Orang Dalam Bantu Manipulasi Data Imigresen Hasilkan Plks Palsu



PETALING JAYA: Pendedahan pe­malsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Imigresen dijangka membongkar lebih banyak individu yang terlibat dalam ‘rang­kaian’ penipuan termasuk dalang yang melindungi jenayah ber­kenaan.
Malah persoalan timbul ba­gaimana kenderaan mewah yang sebahagiannya direka me­­ngikut spesifikasi negara luar boleh dibawa masuk sewenang-wenangnya ke negara ini malah ada sebahagiannya dipercayai menggunakan pelekat khas sebuah kementerian bagi mengaburi aktiviti mereka.
Lebih mengejutkan, sejak 2015 lebih 55,000 PLKS palsu dipercayai telah dicetak oleh sindiket berkenaan membabitkan urusniaga haram antara RM500 juta hingga RM600 juta. Malah tahun lalu sahaja sebanyak 21,338 pas palsu itu telah dikeluarkan.
Kebanyakan mereka yang di­kesan memiliki PLKS palsu ini adalah warga Pakistan, Bangladesh dan Indonesia yang ter­libat dalam sektor perkhidmatan, perkilangan serta perladangan.
Sumber daripada SPRM mem­be­ritahu Utusan Malaysia, kegia­tan jenayah itu telah lama berlaku malah terdapat empat atau lima sindiket lain turut menja­lankan aktiviti sama.
Kata sumber, apa yang pasti, kegiatan yang didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 43 tahun itu dibantu seorang bekas kakitangan Imigresen adalah rangkaian terbesar dalam memanipulasi data sebelum mengeluarkan pas PLKS palsu.
“Datuk yang memegang jawatan sebagai seorang pengarah di sebuah syarikat itu merupakan ejen pekerja asing yang mana mereka akan ‘mendekati’ mana-mana warga asing atau majikan yang mahu mendapatkan PLKS dalam kadar bayaran tertentu.
“Bagi melancarkan pengeluaran PLKS itu, sindiket ini akan menggunakan bantuan ‘orang dalam’ bagi memasuki sistem tersebut seolah-olah pas yang diperoleh mereka adalah tulen dan sah,” katanya di sini semalam.
Dalam sidang akhbar bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud semalam mendedahkan 30 hartanah selain 66 kenderaan mewah.
Khairul Dzaimee berkata, pihaknya percaya terdapat penglibatan kakitangan agensinya yang membantu sindiket itu malah seorang daripada lima suspek yang ditahan SPRM merupakan bekas kakitangan mereka yang telah pun ditamatkan kontraknya.
Kata beliau, bekas kakitangan Imigresen itu menjadi penghubung dalam mendapatkan akses ke sistem tersebut.
“Setakat ini, belum ada kakitangan di jabatan ini yang ditahan dan ia bergantung kepada siasatan SPRM. Sekiranya ada tangkapan dalam kalangan pegawai Imigresen, tidak ada kompromi dari jabatan, kerjasama sepenuhnya untuk mencari pegawai-pegawai ini berada akan diberikan kepada SPRM.
“Selain itu, kita juga akan mengesan kesemua pemilik-PLKS yang tidak sah tersebut menerusi operasi-operasi yang sedang giat dijalankan. Mana-mana warga asing yang didapati menggunakan PLKS palsu ini kita akan senarai hitam serta-merta,” jelasnya.
Dalam perkembangan bera­singan, Khairul Dzaimee memaklumkan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang, kerajaan telah meluluskan pembinaan sistem baharu yang akan menggantikan sistem MyIMMs.
“Sistem baharu yang dikenali sebagai Sistem Bersepadu Imigresen Nasional (NIIse) ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan data dan pengurusan analisis data raya Imigresen supaya sistem penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, cekap dan terkawal,” katanya.
Sementara itu, Azam menjelaskan, kesemua lima individu yang ditahan berusia antara 33 hingga 43 tahun itu kini direman selama enam hari.
Jelas beliau, kesemua mereka siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
The post Orang dalam’ bantu manipulasi data imigresen hasilkan PLKS palsu appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/08/orang-dalam-bantu-manipulasi-data-imigresen-hasilkan-plks-palsu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imigresen Buru 21 378 Warga Asing Miliki Plks Palsu

Imigresen Buru 21 378 Warga Asing Miliki Plks Palsu

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 433 hits
Jabatan Imigresen Malaysia mengesan 21 378 warga asing yang disyaki memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara palsu yang dikeluarkan oleh sindiket yang menggodam pangkalan data jabatan itu Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berk...
Imigresen Buru 21 378 Pekerja Asing Guna Sindiket Plks Palsu

Imigresen Buru 21 378 Pekerja Asing Guna Sindiket Plks Palsu

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 432 hits
Mereka terlibat dalam sektor perladangan perkilangan pembersihan KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen Malaysia sedang memburu dan mengesan seramai 21 378 pekerja asing yang disyaki menggunakan khidmat sindiket yang mengeluarkan Pas Lawatan Kerja ...
Awani Ringkas Sindiket Plks Palsu Imigresen Buru 21 378 Pekerja Asing Warisan Saman Adun Sebatik

Awani Ringkas Sindiket Plks Palsu Imigresen Buru 21 378 Pekerja Asing Warisan Saman Adun Sebatik

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 472 hits
Sindiket PLKS palsu Imigresen buru 21 378 pekerja asing Warisan saman Adun Sebatik SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK...
Do Parents Drive Differently Alone Than With Children Here Is What The Data Says

Do Parents Drive Differently Alone Than With Children Here Is What The Data Says

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 240 hits
A recent study sheds light on how parents drive alone versus when they are with their children The National Safety Council Cumberland Valley Volunteer Firemen s Association and the Emergency Responder Safety Institute conducted the study fo...
Khairy Govt To Obtain Clinical Data From Astrazeneca

Khairy Govt To Obtain Clinical Data From Astrazeneca

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 275 hits
COVID 19 The government will obtain the latest clinical data from Covid 19 vaccine manufacturer AstraZeneca for analysis by the Vaccine Selection Technical Working Group and the National Pharmaceutical Regulatory Agency following news repor...
Data Sementara Bpbd Flores Timur 40 Rumah Di Kecamatan Ile Boleng Tertimbun Longsor

Data Sementara Bpbd Flores Timur 40 Rumah Di Kecamatan Ile Boleng Tertimbun Longsor

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 243 hits
Sebanyak 40 rumah di Kecamatan Ile Boleng Kabupaten Flores Timur Nusa Tenggara Timur tertimbun longsor
Data Lebih Daripada 533 Juta Pengguna Facebook Dijual

Data Lebih Daripada 533 Juta Pengguna Facebook Dijual

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 324 hits
Data lebih daripada 533 juta pengguna Facebook telah didedahkan di forum popular dalama aktiviti penjualan data Data berkenaan yang dikatakan telah dikumpul daripada tahun 2019 lagi kali terakhr dikemaskini di forum berkenaan pada Jun 2020 ...
Kkm Teliti Data Sebelum Benar Penerima Vaksin Rentas Negeri

Kkm Teliti Data Sebelum Benar Penerima Vaksin Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 235 hits
Penelitian data teknikal dan klinikal akan dilaksanakan sebelum kerajaan mengambil keputusan benarkan perjalanan rentas negeri Cadangan untuk membenarkan penerima vaksin lengkap dilonggarkan untuk melakukan perjalanan rentas negeri masih di...
Data 2 April 1 361 017 Pasien Sembuh Dari Covid 19

Data 2 April 1 361 017 Pasien Sembuh Dari Covid 19

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 246 hits
Menurut data Satuan Tugas jumlah pasien COVID 19 yang masih menjalani perawatan dan isolasi pada Jumat tercatat 121 011 orang atau berkurang 211 orang dari hari sebelumnya
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord