Orang Politik Tak Perlu Serah Zakat Mufti Perlis


Dziyaul Afnan Abdul Rahman   
MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersetuju dengan titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang melarang ahli politik menyerahkan zakat kepada asnaf di Perlis.
Beliau berkata, ia bagi mengelak pemberian zakat itu disalah tujuan atau dijadikan kempen politik kepartian.

“Isunya bukan sama ada zakat itu boleh diwakilkan atau tidak.

“Isunya, jika ruang itu dibuka, maka dalam konteks negara demokrasi pilihan raya, ia akan dijadikan ruang untuk berkempen politik kepartian menggunakan agama, atau lebih khususnya zakat,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila beberapa pemimpin parti politik di kawasan tertentu aktif menyampaikan sumbangan zakat kepada golongan tertentu, khususnya asnaf.

Tindakan itu mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kerana sebahagian mereka berpendapat, penyampaian zakat haruslah diberikan pihak berautoriti dalam negeri yang diamanahkan menjalankan tanggungjawab itu.

Mohd Asri berkata, sepanjang pengalamannya bertugas sebagai mufti, hanya Raja Perlis ataupun Raja Muda Perlis sahaja yang menyerahkan zakat.

“Jika tiada, maka (hanya) orang yang diperkenankan oleh DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Raja (Perlis) atau DYTM (Duli Yang Teramat Mulia) Yang Dipertua MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis).

“Pastinya mereka bukan dari kalangan orang politik. Dalam majlis pemberian zakat, Mufti atau CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) MAIPs akan menyerahkan ke tangan Tuanku Raja atau Tuanku Raja Muda.

“Orang politik yang hadir boleh menjadi saksi bersama yang lain. Demikian jugalah majlis penerima zakat oleh MAIPs,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam di negara ini hendaklah meminimakan penyalahgunaan agama bagi tujuan kempen politik kepartian dengan agenda yang bersifat kelompok dan peribadi.

Katanya, ini kerana penyalahgunaan agama untuk kepentingan politik kepartian adalah musibah besar kepada masyarakat



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/orang-politik-tak-perlu-serah-zakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elakkan Orang Politik Serah Zakat Mufti Perlis

Elakkan Orang Politik Serah Zakat Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 349 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta agar tugas penyerahan zakat tidak diberi kepada orang politik bagi mengelakkan dijadikan kempen politik kepartian Isunya bukan sama ada zakat itu boleh diwakilkan atau tidak Isunya jika ruang ...
Perlis Mufti Apologises For Photos Linking Arson Suspects To Hadi

Perlis Mufti Apologises For Photos Linking Arson Suspects To Hadi

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 310 hits
Perlis Mufti Mohd Asri Zainul Abidin has apologised over images of arson suspects together with PAS president Abdul Hadi Awang that were uploaded onto his Facebook page by an administrator The implicated persons are suspected to have torche...
Tolong Jangan Ganggu Siasatan Kami Polis Beri Amaran Kepada Mufti Perlis

Tolong Jangan Ganggu Siasatan Kami Polis Beri Amaran Kepada Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 441 hits
MUFTI Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin diminta untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang membabitkan kejadian kebakaran kereta rasminya pada Mac lalu Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd berkata ini kerana tindakan Mohd Asri boleh...
Peniaga Pasar Malam Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Bakar Kereta Mufti Perlis

Peniaga Pasar Malam Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Bakar Kereta Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 638 hits
gambar hiasanKANGAR Seorang peniaga pasar malam hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan membakar kereta rasmi milik kerajaan negeri yang digunakan oleh Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin Ter...
Lebih Manis Orang Islam Agihkan Zakat Mufti Kelantan

Lebih Manis Orang Islam Agihkan Zakat Mufti Kelantan

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 453 hits
Diterbitkan 31 Mei 2019 Tindakan wakil rakyat bukan Islam mengagihkan pemberian zakat tidak menjadi satu kesalahan sekiranya mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan zakat itu sendiri kata Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad Bagaimana...
Pas Yakin Ahli Tak Terlibat Bakar Kereta Mufti Perlis

Pas Yakin Ahli Tak Terlibat Bakar Kereta Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 421 hits
PAS percaya ahlinya tidak terlibat dalam insiden membakar kereta rasmi milik Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 22 Mac lalu Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis dan dakwaan bah...
3 Anggota Unit Amal Direman Kes Bakar Kereta Mufti Perlis

3 Anggota Unit Amal Direman Kes Bakar Kereta Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 345 hits
Foto oleh mStar OnlineJabatan Amal Malaysia hari ini mengesahkan tiga anggotanya ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan insiden membakar kereta Mufti Perlis pada 22 Mac lalu Loading Mengesahkan perkara tersebut ketua pengarah...
Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas

Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 710 hits
Kes Bakar Mufti Perlis Makin Panas Seorang peniaga pasar malam hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan membakar kereta rasmi milik kerajaan negeri yang digunakan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin Tertudu...
Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sambal Ikan Bilis Lembut

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan