Otai Ajak Ke Jalan Raya Tuntut Mahathir Kotakan Janjinya





Malam semalam telah berlangsung program bual bicara “Dr. M Letak Jawatan Mei 2020” anjuran Otai Reformasi di Restoran Amjal, Jalan Pantai Baru, KL.Program yang dimoderatorkan oleh Zanirun Baba itu menampilkan ahli panel terdiri daripada Dr. Idris Ahmad, Pengerusi Otai Reformasi; Mustapa Mansor, aktivis kemanusiaan; Dr. Siti Aini Omar, Ketua Berita Jom Channel dan saya sendiri selaku blogger serta penulis buku Anwar PM8 – Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati.Ini adalah pogram pertama Otai Reformasi dalam usaha menuntut PH dan Tun Mahathir Mohamad menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.Dr. Idris antara lain menyebut bahawa peralihan kuasa kepada Anwar adalah suatu keperluan yang tidak dapat dielakkan, selain merupakan janji yang sudah lama dipersetujui secara bersama dalam PH, ia juga kerana tiada apa yang boleh dibanggakan sejak 20 bulan Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri.Katanya, semua orang dapat merasakan tiada apa-apa kemajuan dan pembaharuan telah dilakukan oleh Tun Mahathir untuk negara ini seiring dengan janji yang dilaungkan sebelum PH berjaya menjadi kerajaan.Untuk itu, tegas beliau, peralihan kuasa mesti dimuktamadkan segera agar Anwar dapat membawa negara ini melangkah dengan lebih berjaya menuju kemajuan dan kemakmuran untuk rakyat jelata.Mustapa pula mengimbas bagaimana sejak awal lagi Otai Reformasi memang keberatan untuk menerima Tun Mahathir ke dalam PH.Katanya, sejarah lama Tun Mahathir membuatkan Otai Reformasi ragu-ragu terhadap Pengerusi PH itu, walaupun setelah beliau berbaik semula dengan Anwar.“Meskipun Otai akhirnya berlapang dada menerima Tun Mahathir, keraguan itu akhirnya terbukti apabila dalam sususan kabinet selepas PH menang PRU14, hanya dua daripada sekian nama yang dicadangkan oleh pimpinan PKR telah dilantik sebagai menteri.“Selebihnya, menteri daripada PKR yang dilantik oleh Tun Mahathir adalah merupakan cadangan daripada pihak lain,” ujar beliau.Sebagai ahli panel seterusnya, saya mengingatkan tugas menentukan tarikh peralihan kuasa ini adalah merupakan tanggungjawab Majlis Presiden PH melaksanakannya.Malangnya, Majlis Presiden seolah-olah gagal berfungsi dan sesetengah ahlinya sudah menjadi seperti “ular sawa kenyang” sekarang ini.Saya juga memberitahu bahawa jika tarikh peralihan kuasa ditetapkan, Tun Mahathir tidak akan menjadi “Perdana Menteri lame duck” sepertimana pada 2003 dahulu kerana Anwar tiada sebarang kedudukan atau jawatan dalam kerajaan.Saya turut menegaskan bahawa permintaan Tun Mahathir untuk menganjakkan peralihan kuasa sehingga November atau selepas Sidang Apec 2020 adalah tidak relevan untuk diterima, sebaliknya keterujaan dunia akan lebih menyerlah dan mampu melonjakkan nama Malaysia jika ketika itu Anwar yang menjadi Perdana Menteri.Dr. Siti Aini mengimbas beberapa kenyataan Tun Mahathir sebelum ini yang mengatakan beliau tetap akan mengotakan janji melakukan peralihan kuasa kepada Anwar.Sehubungan itu, oleh kerana memungkiri janji adalah ciri-ciri munafik seorang muslim, Tun Mahathir, tegas beliau, mesti menunaikan janjinya.Secara keseluruhan, sambutan program pertama Otai Reformasi malam semalam cukup mendapat sambutan dan semua yang hadir bertekad untuk merealisasikan peralihan kuasa sehingga berjaya.Untuk itu, Otai Reformasi bersetuju untuk mengadakan program seperti bual bicara ini ke seluruh negara sehingga Majlis Presiden PH dan Tun Mahathir akur kepada proses peralihan kuasa.Jika terus tiada kemajuan, Otai Reformasi juga bersetuju untuk menggerakkan kekuatannya dengan mengadakan himpunan aman di depan Pejabat Perdana Menteri pada setiap minggu bagi menuntut penentuan tarikh peralihan kuasa itu.Ditegaskan bahawa semua langkah ini adalah bagi memastikan PH dapat bertungsi dengan baik sebagai kerajaan serta tidak berpecah belah akibat lupa kepada janji setelah beroleh kuasa.Kesimpulannya, malam semalam adalah permulaan dan segala-galanya pasti akan jadi lebih menarik selepas ini.Tunggguuuu…..(ShahbudinHusin 22/01/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/otai-ajak-ke-jalan-raya-otai-tuntut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim S Otai Reformasi Attacks Dr Mahathir And Pushes For His Ouster

Anwar Ibrahim S Otai Reformasi Attacks Dr Mahathir And Pushes For His Ouster

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 414 hits
Pro Anwar Ibrahim group Otai Reformis says there is nothing to be proud of in the past 20 months that Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has led the country Otai Reformis chairman Dr Idris Ahmad said the same could be said for the performan...
Otai Reformasi Wants Dr Mahathir To Step Down As Prime Minister In May

Otai Reformasi Wants Dr Mahathir To Step Down As Prime Minister In May

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 274 hits
Otai Reformasi agrees with PKR president Anwar Ibrahim s call to all parties including those in the Pakatan Harapan coalition to stop discussing the transition in prime minister publicly However its secretary Abdul Razak Ismail said Otai Re...
Rentasan Mingguan 055 Panas Otai Reformis Dedah Janji Tun Mahathir

Rentasan Mingguan 055 Panas Otai Reformis Dedah Janji Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 273 hits
MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 055 1 PERALIHAN KUASA ELAK KERAJAAN SEPENGGAL 2 WUJUDKAH DAULAH TERPENDAM DALAM PAKATAN HARAPAN 3 TAK SALAH PEMBERIAN KHAS RM50 000 DAN MERCEDES BENZ 4 KUOTA HAJI PUN NAJIB NAK BOHONG Layari Facebook kami unt...
Konsep Persyarikatan Malaysia Terbukti Penting Sekarang Kata Dr Mahathir

Konsep Persyarikatan Malaysia Terbukti Penting Sekarang Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 308 hits
Konsep persyarikatan Malaysia terbukti penting sekarang kata Dr Mahathir Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Ja
Mahathir Has To Clean Up The Education Ministry Of Maszlee S Wahhabi Cronies

Mahathir Has To Clean Up The Education Ministry Of Maszlee S Wahhabi Cronies

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 357 hits
One of Dr Mahathir Mohamad s first tasks as he takes over from Maszlee Malik in the education ministry is to review key posts in the government s education agencies and higher education institutes an insider in the ministry told FMT This co...
Prk Kimanis Kita Kalah Lebih Teruk Daripada Dulu Tun Mahathir Kecewa

Prk Kimanis Kita Kalah Lebih Teruk Daripada Dulu Tun Mahathir Kecewa

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 640 hits
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kekalahan Parti Warisan Sabah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis mungkin disebabkan pengundi di kawasan itu belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan Beliau bagaima...
Berubah Atau Pakatan Harapan Jadi Kerajaan Sepenggal Dr Mahathir

Berubah Atau Pakatan Harapan Jadi Kerajaan Sepenggal Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 372 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata gabungan pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika ia tidak melakukan beberapa perubahan Pakatan Harapan yang dipimpin Mahathir menewaskan gabungan Barisan Nasional yang sudah lama...
Pakatan Baru Sedang Dirancang Mahathir

Pakatan Baru Sedang Dirancang Mahathir

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR Pengaturan semula lanskap politik Malaysia secara besar besaran yang boleh mengangkat PAS ke kuasa persekutuan mungkin sedang dirancang berikutan kemerosotan sokongan kepada pentadbiran 20 bulan Pakatan Harapan FMT difahamkan S...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pakej Percutian Turki

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

China Latih Kanak Kanak Tentang Ai Seawal Usia 6 Tahun Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pakar Di Masa Akan Datang

3ce Etude Amp Banyak Lagi Jenama Kosmetik Terkenal Dah Masuk Watsons Jom Pergi Sekarang

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Dulu Aku Boss Dia Hari Ini Aku Belajar Dari Dia