Orang Nak Tengok Movie Mat Kilau Bukan Nak Dengar Anak Kau Menangis Penonton Geram Ibubapa Bawa Bayi Masuk Pawagam
Foto Hiasan Sahaja
Sejak dahulu lagi, panggung wayang merupakan antara tempat kegemaran masyarakat untuk bersantai sambil menonton wayang pada hujung minggu atau waktu bercuti.
Selain daripada tayangan filem yang menarik, paparan skrin, makanan ringan dan keselesaan tempat duduk antara faktor penonton memilih pawagam untuk menonton sesebuah filem. Suasana yang senyap dan tenang juga antara faktor penonton dapat menghayati dengan lebih baik filem yang ditayangkan.
Namun begitu, hakikat tersebut tidak dapat dirasai oleh seorang gadis ini. Gadis ini ulang ciap status Twitter seorang pemengaruh media sosial yang meminta agar ibu bapa menegur anak-anak yang membuat bising semasa di panggung wayang.
26 June, GSC Amanjaya Mall SP. Filem Mat Kilau showtime 4.30p.m. Baby tu ada dalam baru lepas pantang kut. Menangis melalak budak tu dah mengganggu orang lain. Orang nak tengok movie bukan dengar anak hg qeyau. Tolong la ada common sense. https://t.co/3f3XWIPhb8
— Sarah (@qallywhoisit) June 26, 2022
Melalui ulang ciap itu, gadis ini berkata semasa menonton wayang, dia mendengar tangisan bayi yang kuat sehingga mengganggu tumpuan penonton yang lain.
"26 June, GSC Amanjaya Mall SP. Filem Mat Kilau showtime 4.30 p.m. Baby tu ada dalam baru lepas pantang kut. Menangis melalak budak tu dah mengganggu orang lain. Orang nak tengok movie bukan dengar anak hang qeyau. Tolong la ada common sense.
"Kalau tengok Awang tendang Mat Kilau, aku dah angkat tangan nak tepuk bahu si bapak tu suruh bawa anak dia keluar bagi diam kat luar. Pastu duk passing anak tu pi mai pi mai kat bini dia. Yang budak tu duk continue nangis. Eh stress la aku," tulis gadis ini di Twitter.
Kalau tengok Awang tendang Mat Kilau, aku dah angkat tangan nak tepuk bahu si bapak tu suruh bawa anak dia keluar bagi diam kat luar. Pastu duk passing anak tu pi mai pi mai kat bini dia. Yang budak tu duk continue nangis. Eh stress la aku
— Sarah (@qallywhoisit) June 26, 2022
Dia juga berasa pelik bagaimana pasangan suami isteri itu boleh membawa bayi si kecil itu ke panggung wayang, apatah lagi dengan bunyi kesan khas yang kuat.
"Dengan sound effect macam tu sampai telinga kita pun berdesing, tak terkejut ke budak tu? Memang logik la dia nangis. Susah la jenis parents takdak common sense sampai mengganggu orang lain eh rimas.
"Ka nak tengok cerita Minions tapi tersilap beli tiket mat kilau aku taktau la kan. Tapi memang aku bengang la tadi. Tak kira lagi anak dia yg dah besar sikit tu duk berdiri pi mai pi mai atas seat tu eh la aku," luah gadis itu dengan geram.
Sumber: Sarah, XavierNaxa
source https://www.thereporter.my/2022/06/orang-nak-tengok-movie-mat-kilau-bukan.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kongsibro.blogspot.com/2022/06/orang-nak-tengok-movie-mat-kilau-bukan.html