Orang Melayu Jangan Diperbodoh Pemimpin Politik



Masalah orang Melayu memang kerap dibincangkan dalam pelbagai peringkat, tetapi hingga kini masih belum menunjukkan sebarang perubahan signifikan.
Baik ketika atau selepas dijajah dan memperoleh kemerdekaan, isunya masih berputar pada perkara hampir sama, iaitu pendidikan, pekerjaan dan pegangan ekonomi.
Tidak sedikit pemimpin Melayu pernah mengupas masalah itu secara tuntas. Antaranya, Datuk Onn Jaafar yang amat kritis membahaskan isu orang Melayu ketika memimpin pelbagai penerbitan akhbar.
Namun, walaupun dilanda pelbagai masalah belum selesai, apa boleh dianggap sebagai penyelamat membolehkan orang Melayu masih bernafas lega adalah kuasa politik dan memerintah masih dalam genggaman orang Melayu.
Orang Melayu berpegang keyakinan kuasa memerintah akan kekal dan sukar digugat memandangkan negara ini majoritinya adalah mereka.
Ditambah Perlembagaan Persekutuan jelas dan tegas menyebut kedudukan atau keistimewaan orang Melayu, maka mereka tidak gusar terhadap risiko kehilangan kuasa politik untuk memerintah bagi tempoh lama.
Namun, pemikiran begini ada risiko dan implikasi buruk tersendiri. Rasa selesa menyebabkan orang Melayu cukup mudah percaturan dan mengambil enteng dengan kesalahan dilakukan.
Konsep politik naungan dipraktikkan UMNO menyaksikan bagaimana politik dan perniagaan menjadi saudara kembar hampir tidak mungkin dipisahkan.
Konsep ini mengukuhkan UMNO di persada kuasa sebagai kerajaan Persekutuan dalam tempoh enam dekad. Hampir sukar orang Melayu boleh menjadi peniaga berjaya jika tiada kaitan dengan UMNO.
Barangkali, disebabkan konsep politik beginilah, walaupun kerajaan melancarkan pelbagai program ekonomi bertujuan membantu rakyat, hasilnya hanya dinikmati pihak tertentu sahaja.
Adakah ini salah dari segi undang-undang atau tidak, ia terbuka dan perlu dibahaskan dalam kalangan cerdik pandai. Namun, hakikatnya selepas enam dekad, sukar kita menyatakan orang Melayu berada pada tahap membanggakan, sebaliknya muncul pelbagai masalah baharu menghambat orang Melayu.
Mungkin tidak ramai bersetuju, tetapi menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui orang Melayu masih dibelenggu dengan kemiskinan.
Malah menurut beliau, kemiskinan berpunca daripada banyak tanah terpaksa dijual kepada orang bukan Melayu.
RASUAH PUNCA KEMISKINAN TERUS MEREBAK
Namun, jika kita merujuk kepada titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 22 September lalu, baginda bertitah dengan tegas meletakkan rasuah sebagai punca kemiskinan terus merebak.
Selain menatijahkan kemiskinan, rasuah juga, titah baginda, menyebabkan kemunduran terus melanda, pertumbuhan ekonomi terbantut, menghilangkan minat pelaburan asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga.
Lebih memburukkan keadaan, hak rakyat menikmati perkhidmatan kerajaan seperti kesihatan dan pendidikan juga dinafikan.
Bukan sesuatu menghairankan apabila kita melihat sebuah negara atau negeri memiliki kekayaan khazanah, tetapi nasib penduduk tidak berubah, malah infrastruktur awam seperti jalan raya, sekolah dan jambatan seolah-olah berada pada zaman prakemerdekaan.
Mengubah sesuatu dianggap norma tentulah menuntut komitmen cukup besar. Begitu juga rasuah. Terpekik menolak rasuah sahaja tidak cukup untuk memastikan jenayah ini dihentikan.
Namun, harus diingatkan, sikap sambil lewa dan mengambil mudah terhadap jenayah rasuah akan menyebabkan bukan sahaja rakyat, bahkan negara berisiko musnah.
Demikian titah Sultan Nazrin menegaskan apabila tiada kesungguhan membanteras rasuah, perlakuan itu akan tumbuh melebar, subur membesar, lalu diterima sebagai norma dan akhirnya meresap menjadi budaya, akhirnya memusnahkan negara bangsa.
LAKSANA PROGRAM CELIK POLITIK
Justeru, langkah pemulihan wajar diambil segera. Sultan sudah bertitah, maka giliran rakyat menjunjung perintah. 
Bagi menghadapi situasi cukup meruncing ini, tentulah orang Melayu dalam dilema kerana mereka menganggap perubahan hanya boleh dilaksanakan pemimpin sahaja.
Malangnya, orang Melayu berpecah-belah kerana perbezaan parti politik pelbagai ideologi walaupun dipimpin mereka memiliki anutan agama dan bangsa sama.
Mendepani kesulitan dan krisis ini, cendekiawan perlu membantu rakyat membincangkan model kepemimpinan baharu mempunyai kualiti melakukan perubahan dan berwatak sebagai pendidik atau murabbi.
Watak guru atau pendidik tentunya inginkan golongan dididik menjadi manusia berguna dan bermaruah serta boleh diharapkan menjadi aset negara.
Oleh itu, program celik politik perlu dilaksanakan untuk menyedarkan orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya agar memiliki keupayaan menilai serta memilih, sekali gus mengangkat pemimpin berwibawa dan bermaruah demi menyelamatkan masa depan negara.
Mohd Arif Juhani Abdul Rahman Ahli Sekretariat Inisiatif Melayu Bermaruah (IMB)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/10/orang-melayu-jangan-diperbodoh-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Letak Kepercayaan Pada Parti Melayu Islam Yang Reda Rasuah Kata Anwar

Jangan Letak Kepercayaan Pada Parti Melayu Islam Yang Reda Rasuah Kata Anwar

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 242 hits
freemalaysiatoday com September 25 2022 10 16 PMAnwar Ibrahim berkata PKR tidak akan meminta maaf menjuarai kepentingan semua rakyat Malaysia sambil mempertahankan status Melayu Islam BATU KAWAN Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mahu rakyat t...
Rentasan 1216 Gempar Pemimpin Mca Persoal Budaya Kemaafan Orang Melayu Islam

Rentasan 1216 Gempar Pemimpin Mca Persoal Budaya Kemaafan Orang Melayu Islam

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 212 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1216 1 AYAM MENANG KAMPUNG TERGADAI 2 BUDAYA ISLAM TIDAK MAAFKAN PERASUAH 3 HENTIKAN LAYANAN VIP DI PENJARA Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Politik Malaysia Terkini Parlimen...
Korupsi Dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu

Korupsi Dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 240 hits
Kehilangan etika dan akhlak mahmudah yang merupakan bahagian penting dalam sistem adab Islam dan Melayu mengakibatkan tumbuhnya kanser korupsi dan kemunafikan dalam budaya politik Melayu Muslim hari ini Keadaan memalukan ini ibarat kanser y...
Pemimpin Umno Bergelumang Rasuah Ph Pula Tak Tepati Janji Muhyiddin

Pemimpin Umno Bergelumang Rasuah Ph Pula Tak Tepati Janji Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 192 hits
agendaily com10 10 2022Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya rakyat akan memilih Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke 15 akan datang dan me...
Jangan Takut Lawan Macam Itu Saja Pahang Tak Ada Perubahan Pokok Banyak Kena Tebang Kah Kah

Jangan Takut Lawan Macam Itu Saja Pahang Tak Ada Perubahan Pokok Banyak Kena Tebang Kah Kah

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 275 hits
Ada sahabat lama forward image ini Dia mengaku image ini buat dia down Koi down sungguh dia kabo Mana tak down Pahang adalah kubu kuat BN dan Umno Kalau hanya yakin menang 35 dari 42 kerusi maknanya down 7 7 kerusi itu di mana Sejarah Pahan...
Tak Hina Pun Status Janda Ni Jangan Sesekali Rasa Sedih Fatin Afeefa

Tak Hina Pun Status Janda Ni Jangan Sesekali Rasa Sedih Fatin Afeefa

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 175 hits
Lima tahun bergelar ibu tunggal pelakon Fatin Afeefa berkongsi nasihat bagi golongan wanita yang mempunyai status itu dalam berdepan kata kata negatif daripada orang sekeliling Memetik laporan Kosmo Online pelakon berusia 28 tahun itu menga...
Jangan Tersilap Beli Kuih Jadi Lagi Lembut Dengan Tepung Gandum Jenis Ni

Jangan Tersilap Beli Kuih Jadi Lagi Lembut Dengan Tepung Gandum Jenis Ni

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 325 hits
Bila sahaja sebut tepung gandum kita rasanya semua tepung sama sahaja Walhal tepung gandum sendiri ada pengkhukusannya dalam jenis makanan makanan tertentu Jadi jangan keliru Paling penting janganlah tersalah beli dan bila tak menjadi resip...
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas

Sap User Experience Management Malaysia Enhancing Digital Adoption

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang

Salam Maulidur Rasul