Oren Di Tengah Hijau Kota Bharu


 

Saya berpendapat pemenang yang agak bergaya dalam PRN 2023 lalu adalah Amanah. Meskipun dihujahkan Amanah banyak kehilangan kerusi dipertandingkan di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, serta kalah teruk di Terengganu; sayugia diingatkan yang Amanah melakukan sesuatu tidak dijangkakan iaitu menakluk DUN Kota Lama di Kota Bharu, Kelantan. Ini adalah sejarah besar 12 Ogos 2023 di Kelantan.
Hakikat bahawa kemenangan Amanah di Dun Kota Lama itu sangat penting ialah kerana PAS sendiri sudah menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam ekoran terlepasnya kerusi DUN Kota Lama ke tangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.
Menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Ahmad Yakob, PAS tidak menyangka kerusi DUN Kota Lama itu boleh ditakluk oleh PH di tengah-tengah megah dan pongahnya gelombang hijau PAS melanda Kedah, dan sebahagian Selangor. Harus dinyatakan di sini juga PAS menyasarkan kemenangan 45 kerusi DUN Kelantan tetapi terlucut dua kerusi, satu ke tangan Barisan Nasional (BN) dan satu lagi kepada Amanah.
Sekiranya kita memahami politik Kelantan, kita akan mendapati kemenangan seorang wanita bernama Dr Hafidzah Mustakim, dengan undian 9,695, menewaskan calon PAS, Zamri Ismail dengan 9,489 undi iaitu bermajoriti 206 itu merupakan satu panji yang amat signifikan. Di dalam kamus politik Kelantan, parti seperti Amanah yang progresif, menekankan maqasid, lagi sederhana sikapnya amat sukar diterima. PAS berdiri di sebalik janji-janji produk “political Islam” seperti hukum hudud. Sedangkan Amanah mengimani Islam seharusnya untuk semesta alam.
Harus dinyatakan yang rakyat Kelantan tidak mengenal selain PAS dalam kehidupan berpolitik mereka. Kelantan dikuasai oleh PAS sejak pilihan raya umum pertama iaitu pada 1959 sehinggalah ke tahun 1978. Umno hanya berpeluang menguasai negeri tersebut dengan cara kotor dan sekali lagi terlepas ke tangan PAS pada 1990 sehingga sekarang.
Makanya kejayaan memacak bendera selain PAS di tengah Kota Bharu oleh seorang wanita, berlatar belakangnya perubatan dari parti Amanah tentulah sangat mendebarkan. Tambahan pula ia dilakukan ketika PAS Kelantan sedang menggelora.
Dalam sejarah politik Kelantan, PAS hanya akan lemah dan hancur dek persaingan dalaman. Pada 1977 misalnya kepimpinan politik negeri tersebut mengalami krisis sengit antara dua kem iaitu kem Mohd Asri Muda dan kem Mohamad Nasir. Pertelingkahan antara dua kem dalam PAS ini ialah untuk merebut kekayaan negeri. Kem Mohamad Nasir telah membuat pendedahan mengejutkan apabila menyenaraikan nama-nama pimpinan PAS Kelantan yang beroleh untung duniawi daripada pemberian konsesi tanah, perlombongan dan kayu balak ala Duff kepada beberapa syarikat Cina yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Singapura.
Sebagai contoh syarikat Timber Mines Development Corporation Limited telah diberikan konsesi tanah hutan seluas 400 ribu ekar selama 46 tahun. Fakta sejarah ini didokumentasikan oleh kajian Mustafa Ahmad dan Nur Azuki Yusuff berjudul “Keunikan Politik Kelantan dan Perebutan Kuasa Umno-PAS Dalam Lipatan Sejarah” termuat dalam buku “PAS Menjelang Pilihan Raya Umum” terbitan Penerbit Universiti Malaysia Kelantan (2020).
Pendedahan berani Mohamad Nasir mengenai nafsu pimpinan PAS itu menyebabkan kemarahan 20 Adun Kelantan yang mengusulkan undi tidak percaya terhadap menteri besar Kelantan iaitu Mohamad Nasir ketika itu. Usul tersebut kemudiannya menyebabkan berlaku rusuhan dan demonstrasi yang disertai oleh 80,000 orang pada 24 September 1977. Untuk memulihkan semula keamanan, Perdana Menteri Hussein Onn ketika itu terpaksa mengisytiharkan darurat. Demikianlah rakusnya persaingan dalaman PAS sehingga menyebabkan parti itu kehilangan hampir semua kerusi Kelantan pada PRU 1978.
Bagaimanapun, kepimpinan Umno dan Berjasa yang mengambil alih tampuk pemerintahan dapat dikatakan tidak berwibawa dan gagal menginspirasikan. Menteri Besar Mohamad Yaacob tatkala itu dilihat lemah dan dibayangi oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Ekoran itu PAS kembali menakluk Kelantan dengan menunggang masalah politik di peringkat persekutuan iaitu pertelagahan dahsyat Umno yang terjadi antara Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh. Untuk menawan Kelantan, PAS menunggang Semangat 46, Berjasa, Hamim dan Kimma dengan nama Angkatan Perpaduan Ummah pada 1990.
Kepimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat memperkenalkan dasar-dasar Islam secara besar-besaran dan menjadikan Yayasan Islam Kelantan yang turun ke sekolah-sekolah sebagai benteng besar untuk menurunkan ketaasuban menebal terhadap parti ini. “Ketokohan” Nik Aziz menenggelamkan ketandusan pembangunan dan kemajuan Kelantan sehingga moto “Membangun Bersama Islam” menjadi mitos siasah paling berjaya dalam sejarah politik Islam moden. PAS tanpa kekok dan janggal memperkenalkan dasar-dasar Islam yang rigid sejak itu, sehingga mengekang kebudayaan dan kesenian yang dianggap melalaikan. Gerakan pendidikan yang berkesan di masjid dan sekolah agama menjadikan rakyat Kelantan yang sedia totok PAS itu tidak lagi dapat digoncang, malah PAS kian berhasrat untuk menggoncang pula negeri-negeri lain.
Namun demikian kematian Nik Aziz pada 2015 dan perpecahan kem progresif dan ortodoks PAS menyaksikan kemunculan parti Amanah pada 2016. PAS dapat dihujahkan amat rimas dengan Amanah. Pada PRU14, PAS melakukan serangan yang keras terhadap Amanah berbanding Umno yang dianggap sebagai musuh yang lemah. Dalam PRU14 itu bukan sahaja Amanah kalah, malah satu-satunya kawasan Parlimen di Kelantan yang boleh menerima Amanah adalah Kubang Kerian dengan jumlah undi untuk parti ini hanyalah 11,557 manakala Tumpat memberikan 10,003 undi untuk Amanah.
Sikap PAS terhadap Amanah di peringkat persekutuan juga amat buruk. Segelintir pimpinan PAS melayani Amanah seperti serpihan golongan munafikin. Presiden PAS sebagai misalan menyatakan PH termasuk Amanah sebagai “tidak beriman (beraqidah) dan bermoral (berakhlak) secara terbuka, mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah”. Abdul Hadi Awang juga memanggil Amanah sebagai khadam DAP. “Kita tidak menganggap (Amanah) sebagai satu saingan yang mencabar pada pilihan raya ini. Khususnya apabila rakyat, terutama yang beragama Islam (dan) kaum Bumiputera, menyedari bahawa Amanah merupakan khadam kepada DAP”.
Kebencian pimpinan PAS Kelantan terhadap Amanah juga meluap-luap. Malah ketika PRU14, bekas timbalan menteri besar Kelantan yang kini berjaya disingkirkan, Mohd Amar Nik Abdullah telah memanggil Amanah sebagai “…hanya perkakas DAP”. Bukan itu sahaja Amar turut menyifatkan Amanah sebagai nanar; “Parti oren ini bagi saya parti nanar. Orang Kelantan kata nanar ini bengong. Politik dia politik nanar”. Beliau seterusnya mengatakan warna logo Amanah sesuai dengan warna pakaian tok sami, manakala lambangnya pula menyerupai sebuah stesen TV di India, Imayam TV.
Harus dinyatakan selepas keluarnya kelompok sederhana daripada PAS, parti PAS dikuasai oleh golongan agamawan yang totok, jumud, patriarki dan tidak hendakkan perdamaian. Golongan profesional PAS satu masa dahulu kinilah yang membentuk parti Amanah. Hal ini terserlah pada satu batang tubuh di Kelantan iaitu Hafidzah Mustakim, seorang doktor perubatan. Beliau akan berdepan seorang dengan PAS di DUN. Ia memerlukan keberanian yang luar biasa.
Meskipun hanya menang tipis, terpaksa berdepan dengan pemulauan dan juga tuduhan sebagai musuh negara, iaitu sebagai juak Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditaja DAP, saya percaya Dr Hafidzah sukar dialahkan. Ini kerana sukar untuk PAS, sebuah parti patriarki untuk berdepan dengan seorang wanita lembut tetapi tegas ini. Sudah tentu, di belakang beliau ada pasukan besar yang akan membentenginya. Meskipun Amanah diluluhlantak di Kedah dan Terengganu, serta cedera parah di Selangor; kehadiran oren
atau jingga di tengah hijau Kota Bharu tentulah satu kejayaan paling manis buat parti yang pernah dianggap olok-olokan, khadam Cina, tok sami dan tidak bermoral. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/oren-di-tengah-hijau-kota-bharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengundi Kota Bharu Hantar Bantahan Jelas Kepada Pentadbiran Pas Kelantan

Pengundi Kota Bharu Hantar Bantahan Jelas Kepada Pentadbiran Pas Kelantan

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 277 hits
DUN Kota lama Berada tepat dibandar kota bharu dan segala perarakan terbesar PAS pada malam terakhir pengundian juga di dalam DUN Kota Lama Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya PAS Kalah dalam DUN penduduk bandar Dan ini adalah mesej jel...
Tiga Strategi Bpbd Dki Tekan Polusi Udara Ibu Kota Sampai Mau Mancing Hujan

Tiga Strategi Bpbd Dki Tekan Polusi Udara Ibu Kota Sampai Mau Mancing Hujan

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 199 hits
Menurut Isnawa berdasarkan hasil rapat menunjukkan musim kemarau cukup berpengaruh pada meningkatnya polutan di Ibu Kota
Kota Janji Peminat Terserempak Kim Seonho Bersiar Siar Di Sekitar Kuala Lumpur

Kota Janji Peminat Terserempak Kim Seonho Bersiar Siar Di Sekitar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 366 hits
Kelmarin telah berlangsung 2023 KIM SEON HO ASIA TOUR in KUALA LUMPUR ONE TWO THREE SMILE di Mega Star Arena Kuala Lumpur ARTIKEL BERKAITAN Semasa perjumpaan peminat itu berlangsung Kim Seon ho dilihat teruja mahu mencuba pelbagai makanan d...
Hari Kedua Pns Wfh Jakarta Masih Jadi Kota Dengan Polusi Terburuk Dunia

Hari Kedua Pns Wfh Jakarta Masih Jadi Kota Dengan Polusi Terburuk Dunia

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 166 hits
Sebelumnya kualitas udara Jakarta menduduki posisi pertama sebagai kota dengan udara terkotor di dunia
Potret Sepinya Balai Kota Dki Di Hari Pertama Wfh 50 Persen

Potret Sepinya Balai Kota Dki Di Hari Pertama Wfh 50 Persen

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 130 hits
Melalui pemberlakuan kebijakan WFH ini Adam berharap jumlah mobilitas orang yang keluar rumah bisa berkurang
Jakarta Kembali Jadi Kota Dengan Kualitas Udara Terburuk Di Dunia Kalahkan Qatar Dan Baghdad

Jakarta Kembali Jadi Kota Dengan Kualitas Udara Terburuk Di Dunia Kalahkan Qatar Dan Baghdad

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 151 hits
Masyarakat pada kota dengan indeks kualitas udara tidak sehat disarankan untuk memakai masker jika melakukan aktivitas di luar rumah atau outdoor
Sebagian Pns Mulai Wfh Hari Ini Jakarta Masih Masuk 10 Besar Kota Terpolusi

Sebagian Pns Mulai Wfh Hari Ini Jakarta Masih Masuk 10 Besar Kota Terpolusi

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 115 hits
Jakarta masih masuk kategori kota dengan tingkat polisi udara buruk pada Senin pagi ini
Kota Lama

Kota Lama

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 110 hits
Dalam banyak2 keputusan Keputusan Kota Lama di Kelantan yang paling menarik perhatian saya Semalam seorang calon wanita dari parti Amanah memenangi kerusi ini dengan majoriti tipis 202 undi Seorang wanita menang di lubuk PAS bukan dari BN y...
Kelantan Calon Parti Amanah Berjaya Merampas Dun Kota Lama Dari Pas

Kelantan Calon Parti Amanah Berjaya Merampas Dun Kota Lama Dari Pas

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 173 hits
Calon PH DUN Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim menewaskan tiga calon lain semasa Pengumuman Keputusan PRN Kelantan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu malam ini Kerusi ini dulu dimenangi PAS KelantanKotaLamaPH menangMajoriti 202...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap