Orang Cina Pulau Pinang Dah Sedia Berubah





MENARIK untuk diperhatikan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bagaimana poster-poster calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dinaikkan dengan meriah dan tidak kurang kalah dengan poster-poster calon Pakatan Harapan (PH). Di kawasan-kawasan yang diketahui sebagai kubu kuat PH khususnya DAP seperti di bahagian pulau misalnya, poster dan bahan kempen calon BN sama ada dalam bentuk risalah, kain rentang atau billboard (papan iklan) boleh dilihat di mana-mana.
Situasi ini sesuatu yang janggal terutama selepas DAP merampas Pulau Pinang pada 2008 sehingga ke PRU14 yang mana calon-calon selain DAP tidak begitu ‘berani’ menonjolkan diri dan identiti parti di pentas-pentas politik. Ia bukan mengejutkan kerana umum mengetahui bagaimana kuatnya pengaruh DAP di Pulau Pinang yang mana bagi masyarakat Cina ketika itu, ada yang beranggapan adalah menjadi ‘kesalahan’ bagi mereka sekiranya tidak menyokong DAP.
Mungkin masih terlalu awal atau terlebih yakin untuk membuat kesimpulan kecenderungan politik pengundi Cina terhadap DAP di Pulau Pinang semakin terhakis. Namun, melihat kepada mood dan penerimaan pengundi Cina setakat ini, tidak dinafikan mereka nampaknya semakin terbuka untuk menerima calon dan parti lain selain DAP.
Hakikat ini juga diakui calon-calon BN dan PN sendiri yang mana mereka ketika ini tidak lagi berdepan dengan penolakan yang agresif dalam kalangan pengundi termasuk ketika turun padang di kawasan-kawasan yang diketahui merupakan kubu kuat DAP. Malah, ada penduduk yang turut memanjangkan masalah mereka kepada calon-calon BN dan PN sekali gus menunjukkan mereka sebenarnya masih menaruh harapan dan berkeyakinan terhadap calon selain DAP.
Situasi ini barangkali ada kaitannya dengan pengalaman majoriti rakyat termasuk masyarakat Cina di Pulau Pinang sendiri selepas tumbangnya kerajaan BN pada PRU14. Sejak itu sehinggalah Parlimen dibubarkan, kestabilan negara porak-peranda ekoran perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin politik yang turut memberi kesan negatif kepada ekonomi. Keadaan diburukkan lagi dengan pengurusan bercelaru ketika negara dilanda wabak pandemik Covid-19 yang menyebabkan ekonomi negara dan rakyat semakin tertekan.
Impak kegagalan negara selepas PRU14 itu lebih dirasai masyarakat Cina yang majoritinya merupakan kumpulan utama penggerak ekonomi termasuk di Pulau Pinang apabila banyak perniagaan lumpuh, malah ada yang gulung tikar. Situasi itu adalah sesuatu yang ditakuti berulang semula oleh masyarakat ekonomi Cina ini dan dinilai menjadi antara sebab mengapa mereka semakin terbuka untuk beralih sokongan daripada PH.
SKANDAL
Apatah lagi dalam konteks PRU15 di Pulau Pinang ketika ini yang tidak melibatkan perubahan di peringkat kerajaan negeri, corak sokongan pengundi Cina itu yang tidak terlalu cenderung kepada calon PH mungkin kerana mereka juga mahu melihat sebuah kerajaan Pusat yang stabil. Dari sudut isu-isu yang dijaja ketika berkempen juga, calon PH dilihat tidak mempunyai banyak pilihan bagi meyakinkan pengundi untuk menyokong mereka tanpa berbelah-bahagi.
Isu skandal dan rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi peluru utama PH ketika PRU14 misalnya, tidak lagi relevan memandangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini sudah pun dijatuhi hukuman penjara. Sementelah PH juga perlu berhati-hati untuk membuka mulut dan memperjuangkan isu kredibiliti dan bersih memandangkan terdapat pemimpin-pemimpin mereka ketika ini turut dibicarakan di mahkamah atas dakwaan rasuah.
Soal menjaja pelbagai janji di atas pentas ceramah juga harus menjadi pendekatan terakhir pemimpin PH kerana masih terlalu segar dalam ingatan pengundi bagaimana manifesto mereka pada PRU14 rupa-rupanya bukan kitab suci. Mengulangi janji yang tidak realistik seperti mahu menghapuskan tol, melupuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya boleh membuatkan pengundi semakin menjauhi PH.
Begitu pun, masih terlalu awal untuk menduga sejauh mana kesetiaan dan keterbukaan pengundi Cina di Pulau Pinang untuk mengubah sokongan mereka kepada parti selain PH. Apatah lagi kemenangan calon PH khususnya DAP di kerusi yang ditandingi mereka pada PRU14 semuanya melibatkan jumlah undi majoriti yang terlalu besar.
Sebab itu bagi calon-calon BN dan PN, sekali pun tidak mampu menewaskan calon-calon PH di kubu-kubu kuat mereka, kemampuan mengurangkan majoriti undi calon PH itu juga boleh dianggap satu kejayaan. Ia tidak mustahil akan membuka jalan dan peluang lebih besar pada masa depan untuk menonjolkan diri dan parti yang mana masyarakat Cina khususnya tidak hanya perlu bergantung kepada DAP semata-mata untuk membela nasib mereka. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/orang-cina-pulau-pinang-dah-sedia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubur Padu Ali Bubur Gama Corner George Town Pulau Pinang

Bubur Padu Ali Bubur Gama Corner George Town Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 324 hits
Ali Bubur Gama Corner Ali Bubur Gama CornerYang ni memang bubur legend arr di Pulau Pinang ni Ali Bubur Gama Corner ni terletak di George Town Pulau Pinang Gama Corner tu adalah disebabkan Ali Bubur ni memang terletak betul betul di penjuru...
Masjid Melayu Lebuh Acheh Masjid Tertua Di Pulau Pinang

Masjid Melayu Lebuh Acheh Masjid Tertua Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 243 hits
Masjid Melayu Lebuh AchehMasjid Melayu Lebuh AchehMasjid Melayu Lebuh Acheh dibina pada tahun 1808 oleh Tunku Sayyid Hussain Ai aidid seorang pedagang rempah berketurunan Arab yang juga merupakan seorang kerabat diraja Aceh Pada tahun 1791 ...
Cuaca Panas Ni Jom Pekena Cendol Di Haji Chendul Coconut Shake Lebuh Acheh George Town Pulau Pinang

Cuaca Panas Ni Jom Pekena Cendol Di Haji Chendul Coconut Shake Lebuh Acheh George Town Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 256 hits
Haji Chendul Coconut ShakeHaji Chendul Coconut ShakeRestoran cendol ni kira rare la ala ala heritage banyak barang barang lama yang diorang display dalam restoran ni Restoran Haji Chendul Coconut Shake ni terletak di Lebuh Acheh George Town...
Makan Malam Western Food Di Rumah Kacha George Town Pulau Pinang

Makan Malam Western Food Di Rumah Kacha George Town Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 250 hits
Cafe Rumah Kachadalaman Rumah Kachabahagian tepi Rumah KachaCafe Rumah Kacha ni terletak di Hin Bus Depot Jalan Gurdwara George Town Pulau Pinang Cafe Rumah Kacha ni menu menunya berkonsepkan western food Kalau dari jalan utama tak nampak s...
Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 294 hits
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG TAHUN 2023 Bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang ini terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah Objektif utama ban...
Nasi Kandar Imigresen George Town Pulau Pinang

Nasi Kandar Imigresen George Town Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 235 hits
Nasi Kandar ImigresenSalah satu tempat famous nasi kandar di Pulau Pinang ni adalah Nasi Kandar Imigresen yang terletak di Lorong Pasar George Town 10200 George Town Pulau Pinang Nasi Kandar Imigresen ni sebenarnya bukan la sebuah restoran ...
Satu Lagi Keperluan Kenapa Kerajaan Pusat Kedah Dan Pulau Pinang Diperintah Pn

Satu Lagi Keperluan Kenapa Kerajaan Pusat Kedah Dan Pulau Pinang Diperintah Pn

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 138 hits
PRU15 Hanya tinggal janji Ismail sebagai PM Tun MAstro AwaniNovember 9 2022 10 30 MYTDrKUALA LUMPUR Hanya tinggal janji Itu yang digambarkan Calon Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad melihat kepada janji pemilihan Perdana Menteri...
Ustaz Kazim Amp 16 Pendakwah Bebas Dilarang Ceramah Di Pulau Pinang

Ustaz Kazim Amp 16 Pendakwah Bebas Dilarang Ceramah Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 190 hits
Datuk Ustaz Kazim Elias menjadi salah seorang pendakwah bebas yang dilarang untuk membuat sebarang ceramah di Pulau Pinang memandangkan tidak mempunyai tauliah mengajar oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Selain beliau 16 lagi penda...
Hiburan Jangan Busuk Hati Sangat Ustaz Dusuki Dikritik Fitnah Anwar Ibrahim Buat Ceramah Dalam Masjid Di Pulau Pinang

Hiburan Jangan Busuk Hati Sangat Ustaz Dusuki Dikritik Fitnah Anwar Ibrahim Buat Ceramah Dalam Masjid Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 327 hits
Hantaran dimuat naik oleh pendakwah ustaz Ahmad Duzuki di Instagram meraih perhatian dan mengundang kritikan sesetengah pihak Menerusi Instagram ustaz Dusuki dilihat memuat naik gambar Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord