Orang Yang Bekerja Sendiri Pun Boleh Buat Epf
Orang yang bekerja sendiri pun boleh buat EPF (KWSP)! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang bekerja sendiri di rumah seperti saya? Haa for your information, orang yang bekerja sendiri pun boleh buat EPF (KWSP) tau. Not only kerja sendiri tetapi golongan surirumah (housewife) sepenuh masa yang ada buat bisnes atau aktiviti; jana income setiap bulan; pun boleh. Mereka yang bekerja di pusat, syarikat atau organisasi yang tidak menyediakan 'kemudahan' EPF pula? Boleh boleh. Anda juga boleh mempunyai akaun EPF!
Kat mana nak buat? Pergi je ke pejabat KWSP berdekatan tempat anda atau di bangunan UTC.
EPF vs KWSP
Kejap..
EPF dengan KWSP ni sebenarnya dua perkara yang sama atau lain? Apa beza EPF dan KWSP? Tiba tiba confuse hahaha.
EPF dan KWSP ni adalah dua benda yang sama. Beza nya hanya lah dari segi meaning; BM & BI.
EPF dalam Bahasa Inggeris - Employees Provident Fund.KWSP dalam Bahasa Melayu - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Orang yang bekerja sendiri pun boleh buat EPF (KWSP)!
Actually, dulu duluuu saya pun tak tahu benda ni. Saya ingatkan orang yang berkerja di sektor kerajaan atau di syarikat besar sahaja yang boleh ada KWSP.
Then, awal tahun lepas, abi nasihatkan saya suruh buat EPF. Saya pelik sebab saya hanya kerja di rumah saja sebagai blogger, cikgu tutor dan freelancer editor Math & Addmath.. boleh ke ada EPF? Saya tiada majikan pun? Takde gaji tetap setiap bulan pun? Macam mana nak tolak duit dari gaji every month? Sebab saya lah bos, saya lah pekerja, saya lah yang bagi gaji hahahaaha. 3 in 1.
Abi kata kalau nak tahu boleh ke tidak, kena lah tanya sendiri staff KWSP. Bukan apa.. abi risaukan saya.. nanti in the future, dah tua tetapi tiada simpanan macam mana? At least kalau ada 'simpanan' EPF yang ada kadar faedah setiap tahun, dapat la juga bantu sedikit sebanyak. Kalau tengah sesak sesak pun, boleh keluar kan duit KWSP dari akaun 2.
So, kami pun direct terus ke office KWSP Seremban untuk tanya macam mana prosedur, syarat kelayakan, cara buat, daftar semua.
Staff tu kata boleh je buat akaun EPF walaupun kerja sendiri. Tiada bayaran tetap untuk setiap bulan. Jumlah duit minimum boleh transfer ke akaun EPF adalah RM50. Nak bayar lebih boleh je. Kalau ada rezeki lebih nak transfer RM150 pun bolehh.
Bayar secara online sahaja; melalui internet banking seperti CIMBClicks dan Maybank2u. Tak perlu ke kaunter KWSP. Hanya masukkan nombor EPF 8 angka, nama, number IC dan amount wang. Mudah giloss!
Orang yang bekerja sendiri pun boleh buat EPF (KWSP)!
Orang yang bekerja sendiri pun boleh buat EPF (KWSP)!Oh, lepas saya tanya procedure semua tu, saya terus daftar di situ. Tak ambil masa yang lama pun. p/s: Jangan lupa bawa kad pengenalan ye!
Saya share benda ni sebab saya tahu masih ada yang tak tahu perkara ni. Ramai yang bekerja sendiri, gaji stabil setiap bulan tetapi tiada EPF. Sayang sejuta kali sayang kalau tak ada EPF. Bukan lah saya nak kata WAJIB ada tapi.. HARUS? Hhahaha.
Sebab EPF ni banyak manfaat dan kelebihannya. Mungkin bukan sekarang kita tak nampak benefit nya, tetapi in the future? We'll never know.
p/s: Jangan lupa isi nama 'penama' EPF kita! (penama ni adalah orang yang akan dapat duit EPF kita nanti kalau jika kita meninggal dunia)
Okay itu sahaja, moga bermanfaat hendaknya!
Daaa~ wassalam! :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/orang-yang-bekerja-sendiri-pun-boleh-buat-epf-kwsp.html