Orang Malaysia Dengan Bahasanya


 

Kalau orang Malaysia mengaku dia orang kita tetapi tidak boleh bercakap Bahasa Kebangsaan ia situasi pelik bin aneh.
Sememangnya ada orang Malaysia terutama golongan “senior” yang tidak boleh bercakap Bahasa Kebangsaan, atau tidak boleh bertutur dengan fasih. Kalau cakap pun merangkak-rangkak atau menggunakan pidgin Malay atau apa yang lazim disebut bahasa pasar.
Kita yang boleh bercakap Bahasa Kebangsaan termasuk saya turut bersalah kerana ‘menggalakkan’ penggunaan bahasa pasar dalam kalangan mereka, sebab kita bertutur dengan mereka menggunakan bahasa pasar untuk memudahkan mereka faham. Kita simplify dan ikut sama pelat.
Mengapa mereka tidak boleh bercakap Bahasa Kebangsaan walaupun lahir di negara ini dan diami di Malaysia untuk sekian lama?
Menurut wartawan veteran Zin Mahmud, sebelum merdeka dan 10 tahun selepas merdeka sememangnya diterima bahawa tidak semua warga negara dapat menguasai Bahasa Kebangsaan tetapi setelah beberapa generasi tidak ada sebab rakyat Malaysia tidak dapat menguasainya.
“Sebenarnya antara sebab mereka tidak mahu menguasainya adalah kerana mereka memandang hina bahasa kebangsaan. Mereka menganggap Bahasa Inggeris dan Mandarin adalah bahasa bangsa bertamadun. Bahasa Malaysia dan Bangsa Malaysia dirasakan tidak bertamadun,” kata Zin.
Kata beliau lagi “orang seperti ini (yang tidak mahu menguasai bahasa kebangsaan) tidak layak memanggil dirinya rakyat dan warga negara Malaysia ataupun menjadi anak Bangsa Malaysia.” Adakah anda setuju dengan pandangan itu? Terpulang.
Adakah mereka tidak patriotik? Mungkin sedikit sebanyak boleh dikata begitu. Namun pada hemat saya tidak boleh bercakap Bahasa Kebangsaan dengan baik tidak semestinya kayu pengukur kesetiaaan seseorang. Contoh anggota cawangan khas berbangsa Cina yang berlawan dengan Parti Komunis Malaya. Mereka berjuang kerana cintakan negara. Saya percaya ramai di antara mereka tidak boleh bercakap Bahasa Kebangsaan dengan baik.
Bahasa kebangsaan ialah bahasa Malaysia dan bahasa Malaysia ialah bahasa Melayu. Lantas saya sedar ada dalam kalangan orang Melayu yang melihat rakyat Malaysia yang tidak boleh bercakap bahasa kebangsaan melakukan penghinaan ke atas bukan sahaja bahasa tetapi terhadap orang Melayu sendiri. Pendirian begini boleh menimbulkan ketegangan kaum.
Jika benar tanggapan demikian ia sungguh membimbangkan dan menyedihkan kerana ia bererti keharmonian dan perpaduan rakyat tidak terjamin. Bukankah a common language pengikat pelbagai bangsa?
Namun tidak dinafikan ada rakyat Malaysia yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu, boleh bercakap Bahasa Kebangsaan. Ada yang menguasainya dengan amat baik, terutama golongan muda.
Tampil bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengulangi apa yang beliau pernah cakap yakni keadaan di Indonesia. Kata Mahathir di Indonesia tanpa mengira bangsa, keturunan, dan agama semuanya bercakap dalam Bahasa Indonesia, memeluk budaya Indonesia, dan bangga mengaku diri mereka Bangsa Indonesia.
Di Malaysia dakwa beliau masyarakat Cina dan India enggan asimilasi dengan masyarakat Melayu, berterusan bercakap bahasa ibunda, dan bertegas mengekalkan budaya masing-masing.
Jadi bagaimana Indonesia berjaya capai apa yang ia capai? Wartawan Indonesia mendiang Didik Budiarto pernah beritahu saya beberapa tahun lalu di negaranya tidak ada dasar yang “memisahkan rakyat”. Tidak ada kategori Bumiputera dan bukan Bumiputera lalu “semua anggap diri masing-masing hanya sebagai orang Indonesia. “Jika dikategorikan masing-masing akan melihat keadaan sebagai kau dan aku sekali gus menjaga apa yang mereka miliki iaitu bahasa, budaya dan lain berkaitan ras.”
Baru-baru ini saya bertanya seorang wartawan Indonesia, Riza Nasser yang juga menantu saya. Kata beliau satu landasan kuat yang membuat orang Indonesia mesti berbahasa Indonesia ialah Sumpah Pemuda 1928 jauh sebelum Indonesia wujud dan proklamasi kemerdekaan 1945. Sumpah Pemuda itu dilakukan perwakilan bangsa dari Aceh hingga Papua yang memuatkan tiga poin yakni bertanah air satu, berbangsa satu, dan berbahasa satu.
“Makanya tak hanya bangsa pendatang seperti Cina, Arab, dan India, bangsa asli wilayah nusantara yang bergabung dengan Indonesia juga harus menjunjung tinggi itu,” kata Riza.
Selepas Indonesia merdeka, Pancasila iaitu dasar negara diperkenalkan. Kita tidak ada Sumpah Pemuda tetapi ada Rukun Negara yang mirip Pancasila. Ia dibentuk pada 31 Ogos 1970, sebuah ideologi teras perpaduan dan gagasan kebangsaan Malaysia. Sejauh mana ia berkesan?
Berbalik pengalaman Indonesia. Kata Riza, zaman pemerintahan Soekarno soal Bahasa Indonesia untuk semua tidak dipantau kerana “negara belum berdaulat sangat”. Orang Cina masih bercakap Cina dan menggunakan nama Cina.
Namun apabila Soeharto memerintah, menurut beberapa referensi yang dibaca dan didengar Riza, “ada kewajiban bagi orang Cina menggunakan nama Indonesia, menguasai Bahasa Indonesia. Mereka tak ada masalah meskipun di awal-awal sikit kecoh tetapi tidak menjadi penolakan besar”. Saya kira ‘kewajiban’ itu terpakai juga untuk masyarakat Arab, India dan sebagainya.
Apabila Abdurrahman Wahid menjadi presiden, Imlek atau perayaan tahun baru Cina diraikan, pertunjukan budaya dijalankan meskipun orang Cina kekal berbahasa Indonesia.
Persoalannya jika orang bukan Melayu di Malaysia tidak asimilasi seperti yang dikata Mahathir, apa yang dilakukan oleh pemerintah Malaysia sejak Merdeka termasuk semasa Mahathir menjadi perdana menteri dua kali dalam memastikan asimilasi terjadi?
Oh ya. Selain mengutarakan Indonesia sebagai contoh untuk menguatkan hujah, Mahathir juga menonjolkan keadaan di Thailand di mana orang Cina bercakap bahasa Thai dan mengaku orang Thai. Sebagai contoh kata Mahathir, “kawan lama saya Thaksin Shinawatra.”
Tetapi keadaan di Thailand juga membolehkan Thaksin menjadi perdana menteri suatu ketika dulu kerana jawatan itu tidak dikhaskan untuk golongan tertentu. Terbuka untuk semua rakyat Thai. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/orang-malaysia-dengan-bahasanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setahun Pmx Politik Ekonomi Malaysia Cemerlang

Setahun Pmx Politik Ekonomi Malaysia Cemerlang

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 308 hits
Ketokohannya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan Persekutuan dalam tempoh setahun telah melakar landskap politik baharu dan memulihkan kepercayaan rakyat kepada prinsip demokrasi Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu...
Political Class Weaponisation Of Bahasa Malaysia

Political Class Weaponisation Of Bahasa Malaysia

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 190 hits
Let us resolve this after decades of independence that we are here committed to our national language and committed to languages that would be important or critical to enhancing the quality of life and economy of this country Prime Minister...
Pisa Bukan Murid Malaysia Sahaja Catat Kemerosotan Kpm

Pisa Bukan Murid Malaysia Sahaja Catat Kemerosotan Kpm

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 227 hits
LAPORAN PENCAPAIAN Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pencapaian Malaysia dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa 2022 dalam Literasi Matematik Literasi Saintifik dan Literasi Bacaan pada 5 Disember Foto BERNAMAPUTRAJAYA Mal...
Perbadanan Stadium Malaysia Mohon Maaf Atas Kondisi Padang Stadium Bukit Jalil

Perbadanan Stadium Malaysia Mohon Maaf Atas Kondisi Padang Stadium Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 178 hits
Selepas tular isu kerosakan di Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Perbadanan Stadium Malaysia telah memuatnaik kenyataan memohon maaf kepada semua peminat bola sepak negara PSM juga memaklumkan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk ...
Malaysia S Civil Liberties Squeezed As News Portals Closed Books Seized Amid Creeping Censorship Report

Malaysia S Civil Liberties Squeezed As News Portals Closed Books Seized Amid Creeping Censorship Report

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 178 hits
The People Power Under Attack 2023 report cited an increase in censorship under Prime Minister Anwar Ibrahim s administration despite his pro reform pledge Malaysia s civil liberties remain obstructed a report on rights and freedoms across ...
07 12 2023 Madani Terkini Bangunkan Negara Harumkan Nama Malaysia

07 12 2023 Madani Terkini Bangunkan Negara Harumkan Nama Malaysia

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 226 hits
Sekarang tumpulah untuk membangunkan negara dan elakkan daripada unsur unsur negatif kerana saya yakin kalau ini dapat kita lakukan dalam satu tahun kita akan dapat tingkatkan Malaysia lebih harum dan hebat di rantau ini
Baru Sebulan Tiba Di Malaysia Kahwin Orang Tempatan

Baru Sebulan Tiba Di Malaysia Kahwin Orang Tempatan

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 193 hits
MASZUREEN HADZMANKUALA LUMPUR Baru sahaja sebulan berada di Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sosial seorang wanita warga Filipina mendakwa dirinya sudah berkahwin dengan lelaki tempatan Malah wanita berusia 29 tahun itu juga mendakwa...
Faber Castell Sets Records In Innovative Learning With Score A Programme And Young Artist Award In Malaysia

Faber Castell Sets Records In Innovative Learning With Score A Programme And Young Artist Award In Malaysia

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 317 hits
PETALING JAYA 1 December 2023 Faber Castell a renowned advocate for learning and creativity has successfully concluded its second year Score A programme and third year Young Artist Award 2023 nbsp The initiatives were designed to ignite cre...
Faber Castell Lakar Rekod Baharu Dalam Pembelajaran Inovatif Dengan Program Score A Dan Anugerah Artis Muda Di Malaysia

Faber Castell Lakar Rekod Baharu Dalam Pembelajaran Inovatif Dengan Program Score A Dan Anugerah Artis Muda Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 361 hits
Faber Castell Lakar Rekod Baharu Dalam Pembelajaran Inovatif Dengan Program Score A Dan Anugerah Artis Muda Di Malaysia Peneraju pembelajaran dan kreativiti yang terkemuka Faber Castell telah sekali lagi menjayakan Program Score A untuk tah...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco