Orang Islam Mewasiatkan Harta Kepada Orang Bukan Islam



SOALAN:
Saya ingin bertanya berkenaan ayah saya ada mewasiatkan motosikal kepada jiran saya yang bukan beragama Islam. Bolehkah diberikan kepadanya?

JAWAPAN:

Wasiat

Pengurusan dan perancangan harta merupakan satu perkara yang sangat digalakkan di dalam Islam. Oleh itu wasiat merupakan satu inisiatif dalam pelaksanaan sistem kewangan yang terdapat di dalam Islam.

Syarat yang ditetapkan dalam melakukan wasiat sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya: “Wasiat disunatkan pada menggunakan satu pertiga daripada hartanya atau kurang, bukan daripada waris yang mewarisi harta pusaka. Dan afdhal mendahului kepada ahli yang terdekat yang tidak mewarisi harta pusaka.” (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/539)

Hadis daripada Saad bin Abi Waqas RA:

عن سعاد بن أبي وقاص رضي الله عنه, قُلتُ: يا رَسولَ اللَّهِ، أُوصِي بمالِي كُلِّهِ؟ قالَ: لا، قُلتُ: فالشَّطْرُ، قالَ: لا، قُلتُ: الثُّلُثُ، قالَ: فالثُّلُثُ، والثُّلُثُ كَثِيرٌ، إنَّكَ أنْ تَدَعَ ورَثَتَكَ أغْنِياءَ خَيْرٌ مِن أنْ تَدَعَهُمْ عالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ في أيْدِيهِمْ
Daripada Saad bin Abi Waqqas RA, aku telah berkata: “Ya Rasulullah, Bolehkah aku mewasiatkan kesemua hartaku?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh.” Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan saparuh daripadanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh.” Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan satu pertiga daripadanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Maka (boleh berwasiat) satu pertiga (daripada harta), sedangkan satu pertiga itu pun banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan warismu dalam keadaan kaya atau mencukupi, ia lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan meminta daripada tangan-tangan (bantuan) manusia.” [Riwayat al-Bukhari (2742)]

Syarat-syarat Penerimaan Wasiat

Dalam menentukan penerimaan wasiat, Syeikh Muhammad Zuhaili membahagikan kepada dua penerimaannya iaitu dikhususkan dan tidak dikhususkan. Dan setiap daripadanya terdapat syarat yang ditetapkan di antaranya:

Penerima wasiat yang khusus adalah penerima yang ditentukan, khusus bagi orang perseorangan atau organisasi seperti masjid. Dan ini disyaratkan mereka boleh menerima wasiat tersebut dan tidak sah mewasiatkan kepada si mati. Selain itu, penerima wasiat itu bukanlah daripada golongan waris pewasiat yang menerima harta pusaka.Penerima wasiat yang tidak dikhususkan iaitu wasiat berbentuk umum seperti wasiat kepada fakir miskin, masjid, sekolah, orang yang berjihad di jalan Allah, kaum kerabat yang tidak menerima pusaka, pesakit, ahli zimmah dan wasiat berkenaan haji dan umrah. Selain itu, wasiat ini bukanlah untuk tujuan kemaksiatan seperti mengimarahkan gereja dan lain-lain.
Adapun dalam isu penerimaan wasiat bagi orang kafir adalah diharuskan seperti harus memberi sedekah dan hibah kepada mereka. Syeikh Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan: “Sah mewasiatkan kepada Zimmi, al-Mu’ahad, Harbi atau Murtad ini seperti sah penerimaan sedekah dan hibah kepada mereka.”

Selain itu, disyaratkan kepada wasiat itu bukan bertujuan untuk kemaksiatan seperti mengimarahkan gereja, penulisan kitab Injil dan Taurat serta membacanya, penulisan falsafah yang batil, dan berkenaan dengan ajaran sesat sama ada penerimaan wasiat itu muslim atau kafir. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/543-547)

Begitu juga yang disebut di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah mengikut pandangan fuqaha’ Syafi’eyyah menyatakan sah mewasiatkan kepada kafir Zimmi sekiranya ia dikhususkan seperti contoh: “Aku mewasiatkan kepada si fulan”. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 2/312)

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan di atas, diharuskan untuk memberi wasiat kepada orang bukan Islam yang dikenali dan dikhususkan dengan kadar maksimum satu pertiga daripada harta pusaka dan bukan bertujuan kepada perkara-perkara maksiat. Ini seperti yang terdapat di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah: “Para fuqaha’ dari kalangan Hanafiah, Hanabilah dan kebanyakan daripada Syafi’eyyah menyatakan sah memberi wasiat seseorang Muslim itu kepada kafir Zimmi atau kafir Zimmi kepada Muslim. Ini kerana orang kafir itu tidak dinafikan hak permilikannya seperti sah jual beli dan hibah kepada orang kafir begitu juga dengan wasiat.” (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-kuwaitiyyah, 2/312)

Ini sepertimana firman Allah SWT:

لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahinah: 8)

Namun, sunat dan afdhal sekiranya mewasiatkan kepada golongan yang memerlukannya daripada golongan kerabat terdekat yang tidak termasuk di dalam waris pembahagian harta pusaka. Ini kerana sedekah jariah adalah afdhal disedekahkan kepada kaum kerabat yang terdekat. Hadis daripada Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه
“Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” [Riwayat al-Muslim (1631)]

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/09/orang-islam-mewasiatkan-harta-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Kesesatan Dan Penyelewengan Sisters In Islam

Senarai Kesesatan Dan Penyelewengan Sisters In Islam

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 415 hits
1 MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman oleh Sisters in Islam bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng Hakim Datuk Nordin Hassan memutuskan fat...
Kalau Kita Melayu Islam Jangan Open Sangat

Kalau Kita Melayu Islam Jangan Open Sangat

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 518 hits
Aksi Cium Fatin Afeefa Dengan Suami OrangKalau iya pun nak bercinta sekalipun jangan lah kita terlalu open tunjuk romantis itu Tak salah untuk tunjuk atau menayang romantis pada orang ramai adegan cium mulut takkan nak open public view kot ...
Peringati Tahun Baru Islam Dki Gelar Jakarta Muharram Festival

Peringati Tahun Baru Islam Dki Gelar Jakarta Muharram Festival

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 249 hits
Peringati Tahun Baru Islam DKI Gelar Jakarta Muharram Festival Rekayasa lalu lintas akan diadakan dari Jalan Medan Merdeka Barat sampai Dukuh Hari Jumat 30 Agustus 2019 mulai pukul 14 00 21 00 WIB Hari Sabtu 31 Agustus 2019 mulai pukul 14 0...
Hiburan Fesyen Dianggap Persenda Islam Nadia Brian Dikecam Netizen

Hiburan Fesyen Dianggap Persenda Islam Nadia Brian Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 679 hits
Secara jujurnya memang terkejut juga apabila melihat fesyen yang digayakan oleh Nadia Brian ketika Kuala Lumpur Fashion Week baru baru ini Mana tidaknya dress pendeknya dengan cetakan haiwan telah di matching kan dengan sarung kepala seolah...
Dunia Akan Kucar Kacir Tanpa Politik Islam

Dunia Akan Kucar Kacir Tanpa Politik Islam

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 241 hits
Oleh Rohayati Ripin Kuala Terengganu Dunia akan menjadi rosak dan kucar kacir sekiranya politik dikuasai oleh golongan bukan Islam Ketua Lajnah Penerangan dan Media Baru Muslimat Kuala Terengganu Hajah Zaiton Abas berkata umat Islam hendakl...
Sibuk Dengan Boikot Tapi Tak Beli Pun Produk Orang Islam

Sibuk Dengan Boikot Tapi Tak Beli Pun Produk Orang Islam

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 833 hits
Hangpa perasan tak spesis yang jenis orang kempen boikot dia pun tak nak kalah Pung pang pung pang kat social media boikot tu boikot ni Alih alih lepak starbuck la makan kat kopitiam membeli belah kat pasaraya pasaraya besar milik bukan Isl...
Pas Umno Tolong Tarbiah Naib Presiden Mca Pasal Islam Kejap

Pas Umno Tolong Tarbiah Naib Presiden Mca Pasal Islam Kejap

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 291 hits
Naib presiden MCA mendakwa Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden PKR Anwar Ibrahim mengubah pandangan mereka terhadap Zakir Naik untuk meningkatkan sokongan pengundi parti masing masing Ia menunjukkan mereka hipokrit ...
Wanita Barat Ceritakan Bagaimana Dia Boleh Peluk Islam

Wanita Barat Ceritakan Bagaimana Dia Boleh Peluk Islam

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 459 hits
Siapa sangka pada mula niat hanya nak melakukan kajian tapi end up terus jatuh cinta dengan agama islam Gadis kelahiran Amerika Syarikat ni pada mulanya nak tahu macam mana Osama Laden menggunakan nama islam untuk melakukan keganasan kepada...
Jihad Ekonomi Di Zaman Rasulullah Dalam Menghadapi Musuh Islam

Jihad Ekonomi Di Zaman Rasulullah Dalam Menghadapi Musuh Islam

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 721 hits
Gambar Hiasan1 RASULULLAH pernah mengenakan tekanan ekonomi terhadap Quraysh yang menzalimi Islam Ketika Quraysh mendustakan Rasulullah dan memerangi Islam Baginda berdoa kepada Allah supaya Quraysh diuji dengan kekeringan sumber dan tekana...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner