dah balik, masih baru lagi... kos balik pun belum recover huhuu... Jangan ingat kos balik tu minyak dan tol saja, tu yang berhenti kat RnR, kat stesen minyak...beli makanan basah... shopping kat pekan Baling...keluar duit tu oii. Dahlah kami sewa van masa tu

Ramai yang suggest beli kenderaan lebih besar sebab kami ramai. Selesa katanya. No doubt tapi ermm...orang boleh suggest je, yang menanggung hutang hingga sembilan tahun tu kami. Tak mampu dah nak berhutang dengan semua anak masih belajar ni. Kami ni dah lama rasa lega tanpa hutang rumah dan kereta. Lagipun nak naik kereta reramai ni setahun dua tiga kali je..waktu lain takdenya yang besar besar nak ikut. Gunakanlah apa yang ada. Kalau perlu sewa, sewa. Zuhud kan? Kah!! (tak mampu sebenarnya).

Selamat hari raya !!

Berhari raya di Istana Seri MenantiSeumur hidup aku tak pernah attend majlis jamuan hari raya di istana but this year aku join with one mission, nak minta tandatangan Tun Zain Al-'Abidin Muhriz di atas buku Abiding Times 2

Dah lama beli buku tu tapi tak habis lagi baca hehe.. perangai dulu bila beli buku baru buku yang lama ditinggalkan. Sekarang ni aku suka baca buku travel, biografi, motivasi, experiences macam Hotel Tales tu. Buku Abiding Times 2 is actually a compilation of @tz.n9 articles in The Sun and other publications as well as speeches. Sajalah kita baca untuk tahu gaya pemikiran seseorang. Aku selalu ingat ni, kalau kita tak pandai pun bergaullah dengan orang pandai. Kita akan bertambah ilmu juga walau sedikit. Cari circle yang baik baik. Tak bekerja (buat masa ini) bukan bermakna kita harus duduk di bawah tempurung, teruslah melihat dari mata burung.


Banyak membaca hal berfaedah online/offline meluaskan pengetahuan. Kita lebih mudah bergaul dan memberi pendapat. Fikiran tak jumud dan taksub. Takdelah banyak masa nak cari gaduh hal remeh temeh. Sesungguhnya aku berharap selepas perjumpaan ini aku akan terus menyambung pembacaan yang terhenti dan kembali rajin membaca buku fizikal. Dah dapat motivasi khenn... gituh

Unlike my aunts yang setiap tahun akan ke jamuan rakyat ini, aku tak berapa suka ke open house unless yang tetamunya 10-20 orang je. Kat memana rumah terbuka pun bukannya boleh bersembang sangat sebab tuan rumah sibuk dengan tetamu. Kita nak membawang eh... berborak sakan haha.. dahlah jarang berjumpa kan? Lagipun satu perkara yang aku sangat tak suka tengok ialah orang Malaysia ni suka membazir. Mentang mentang makanan tu free, ambil bebanyak kemudian tinggalkan je. Aduh sedih aku tengok chicken chop sepinggan, rendang ayam dan makanan lain yang terbiar atas meja. Buah-buahan bolehlah kita sambung makan, yang lelain tu? Dahlah nak ambil chicken chop tu barisan panjang kemain. Yang lengang kat kiosk kue tiaw dan cendol so aku ambil yang tu je lah. Tersengih je husband aku tengok kue tiaw tu hahah... alah bukan datang nak makan pun. 
Thank you Tunku Zain, mission accomplished. Hope I got the strength to finish reading it. Banyak betul cabaran membaca di zaman internet ni

**Di majlis tersebut Yamtuan serta anakanda berbaju Melayu sama seperti rakyat lainnya, tidak pula hilang 'bisanya'. **

Sekadar itulah kisah hari raya sederhana kami. Biasa sahaja, agak muram kerana sepupu terdekat baru sahaja meninggal dunia dua minggu sebelumnya


Selamat hari raya Eidul Fitri. Maaf zahir dan batin.


Nota:Drama Melayu yang di musim raya banyak yang sedih kononnya anak tak balik raya. Jalan sesak ke KL dari pantai timur, selatan, utara sampai berbelas jam tu anak jin ke?

hahahahahha...

© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/06/our-humble-eidul-fitri-1440h.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1440h

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1440h

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 825 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1440H Selamat hari raya Mrs A sekeluarga ucapkan buat readers tak lupa juga nak mohon maaf zahir dan batin Selamat hari raya Aidilfitri dari Mrs ...
Jalan Alternatif Mengurangkan Kesesakan Jalanraya Sempena Eidul Fitri 2019

Jalan Alternatif Mengurangkan Kesesakan Jalanraya Sempena Eidul Fitri 2019

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 361 hits
Assalamualaikum Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah telah mengeluarkan kenyataan media mengenai Pelan Pengurusan Lalu Lintas daerah Kuala Pilah sempena Eidul Fitri 2019 yang akan berkuatkuasa selama sembilan hari bermula 1 hingga 9 Jun 2019 Pel...
Sejumlah Umat Islam Di Maluku Rayakan Idul Fitri Lebih Awal

Sejumlah Umat Islam Di Maluku Rayakan Idul Fitri Lebih Awal

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 217 hits
Muslim Suni di Desa Wakal Kaitetu Kecamatan Leihitu dan Tengahtengah Kecamatan Salahutu Pulau Ambon Kabupaten Maluku Tengah Provinsi Maluku Senin hari ini merayakan Idul Fitri 1 Syawal 1440 Hijriah
Khutbah Idul Fitri 1440 H Satukan Langkah Tinggalkan Media Berita

Khutbah Idul Fitri 1440 H Satukan Langkah Tinggalkan Media Berita

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 346 hits
Satukan Langkah Tinggalkan Media Berita Hadhirin jamaah shalat id yang kami muliakan Selama ramadhan kita banyak dimudahkan untuk melakukan ketaatan dan ibadah Baik ibadah yang kita lakukan siang hari seperti puasa sedekah takjil maupun iba...
12 517 Napi Di Sumut Dapat Remisi Idul Fitri 1440 H 90 Orang Langsung Bebas

12 517 Napi Di Sumut Dapat Remisi Idul Fitri 1440 H 90 Orang Langsung Bebas

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 275 hits
Josua mengatakan terdapat 8 narapidana perkara korupsi di Sumut yang menerima remisi pada Lebaran tahun ini Seluruhnya mendapatkan RK I
Minal Aidin Wal Faizin Artinya Dan 20 Ucapan Hari Raya Idul Fitri 2019

Minal Aidin Wal Faizin Artinya Dan 20 Ucapan Hari Raya Idul Fitri 2019

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 1295 hits
Minal aidin wal faizin adalah ucapan idul fitri yang sangat populer di Indonesia Bagaimana tulisan yang benar dalam bahasa Arab dan apa artinya Berikut ini pembahasannya disertai 20 contoh ucapan hari raya idul fitri 2019 Tulisan Arab Minal...
Ketum Pbnu Mentan Amran Berhasil Jaga Harga Stok Pangan Stabil Jelang Idul Fitri

Ketum Pbnu Mentan Amran Berhasil Jaga Harga Stok Pangan Stabil Jelang Idul Fitri

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 200 hits
Ketum PBNU Said Aqil Siradj mengapresiasi langkah cepat pemerintah dalam menjaga suasana kondusif di masyarakat jelang Hari Raya Idul Fitri tahun ini Salah satu yang mendapat perhatian besar Aqil adalah kemampuan pemerintah khususnya Kement...
5 Resep Masakan Lebaran Khas Untuk Hidangan Idul Fitri

5 Resep Masakan Lebaran Khas Untuk Hidangan Idul Fitri

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 271 hits
5 Resep masakan Lebaran khas untuk hidangan Idul Fitri antara lain ketupat simpel yang dibuat di magicom opor ayam rendang daging Padang dan sambal goreng kentang
2 Hal Yang Membedakan Sholat Idul Fitri Dan Sholat Idul Adha

2 Hal Yang Membedakan Sholat Idul Fitri Dan Sholat Idul Adha

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 306 hits
Shalatu al Iidayn adalah dua shalat hari raya Shalat ini sunnah dikerjakan secara berjemaah Waktunya dari terbitnya matahari hingga masuk waktu duhur Tata cara pelaksanaan shalatnya sama dengan shalat sunah rowatib Hanya saja rokaat pertama...
Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang Rm1 Juta Peserta Sabah Dominasi Csoiam