Orang Melayu Ketinggalan Kerana Mahathir




SURAT TERBUKA KEPADA TUN DR MAHATHIR
Daripada: ISHAM JALIL, rakyat biasa.
Assalamualaikum Tun,
Selepas solat Jumaat tadi saya baru terbaca penulisan Tun yang disiarkan tadi berkenaan orang-orang Melayu.
Dahulu Tun kerap berkata Melayu pemalas.
Sekarang Tun kata Melayu masih enggan bekerja.
Tun juga masih bernostalgia dan terkenang zaman dahulu kala di zaman British.
Tun kata, “British membuka ladang-ladang getah dan lombong bijih timah. Yang anehnya tidak ada orang Melayu yang bekerja dalam ladang dan lombong ini. Pekerja terdiri dari orang India dan Cina. Perniagaan kedai runcit dan aneka jenis tukang-tukang semuanya terdiri dari orang Cina.”
Tun tentunya tahu British buat begini sebab dasar pecah dan perintah, bukan sebab orang Melayu malas bekerja.
Tun juga kata, “Tidak ada orang Melayu yang bekerja sebagai buruh kasar, dan orang Melayu rela serah segala kerja kepada orang asing.”
Tun kata, “Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar. Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja.”
Dan, “Yang tidak terdapat ialah orang Melayu yang berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar. Orang Melayu pandang hina bidang-bidang ini.”
Kepada Tun, saya tidak pernah hidup semasa zaman British atau zaman Jepun seperti Tun.
Dan saya juga bukannya seorang billionaire seperti anak-anak Tun, yang mendapat manfaat dari banyak kontrak kerajaan.
Semasa saya muda, saya pernah buat kerja buruh kasar, kerja kilang, jadi waiter, jaga kaunter, buat air dan sebagainya.
Selepas saya tamat pengajian dari universiti pada tahun 1999, keadaan ekonomi amat teruk semasa pentadbiran Tun sebagai PM-4, beratus-ratus ribu orang hilang kerja dan graduan-graduan baru seperti saya sukar untuk mendapat kerja walaupun saya kembali ke tanahair dengan ijazah kelas pertama dari salah sebuah universiti terkemuka di dunia.
Saya telah buat macam-macam kerja yang tidak memerlukan ijazah untuk mencari sesuap nasi termasuk sebagai buruh kasar.
Apabila saya ingin berkahwin dan memulakan keluarga pada awal tahun 2000, keadaan kewangan amatlah sukar kerana ekonomi negara yang telah ranap semasa pentadbiran Tun, saya terpaksa membuat dua kerja selama lebih dua tahun untuk mengumpul wang untuk berkahwin.
Pada ketika itu, pada siang hari saya berkerja di pejabat dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang dan selepas itu terus ke kerja kedua pada malam hari dari pukul 6 petang sehingga pukul 10 malam.
Setiap hari saya bekerja sekurang-kurangnya 14 jam, tidak termasuk masa perjalanan dan menempuh kesesakan jalanraya.
Kini keadaan ekonomi menjadi semakin teruk dan menuju ke arah krisis seperti tahun 1997-1999 dahulu.
Ramai orang hilang kerja dan graduan-graduan terutama graduan Melayu sukar untuk mendapat kerja.
Saya amat faham masalah yang dihadapi oleh orang-orang muda sekarang sebab saya pernah mengharunginya dahulu.
Saya rasa Tun dan keluarga Tun yang kaya raya tidak faham masalah rakyat biasa, dan saya pasti Tun atau anak-anak Tun tidak pernah bekerja seperti saya bekerja dan tidak pernah menjadi buruh kasar.
Sebab itu apabila orang tidak bekerja atau miskin, Tun cepat sahaja panggil mereka pemalas seolah-olah itu pilihan mereka dan seolah-olah mereka yang bersalah ke atas keadaan mereka ini walaupun hal sebenar adalah jauh berbeza.
Orang Melayu bukannya pemalas.
Dan mereka bukan tidak mahu bekerja.
Jika mereka tidak bekerja, mereka tidak makan. Kebanyakan mereka bukan ada simpanan berbillion ringgit di dalam bank seperti keluarga Tun.
……..
Ramai graduan Melayu sekarang yang mempunyai ijazah cemerlang tetapi bekerja sebagai pembantu jualan di kompleks membeli belah, bawa Grabfood dan Food Panda, jual burger dan sebagainya.
Kini Tun mahu mereka jadi buruh kasar dan bawa Gojek pula.
Tun tentunya tahu bahawa beberapa kajian membuktikan bahawa antara sebab graduan Melayu tidak dapat kerja bukan sebab mereka pemalas atau tidak mahu bekerja seperti yang Tun kata, tetapi sebab mereka didiskriminasikan di pasaran kerja.
Menurut kajian, hanya 4% daripada graduan Melayu dipanggil untuk temuduga berbanding 28% graduan Cina dengan kelulusan yang sama.
Saya pasti graduan Melayu yang diberikan tawaran kerja selepas ditemuduga adalah lebih rendah dari 4% tersebut.
Pada saya, kerajaan sepatutnya perlu membuat dasar supaya ekonomi berkembang dan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi dan yang menggunakan teknologi dan akal fikiran untuk rakyat dan graduan-graduan.
Bukan menyuruh rakyat undur ke belakang dan menjadi buruh kasar dan memanggil mereka pemalas apabila peluang pekerjaan tiada akibat kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi.
…….
Tun juga tentunya tahu berkenaan monopoli dan kartel perniagaan kaum lain yang mendiskriminasi ke atas perniagaan orang-orang Melayu.
Tun telah menulis berkenaan ini dengan panjang lebar dalam buku “Malay Dilemma” dahulu.
Jika Tun baca buku “Chinese Dilemma” pula, Tun juga tentunya nampak bahawa masalah perkauman dalam perniagaan adalah nyata berlaku di pasaran, dan hal ini mendatangkan masalah kepada peniaga-peniaga Melayu untuk menembusi rantaian bekalan yang dimonopoli kaum lain.
Akibatnya banyak perniagaan Melayu telah gagal kerana diskriminasi bekalan dan harga yang dikenakan ke atas mereka.
Sebab itu dahulu saya pernah kata salah satu sebab utama orang-orang Melayu masih miskin dan tidak bekerja adalah bukan kerana mereka malas dan tidak mahu kerja, tetapi kerana mereka terus didiskriminasi di negara sendiri.
……..
Dasar-dasar Tun hanya mengayakan kroni-kroni namun tidak mempedulikan orang-orang miskin.
Dahulu Tun pernah berkata, jika Tun mengayakan beberapa orang, orang itu akan mengayakan lebih ramai orang di bawahnya.
Dasar “trickle down economics” Tun ini ternyata tidak berjaya dan tidak benar, kerana beberapa orang kaya kroni-kroni ini telah terus menjadi lebih kaya raya namun kekayaan ini tidak sampai ke bawah.
Di tengah-tengah zaman pemerintahan Tun semasa tahun 1990an, jurang antara yang kaya dan yang miskin telah melebar, perkongsian kekayaan negara kepada golongan 20% teratas (T20) telah meningkat dari 50% ke 52%.
Namun jumlah perkongsian pendapatan negara untuk golongan 40% terbawah (B40) telah menurun dari 15% ke 13%.
Tun sepatutnya mengaku bahawa dasar-dasar Tun selama ini iaitu 23 tahun sebagai Perdana Menteri telah tidak berjaya untuk menghapuskan diskriminasi ke atas orang-orang Melayu ini malah menjadikannya lebih buruk.
Tun perlu terima hakikat ini.
Walaupun Tun tentunya tahu berkenaan fakta ini, namun saya pasti Tun tidak akan mengaku bahawa ianya adalah salah Tun, tetapi seperti biasa Tun akan salahkan orang lain.
Dan sebab itu Tun tidak akan berhenti daripada menyalahkan orang Melayu dengan berkata mereka pemalas, tidak mahu bekerja dan tidak sedar diri seperti biasa.
Selagi Tun bersikap begini, selagi itulah kita tidak akan dapat keluar dari kepompong pemikiran begini dan kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah orang-orang Melayu ini.
Yang lebih teruk lagi ialah masalah diskriminasi, prejudis dan bias ke atas orang-orang Melayu oleh kaum lain akan menjadi lebih teruk sebab seorang pemimpin Melayu seperti Tun telah mengaku bahawa orang-orang Melayu ini kononnya memang pemalas, walaupun hakikatnya ianya tidak benar dan malah sebaliknya.
……..
Saya tahu pemikiran lama sukar dibuang.
Namun, jika Tun tidak boleh membuang pemikiran lama ini, sekurang-kurangnya dengarlah masalah rakyat semasa.
Rakyat sedang susah. Masa telah berubah. Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu.
Orang Melayu bukannya tidak sedar seperti kata Tun.
Malah mereka sebenarnya sudah terlebih sedar dan sudah pandai menilai dan tidak lagi mudah ditipu, bukan seperti dahulu.
Sebab itu mereka kini tidak lagi percaya kepada tanggapan lama Tun tersebut.
Kita perlu berubah mengikut peredaran zaman.
Dan mengubah pemikiran sejajar dengan persekitaran semasa.
Jika tidak, kita akan terus ketinggalan.
Salam,
ISHAM JALIL
Marhaen
6 September 2019




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/07/orang-melayu-ketinggalan-kerana-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Pemalas Melayu Harap Tongkat Surat Terbuka Buat Dr Mahathir

Melayu Pemalas Melayu Harap Tongkat Surat Terbuka Buat Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1106 hits
Assalamualaikum Tun Selepas solat Jumaat tadi saya baru terbaca penulisan Tun yang disiarkan tadi berkenaan orang orang Melayu Dahulu Tun kerap berkata Melayu pemalas Sekarang Tun kata Melayu masih enggan bekerja Tun juga masih bernostalgia...
Dr Mahathir Hina Melayu Malas Lagi Sebab Tak Sokong Dia

Dr Mahathir Hina Melayu Malas Lagi Sebab Tak Sokong Dia

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 868 hits
Bila baca tweet Dr Mahathir nie termenung panjang memikirkan kenapalah orang tua yang rumah kata pergi kubur kata mari nie tak habis habis nak hina bangsa Melayu Apa sebabnya apa puncanya Bak kata orang tua tua mati bersebab sakit berpunca ...
Netizen Sakit Hati Dengar Bebelan Dr Mahathir Pasal Melayu Malas

Netizen Sakit Hati Dengar Bebelan Dr Mahathir Pasal Melayu Malas

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 503 hits
Cukup Jangan kecam abang abang dan adik adik saya sebagai pemalas Siang malam mereka bekerja keras untuk cari nafkah Sakit hati saya bila mendengar Demikian luahan hati seorang netizen dipercayai tidak berpuas hati dengan kenyataan Tun Dr M...
Mahathir Upset With The Igp And Ag

Mahathir Upset With The Igp And Ag

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 310 hits
Oh and Hamid Bador was the one who turned Waytha Moorthy and brought him back to Malaysia and helped him get a Cabinet post The Hindraf leaders know that Moorthy is a Special Branch agent of course and that he had been working for the Speci...
In The End What The Hell Have Malaysians Got For Voting In Pakatan A Machiavelli Mahathir Return To Cronyism Good Deal

In The End What The Hell Have Malaysians Got For Voting In Pakatan A Machiavelli Mahathir Return To Cronyism Good Deal

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 479 hits
Return To Cronyism Habis Tuan Tuan Yang Haprak Dapat Apa Letter A return to the cronyism complexYusri Abd Rahman Published 2 Sep 2019LETTER On Aug 29 the shares of Opcom Holdings Bhd a company engaged in the manufacture and sale of fibre op...
Extra Hebat Di Era Mahathir Berulang

Extra Hebat Di Era Mahathir Berulang

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 249 hits
Dulu ketika Almarhum Sultan Ahmad Shah menjadi Agong Tun PM ke 4
Isu Zakir Naik Dibincang Oleh Mahathir Modi

Isu Zakir Naik Dibincang Oleh Mahathir Modi

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 310 hits
Isu Zakir Naik Dibincang Oleh Mahathir Modi Keberadaan pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik di Malaysia dibangkitkan dalam pertemuan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan rakan sejawatnya dari India Narendra Modi di Russia hari ini Menu...
Dr Mahathir Is It Worth The Embarrasment And The Ridicule You Have Attracted On Malaysia

Dr Mahathir Is It Worth The Embarrasment And The Ridicule You Have Attracted On Malaysia

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 326 hits
Please click on the link and also watch a video that shows Dr Mahathir meeting Modi PM Narendra Modi asked Dr Mahathir to extradite Zakir Naik who is wanted in India for inciting terrorism money launderingnot clear yet if Malaysian premier ...
Tiada Keperluan Lanjutkan Had Umur Bersara Mandatori Pm Dr Mahathir

Tiada Keperluan Lanjutkan Had Umur Bersara Mandatori Pm Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 286 hits
Phnom Penh 3 Sept Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada keperluan untuk melanjutkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun Beliau setuju dengan pendapat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman u...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia