Osama Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah



Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah
Membesar sebagai anak kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah bukanlah perkara mudah untuk digalas oleh pendatang baru, Osama Yamani, 21.
Seperti mana setiap keluarga berkumpul setiap kali musim perayaan, begitu jugalah yang didambakan oleh Osama untuk Aidilfitri tahun ini
Biarpun meluahkan hasrat secara spontan, namun kata-kata yang diungkapkan ternyata lahir daripada hati tulus jejaka berusia 21 tahun itu.

“Tiada apa yang saya harapkan selain daripada setiap ahli keluarga dapat berkumpul beramai-ramai.
“Apa yang dimaksudkan adalah ibu kandung dan bapa kandung serta ahli keluarga yang lain dapat berkumpul sempena raya. Ibu kandung saya di Beruas, Perak dan saya sering berulang alik untuk berjumpanya.
“Bukan apa, tidak pernah kami sekeluarga duduk berkumpul beramai-ramai. Pastinya meriah apabila dapat beraya bersama-sama. Apatah lagi, hubungan ibu kandung saya dan isteri ayah saya juga tiada masalah.
“Lazimnya, ayah saya sibuk dengan persembahan di ibu kota dan itu yang menyebabkan kami sukar untuk duduk beraya bersama-sama. Kebetulan ibu saya pula tinggal di kampung, jadi kekangan dari aspek itu,” kata Osama.

Osama yang kini mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian merupakan anak lelaki Jamal hasil perkahwinan bersama wanita bernama Intan Noraina Mohd Yusof.
Mengulas mengenai bapanya, Osama berkata bapanya sering memberikan nasihat dan tunjuk ajar sejak dia bergelar salah seorang peserta Big Stage 2020.
Selain menyarankannya untuk menurunkan berat badan, Jamal juga berkongsi realiti bergelar anak seni.
“Saya mendapat izin dan direstui oleh ayah. Dia restu saya masuk tapi awal-awal dengan pesanan, Man (panggilan di rumah), kamu nak masuk Big Stage, kamu kena bersiap sedia sebab kamu ada pegang satu nama juara kat belakang, sebab ayah saya dah champion tahun 1979 (Bintang RTM).
“Katanya, Man bila nyanyi kena relaks dan jangan riak. Maksud riak, adalah bila nyanyi terus nak tarik nada tinggi. Katanya, kita menyanyi untuk menyampaikan kepada orang cerita yang terdapat dalam lagu itu.
“Kau kena ikhlas supaya sampai kepada pendengar dan jangan riak. Katanya, kalau berduet pula jangan nak anggap diri hebat, sebab semua itu hebat. Kita berduet ramai-ramai, kita bergabung bukan kita nyanyi solo. Banyak lagi pesanan ayah pada saya,” katanya.
 
Zaki Yamani  
Sementara itu, adik kepada Osama iaitu Zaki Yamani turut ditemui di majlis yang sama anjuran syarikat pengurusan MVM dan Rusa Music yang bertempat ibu pejabat label berkenaan, di Puchong, baru-baru ini.
Zaki, 19, menjelaskan sebelum ini timbul kontroversi apabila bapanya mengeluarkan kenyataan tidak benar menuduh ibunya, Fatimatuzahra Samad sebagai penyebab yang merenggangkan hubungan mereka.
Menurut pemilik nama penuh Ahmad Zaki Yaman, 16, dalam sebuah video Instagram, ibunya tidak seharusnya dituduh sedemikian memandangkan wanita itulah merupakan individu yang sentiasa bersamanya pada waktu susah dan senang.

“Sebenarnya baba (panggilan untuk Jamal) boleh saja jumpa Zaki. Babah janji nak jumpa tetapi tiada, saya WhatsApp pun tidak berbalas. Jadi, berhenti burukkan ibu saya,” katanya.
Dalam pada itu, Zaki meminta pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu berhenti mereka-reka cerita tentang kemelut itu.
Terdahulu, Jamal menerusi laporan sebuah portal berbahasa Melayu mendakwa dia dihalang oleh bekas isterinya iaitu Fatimatuzahra bertemu Zaki selepas bercerai.

Katanya, kali terakhir bertemu Zaki ialah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selama setengah jam di sebuah kediaman sahabatnya.
Kenyataan itu bagi menjawab dakwaan Zaki sebelum ini yang mendedahkan kali terakhir dia menyambut hari raya bersama bapanya pada tahun 2016.
Sebagai info, Zaki merupakan anak daripada hasil perkahwinan bersama Fatimatuzahra.
“Saya tinggal di Kajang bersama dengan ibu, namun raya pertama tahun disambut di Shah Alam. Ini kerana atuk tinggal di Seksyen 4, jadi kami ke sana untuk meraikan Aidilfitri bersama mereka.
“Sejujurnya, saya lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga belah ibu saya. Kali terakhir beraya bersama baba pun ketika saya darjah empat iaitu pada tahun 2016.
“Saya tidak berkecil hati atau sebagainya, cuma tidak mahu baba memburukkan ibu yang menjaga saya sejak kecil lagi. Mengenai kerjasama dalam lagu atau sebagainya, saya terbuka untuk berkolaborasi.
“Itu adalah pengalaman baru buat saya, jika diberikan peluang untuk berkongsi pentas yang sama pun saya tiada masalah. Kami pun anak-beranak, cuma kekangan kerana baba terlalu sibuk dengan kerja untuk merakamkan lagu pada hari yang sama,” katanya.-HM
Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Fosil Cengkerang Berusia 66 juta Tahun, Rupanya… Pencemaran bau diesel: Premis terima perintah tahan operasi Mawi dibidas Pakar Buah Pinggang, kenyataan menipu dan menunggang agama Sherry Ibrahim berusaha untuk kahwin Pusat tahfiz impian Janna Nick bakal jadi kenyataan Kecacatan semula jadi sejak dalam kandungan ibu : Azizulhasni Lelaki ditahan larikan isteri orang, rempuh kereta polis Polis ‘jemput’ 2 remaja di rumah selepas pamer aksi ‘wheelie’, ‘scorpion’ Penduduk arak kekasih berzina di bulan Ramadan Siapa pakai baju Melayu dengan sneakers gua rembat – Joe Flizzow Lelaki Dilaporkan Sesat Ditemui Mati Dalam Keadaan Terduduk Berputih Mata Baru Pandu ‘Supercar’ Bernilai RM3 Juta Terus Langgar Pokok Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sampai Angkut Motosikal Atas Kereta Demi Nak Pulang Beraya [VIDEO]

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

The post Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/06/osama-zaki-cuba-nak-satukan-keluarga-penyanyi-legenda-jamal-abdillah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Nak Anak Jessi Kongsi Pelan Untuk Beku Sel Telur

Saya Nak Anak Jessi Kongsi Pelan Untuk Beku Sel Telur

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 217 hits
Kalau anda perasan Jessi sering meluahkan keinginan untuk mempunyai anak sendiri sebelum ini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru wanita itu sekali lagi menyatakan hasratnya ketika muncul sebagai tetamu dalam program Superman Returns dalam segmen Sayu...
Kita Dah Layan Cukup Baik Apa Lagi Mereka Nak Menteri Kdn Kaji Pemberian Kad Unhcr Kepada Pelarian Rohingya

Kita Dah Layan Cukup Baik Apa Lagi Mereka Nak Menteri Kdn Kaji Pemberian Kad Unhcr Kepada Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 219 hits
Kementerian Dalam Negeri akan membuat kajian secara terprinci pemberian kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Bagi Pelarian bagi memastikan pelarian Rohingya tidak terus masuk ke negara ini dengan bebas Menteri KDN Datuk S...
Ketupat Palas Daun Pisang Lebih Mudah Nak Sediakan

Ketupat Palas Daun Pisang Lebih Mudah Nak Sediakan

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 208 hits
Berbeza sedikit cara penyediaan dan bahan bahan seperti ketupat nasi atau nasi impit ketupat palas menggunakan beras pulut dan rasanya lebih manis dan sedap Jadi untuk anda yang masih baru dalam penyediaan dan cara memasak ketupat palas ini...
Rina Dah Ada Laki Dah Rasanya Takiyuddin Juga Jadi Bahan Orang Meluat Ja Tu Nak Bagi Tau Lebai Ni Bab Menikah Ke Dapan

Rina Dah Ada Laki Dah Rasanya Takiyuddin Juga Jadi Bahan Orang Meluat Ja Tu Nak Bagi Tau Lebai Ni Bab Menikah Ke Dapan

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 293 hits
Tular di media sosial dakwaan Takiyuddin dan Rina Harun dah berkahwin April 23 2022 Di sebalik perubahan penampilan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun sekarang ada satu persoalan mengenai dirinya yang masih menjad...
Neelofa Nak Kembali Aktif Ke Dunia Hiburan

Neelofa Nak Kembali Aktif Ke Dunia Hiburan

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 345 hits
Neelofa nak kembali aktif ke dunia hiburan Hampir setahun menyepikan diri daripada bidang hiburan selebriti terkenal Neelofa bakal kembali aktif dalam dunia pengacaraan tidak lama lagi Menurut pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor 33 it...
Hiburan Letak Je Atas Meja Nanti Ada Kutip Nak Jadi Pekerja Ke Ibu Perli Anak Tak Tunggu Staf Kutipkan Sampah

Hiburan Letak Je Atas Meja Nanti Ada Kutip Nak Jadi Pekerja Ke Ibu Perli Anak Tak Tunggu Staf Kutipkan Sampah

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 350 hits
Sebagai seseorang yang sudah bergelar ibu bapa tanggungjawab untuk mendidik anak menjadi insan yang mempunyai akhlak mulia sebelum mereka meningkat dewasa sememangnya penting Bagaimanapun tweet yang tular baru baru ini lain pula ceritanya k...
Takkan Saya Nak P4ksa Dua Tahun Bekas Isteri Tak Jenguk Anak Along Cham Kesal Dapat Dm Tuduh Zal1m Tak Bagi Jumpa

Takkan Saya Nak P4ksa Dua Tahun Bekas Isteri Tak Jenguk Anak Along Cham Kesal Dapat Dm Tuduh Zal1m Tak Bagi Jumpa

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 172 hits
PELAKON Along Cham mendedahkan dia menerima mesej kec4man daripada netizen yang menudvhnya bersikap zal1m apabila mel4rang bekas isteri iaitu Zila Seeron bertemu dengan anak mereka
Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand

Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 204 hits
Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand Hari ini aku nak cerita cara nak TOPUP pula Asyik cerita Melawat Satun Insuran Thailand Border Pass Pulau Koh Bulone orang cemoih baca Di Thailand boleh Lawati Blog Cikgu Joe Satun Untuk Info Satun Lebi...
Bagaimana Nak Langgan Internet Di Thailand

Bagaimana Nak Langgan Internet Di Thailand

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 202 hits
Bagaimana nak langgan internet di Thailand Tadi Cikgu Joe Satun atau CJS dah share Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand Senangkan macam makan kengsom ja noo Ini Link Cara Nak Topup Lawati Blog Cikgu Joe Satun Untuk Info Satun Lebih Lanjut
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv