Orang Umno Harus Beransur Ansur Belajar Lupakan Najib


 
Sehingga kini sudah dua kali Tun Mahathir Mohamad menulis surat terbuka meminta pengundi PRN Johor pada 12 Mac depan agar menolak Najib Razak.
Meskipun Najib tidak bertanding, tetapi menurut Tun Mahathir, PRN Johor tidak lain tujuannya diadakan adalah untuk mengukuhkan lagi kedudukan kluster mahkamah dalam UMNO.
Banyak pihak percaya, jika BN menang dengan bergaya di PRN Johor yang sebahagiannya kerana kerja kempen yang menonjolkan Najib, ia adalah landasan terbuka untuk mereka mendesak agar PRU15 diadakan dengan segera.
Sehubungan itu, kaitan antara PRN Johor dan PRU15 serta tujuannya arah menaikkan kembali Najib tidak boleh diketepikan begitu saja.
Tambahan lagi, meskipun sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah dan sedang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan, Najib masih tidak pernah membuat penafian rasmi yang beliau tidak lagi berhasrat kembali sebagai Perdana Menteri.
Kenapa susah sangat Najib membuat penafian rasmi?
Jika bukan untuk memastikannya kembali sebagai Perdana Menteri, untuk apa Najib kekal bersungguh-sungguh turun berkempen dalam PRN Johor seolah-olah beliau masih menguasai UMNO?
Bukankah lebih baik Najib tumpukan saja perhatian kepada rayuan kes SRC Internationalnya dan perbicaraan banyak kes lain berkaitan 1MDB yang sedang berjalan di mahkamah?
Lebih daripada itu, sepatutnya juga Najib tidak perlu lagi terlalu menonjolkan diri dan mencari perhatian masyarakat, baik dalam PRK atau PRN, kerana kerusi Perdana Menteri sekarang sudah pun dipegang oleh Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden UMNO.
Lainlah kalau Mahiaddin Md Yasin masih lagi sebagai Perdana Menteri, tetapi setelah jawatan itu kembali ke pangkuan UMNO, untuk apa lagi Najib masih sibuk-sibuk seperti sebelum ini?
Seharusnya di ketika ini lebih peranan dan penonjolan mesti diberikan kepada Ismail Sabri yang baru beberapa bulan memegang jawatan Perdana Menteri agar kedudukan beliau lebih diyakini oleh rakyat.
Ini tidak, dengan berterusan membiarkan Najib menonjolkan dirinya, sedangkan beliau hanyalah bekas Perdana Menteri, sudah dijatuhi hukuman bersalah pula oleh mahkamah, keadaan ini akan menjadikan Perdana Menteri kelihatan secara sengaja cuba ditenggelamkan.
Najib sebagai bekas Perdana Menteri ketika ini hanya patut dilayan sebagai bekas Perdana Menteri saja, bukan sebagai seorang yang masih dan sedang mengejar jawatan Perdana Menteri.
Yang mesti ditonjolkan dan dipertaruhkan oleh UMNO kepada rakyat ialah Perdana Menteri yang sedia ada.
Apa guna UMNO ada Perdana Menteri jika pemimpin lain masih mahu diberi ditonjolkan?
Sebab itu, sama ada UMNO atau orang bersetuju atau tidak dengan kenyataan Tun Mahathir agar kleptokrat tidak harus dibiarkan kembali berkuasa, hakikat yang mesti mereka sedar ialah era Najib sudah berlalu dan lebih baik untuk dilupakan.
Dengan jawatan Perdana Menteri sudah kembali ke dalam dakapan setelah ianya terlepas pada 2018 lalu, UMNO kini harus terus memandang ke hadapan dan jangan berundur ke belakang.
Pemimpin harus datang dan pergi, tetapi yang penting untuk dikekalkan ialah UMNO itu sendiri.
Ismail Sabri yang memegang jawatan Perdana Menteri lebih munasabah untuk terus dipertahankan daripada cuba diketepikan dalam pertarungan PRU15 akan datang.
Lebih tidak masuk akal jika yang ingin diangkat semula sebagai Perdana Menteri itu adalah pemimpin yang sudah pernah menduduki kerusi Perdana Menteri dan UMNO pula mencatat sejarah hilang kuasa ketika di tangannya, ditambah lagi sudah dicop bersalah oleh mahkamah.
Untuk maju ke depan dan diterima generasi muda, UMNO sebenarnya tiada pilihan lain melainkan mesti beransur-ansur melupakan Najib dan meletakkannya baik-baik duduk di tepi padang dengan menerima pemimpin yang sedang memegang jawatan Perdana Menteri sebagai pemegang baton seterusnya.
Jika tidak, UMNO akan terus dibelenggu dengan sejarah silam yang hitam dan akhirnya lebih sukar untuk diputihkan. – ShahbufinHusin 21/02/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/orang-umno-harus-beransur-ansur-belajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Takut Populariti Najib Mampu Tarik Undi Kepada Umno Kata Noh

Muhyiddin Takut Populariti Najib Mampu Tarik Undi Kepada Umno Kata Noh

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 172 hits
freemalaysiatoday com February 12 2022 4 00 PMNoh Omar berkata Muhyiddin Yassin tiada hak menghalang mana mana pemimpin Umno turun berkempen di Johor melainkan Bersatu sendiri takut dengan bayang bayang pemimpin Umno khususnya Najib Razak K...
Najib S Popularity Worries Muhyiddin Claims Umno Man

Najib S Popularity Worries Muhyiddin Claims Umno Man

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 190 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin is worried that Umno and Barisan Nasional will get more votes in the Johor state elections said Selangor Umno chief Noh Omar KUALA LUMPUR Attacks by Bersatu president Muhyiddin Yassin on the court cluster ...
Bukan Umno Dan Najib Kalau Tak Tipu Sekarang Najib Tunggu Masa Ke Penjara

Bukan Umno Dan Najib Kalau Tak Tipu Sekarang Najib Tunggu Masa Ke Penjara

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 121 hits
Bukan UMNO kalau tidak tipu Spin Najib Razak yang paling berjaya adalah isu Tabung Haji sehinggakan ramai yg percaya hingga sekarang Saya rasa inilah yang menjadi punca paling utama kebencian terhadap PH mencapai tahap begitu tinggiYa topik...
Najib Sebenarnya Khianati Umno Orang Melayu Muhyiddin

Najib Sebenarnya Khianati Umno Orang Melayu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 190 hits
satuberita myBy February 11 2022 MUHYIDDIN YASSINSeret parti ke dalam skandal 1MDB memalukan Malaysia di seluruh duniaTAN Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan orang Melayu khasnya segelintir pemimpin UMNO supaya sedar siapa sebenarnya...
Najib Adalah Pengkhianat Umno Sebenar Punca Majoriti Rakyat Benci Umno Muhyiddin

Najib Adalah Pengkhianat Umno Sebenar Punca Majoriti Rakyat Benci Umno Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 221 hits
Najib adalah pengkhianat UMNO sebenar punca majoriti rakyat benci UMNO MuhyiddinTan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pengkhianat UMNO yang sebenar kerana membiarkan skandal 1Malaysia Development Berha...
Src S Us 1 18b Suit Vs Najib Trial Set For Feb March 2023

Src S Us 1 18b Suit Vs Najib Trial Set For Feb March 2023

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 252 hits
SRC International Sdn Bhd s US 1 18 billion civil suit against former Prime Minister Najib Razak has been set for a 16 day hearing beginning Feb 13 next year The dates were fixed by High Court Deputy Registrar Suriani Ujang during online ca...
Sekolah Cina Foon Yew Berterima Kasih Dan Hormat Kepada Najib

Sekolah Cina Foon Yew Berterima Kasih Dan Hormat Kepada Najib

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 175 hits
Sekolah Menengah Foon Yew di Seri Alam Johor Bahru menerima kunjungan bekas PM Najib Razak dalam jelajah kempen PRN Johor Dalam ucapan Najib di sekolah itu berkata penubuhan sekolah persendirian Cina itu pada 2013 tidak akan menjadi kenyata...
Jangan Pilih Yang Kelentong Kita Bau Hancing Tak Hilang Lagi Najib

Jangan Pilih Yang Kelentong Kita Bau Hancing Tak Hilang Lagi Najib

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 160 hits
Jangan pilih yang kelentong kita bau hancing tak hilang lagi Najib Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tiada parti yang boleh memenangi hati rakyat Johor melainkan Barisan Nasional sahaja Beliau berkata selama ini begitu ramai rakyat yang te...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord