Orientation Day Dhia Darjah 1 Tahun 2020
ORIENTATION DAY DHIA DARJAH 1 , TAHUN 2020 - Pejam celik...pejam celik. Dah darjah 1, dah Dhia ! Mummy sedih? Tidaklah, seorang mak mesti kena kuat dan merelakan qada serta qadarNya. Gittewwww. Sebagai seorang mak, mummy inginkan yang terbaik buat Dhia Batrisya. Tak sangka, Dhia bersekolah di sekolah lama mummy. Tak pernah terfikir, yang Dhia akan masuk darjah 1 pada tahun 2020. Di mana, di sekolah inilah yang mummy telah melukis angan-angan WAWASAN 2020 pada 31 tahun yang lepas. Allahuakbar, mummy masih lagi bernyawa untuk melihat zaman 2020 insyaallah !
ORIENTATION DAY DHIA DARJAH 1 , TAHUN 2020
Alhamdullilah, selesai ORIENTATION DAY DHIA DARJAH 1 , TAHUN 2020 semuanya berjalan dengan lancar. Dhia memang excited sebab tak sabar nak jumpa kawan-kawan. Lama cuti, tanpa kawan. Sehari sebelum tu, Dhia dan siapkan bajunya (mummy dah iron) sidai di sofa (bibing tok mak rumah dia sepah hehe).
Seawal 8 pagi kami dah ke sekolah, masa ni ramainya orang di sekolah. Penuh ibu bapa dan adik beradik menghantar anak darjah 1 ke sekolah. Samalah dengan mummy. Cuma, Daim je kami tak bawa (masih tidur).
Sampai di sekolah, mummy kena cek kelas Dhia (kelas sementara), dan masukkan Dhia di barisan yang betul (seperti yang telah di label)
Kelas sementara ini, ada sesi buat latihan. Tak tahulah samada untuk penentu kelas atau pun ujian biasa aje ! Kita tunggu je next week. Macam mana kelas Dhia. Sama atau berubah.
Darjah 1 untuk sekolah Dhia ada 10 kelas kesemuanya. Dhia dapat bilik nombor 7.
Ni pula, gambar Dhia dalam kelas. Masa ini, ibubapa tak di benarkan naik ke kelas anak. Mujur kawan mummy cikgu sekolah ini. Sekolah Dhia ni, ada 2 orang kawan mummy yang menjadi cikgu. Lega jugaklah, bila tahu ada kawan mengajar di sini.
Apa yang kami laki bini buat sepanjang Dhia ke kelas?
Tadaaaa...kami suami isteri beratur untuk bayar yuran, ke kaunter bayar yuran PIBG, ke dewan untuk dengar taklimat, ambil buku teks sekolah Dhia dan....
Apa lagi...Makan di kantin sekolah Dhia hehe. Dzal makan rotui canai, sosej, air oren sejuk. Manakala mummy dan daddy ambil nasi lemak, teh o panas je. Orang lain yang sekolah, orang lain yang lapar hehehe. Orientasi ini, Dhia tak ada waktu rehat. 8.30 pagi - 10.30 pagi aktiviti dalam kelas
Majoriti harga makanan dari RM0.50 sehinggalah ke RM2 di kantin sekolah Dhia. Hopefully Dhia boleh manage duit dengan baik.
Selepas solat Jumaat, sesi orintasi sekolah agama darjah 1 Dhia pulak. Dhia sempat makan juga masa balik rumah. Meratah ayam masak rendang yang tok mak masak.
Mummy pun sempat makan se round. Daddy dan Dzal tak sempat makan. Tak apalah nanti kita amakn kat kantin sekolah agama Dhia aje lah
Daim sesiap nak jagung rebus. Harganya RM2. Dzal makan ayam goreng RM1 sebanyak 2 ketui..Hailah anak ! Sapa yang sekolah daaa....
Daddy pula, makan bihun sup. Bihun sup di sekolah agama ni ada 2 harga. RM1 dan RM3. Bihun sup ni fav Dhia.
Aimi, Dhia, Emily (ADE)
Sekolah agama ni, Dhia suka sangat sebab geng BFF dari tadika dapat sekelas. Alhamdulillah ! Dengarnya...Kelas ini, memang tetap.. tak akan bertukar sehingga darjah 3. Moga semua sukses hendaknya ! Dah sekelas ini, harapnya tak delah membawang je kejenya ye ! Kurangkan bercakap, bila tengah belajar.
Lama pulak terasa orintasi di sekolah agama. Sempatlah kami posing. Terima kasih Dzal selaku photographer mummy daddy hahaha.
Selesai semua, sambung sesi persekolahan pada hari Khamis insyaallah. Sekoalh Dhia ni, ibubapa boleh datang masuk ke sekolah selama 2 hari aje. Hari ketiga dan seterusnya. Ibubapa tak boleh masuk ke kawasan sekolah.
Mummy tengok, Dhia tak ada masalah untuk bersekolah. Buat masa ni, tak ada drama melayu lagi. Harapnya, Dhia boleh sesuaikan diri dan bersekolah seperti biasa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2019/12/orientation-day-dhia-darjah-1-tahun-2020.html