Orang Besi Rayu Bantuan Pencen


              

SALAHUDDIN memohon bantuan untuk mendapatkan pencen ilat daripada Perkeso kerana pernah berkhidmat sebagai kakitangan bank ketika era semi-pro (awal 90-an).


 
Salahuddin pasrah masalah jantung bataskan peluang kembali bekerja. Mungkin tidak ramai dalam kalangan peminat bola sepak dewasa ini yang mengenali susuk tubuh insan bernama Salahuddin Che Ros ini.

 

Ketika era kegemilangannya, Salahuddin, 51, pernah menganggotai skuad projek Olimpik Barcelona 1992 atau Barcelona Babes bersama beberapa legenda pemain bola sepak termasuk Azman Adnan, Datuk Ong Kim Swee dan ramai lagi.

 

Pada masa sama, pemain pertahanan yang pernah digelar ‘orang besi’ itu juga pernah membentuk gandingan mantap bersama Alan Davidson ketika bersama skuad Tok Gajah selepas Barcelona Babes dibubarkan selain menjadi tonggak pertahanan ampuh ketika bersama Pulau Pinang.

 

Bagaimanapun, sejak disahkan menghidapi masalah jantung 10 tahun lalu, pergerakan bapa kepada tiga cahaya mata itu agak terbatas dan keupayaannya untuk bekerja juga semakin terjejas.

 

Meskipun menerima wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM740 untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Salahuddin.

 

Lebih malang, bebanan penyakit yang dihadapinya ketika ini selain Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka berlarutan sehingga hujung tahun ini menyebabkan Salahuddin semakin hilang punca pendapatan.

 

“Saya ada memohon bantuan untuk mendapatkan pencen ilat daripada Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) kerana pernah berkhidmat sebagai kakitangan bank ketika era semi-pro (awal 90-an).

 

“Bagaimanapun, ia gagal kera­na alasannya caruman saya tidak cukup 91 bulan seperti yang disyaratkan memandangkan sebelum berhenti (sebagai kakitangan bank), caruman saya ha­nyalah sekitar 68 bulan.

 

“Justeru, saya berhasrat untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican) bagi dapatkan surat sokongan sebelum membuat ra-yuan selain berbincang mengenai masalah saya hadapi ketika ini,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

 


SALAHUDDIN (duduk depan, empat dari kanan) bergambar bersama skuad Olimpik Barcelona 1992 atau dikenali sebagai skuad Barcelona Babes. – hangPCdua malaya



Jelas Salahuddin yang pernah menerima bantuan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), namun terhenti sejak dua tahun lalu, impiannya mendapatkan Sijil Kejurulatihan Le­sen C bagi menjana pendapatan keluarganya juga terbantut di­sebabkan kekangan kesihatan dan kewangan.

 

“Mahu merungut pun tidak guna kerana ini semua ketentuan Allah. Tapi, Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih boleh bergerak ke sana dan ke mari tanpa menyusahkan sesiapa walaupun berat badan semakin meningkat disebabkan penangan ubat-ubatan yang saya ambil selama ini,” katanya.

 

Salahuddin berkata, disebabkan kekangan kewangan juga, dia terlepas beberapa temu janji dengan doktor terutamanya di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

 

“Apabila kita sudah menerima rawatan, maka perlu dibuat secara berterusan. Tapi, jika duit pun tiada, macam mana saya mahu teruskan? Duit ubat, duit belanja pergi balik, duit makanan suplemen dan sebagainya. Memang saya tidak mampu.

 

“Itulah sebabnya saya terpaksa tidur di kaki-kaki lima ketika menunggu untuk mendapatkan rawatan jantung di Kuala Lumpur seperti yang pernah dilaporkan media sebelum ini,” katanya.

 

Salahuddin yang kini tinggal bersama kakak keduanya, Siti Rodziah Che Ros yang juga ibu kepada ketua jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abdul Wahid sejak lebih tiga tahun lalu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/09/orang-besi-rayu-bantuan-pencen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Nasib Bantuan Rp 600 Ribu Via Rekening Bank Swasta

Bagaimana Nasib Bantuan Rp 600 Ribu Via Rekening Bank Swasta

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 309 hits
Bantuan Rp 600 ribu bulan bagi pegawai dengan upah di bawah Rp 5 juta disalurkan melalui bank BUMN Lalu bagaimana pegawai yang memiliki rekening bank swasta Pada tahap pertama penyaluran dilakukan untuk 2 5 juta penerima di rekening Bank Ma...
Ini Cara Cek Bantuan Sosial Tunai Kementerian Sosial Apakah Kamu Termasuk Daftar Penerima

Ini Cara Cek Bantuan Sosial Tunai Kementerian Sosial Apakah Kamu Termasuk Daftar Penerima

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 439 hits
Simak cara mengetahui daftar penerima Bantuan Sosial Tunai dari pemerintah melalui Kementerian Sosial kamu termasuk gak nih Kementerian Sosial atau Kemensos menyalurkan bantuan lagi di tengah pandemi covid 19 Kali ini Bantuan Sosial Tunai s...
Mohon Maaf 1 6 Juta Nomor Rekening Ditolak Terima Bantuan Rp 600 Ribu

Mohon Maaf 1 6 Juta Nomor Rekening Ditolak Terima Bantuan Rp 600 Ribu

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 295 hits
BPJS Ketenagakerjaan mengungkapkan ada 1 6 juta nomor rekening yang ditolak mendapat bantuan Rp 600 ribu bulan berupa subsidi gaji upah Sebab setelah dicek pemilik nomor rekening tersebut tidak memenuhi kriteria sebagai calon penerima bantu...
Hilang Punca Pendapatan Selepas Kaki Dipotong Akibat Kencing Manis Hanya Harap Ihsan Ramai Bantuan Jkm

Hilang Punca Pendapatan Selepas Kaki Dipotong Akibat Kencing Manis Hanya Harap Ihsan Ramai Bantuan Jkm

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 383 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Begitulah apa yang dilalui oleh pasangan warga emas ini apabila diuji dengan kesusahan hidup yang bertimpa timpa Manakan tidak suami yang merupakan insan kurang upaya kerana cacat di bahagia...
Mensos Sebut Dana Bantuan Pemulihan Ekonomi Rp 127 Triliun Sudah Terserap 66 Persen

Mensos Sebut Dana Bantuan Pemulihan Ekonomi Rp 127 Triliun Sudah Terserap 66 Persen

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 221 hits
Anggaran sebesar Rp 127 triliun dari Kementerian Sosial untuk Pemulihan Ekonomi Nasional berupa bantuan kepada puluhan juta Keluarga Penerima Manfaat sudah terealisasi 66 persen
Skim Bantuan Zakat Pendaftaran Ipt Untuk Anak Johor Mohon Sekarang

Skim Bantuan Zakat Pendaftaran Ipt Untuk Anak Johor Mohon Sekarang

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 539 hits
Berita baik kepada anak Johor anda boleh mula mohon sekarang Skim Bantuan Zakat bagi Pendaftaran IPT untuk tahun 2020 Pada Oktober 2020 ini sesi kemasukan bagi pelajar Ijazah Pertama akan bermula disamping beberapa beringkat pengajian yang ...
Bantuan Musim Tengkujuh Risda 2020 Cara Borang Permohonan Semakan Bmt

Bantuan Musim Tengkujuh Risda 2020 Cara Borang Permohonan Semakan Bmt

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 1103 hits
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020 CARA BORANG PERMOHONAN SEMAKAN BMT APA ITU BMT BMT ialah Bantuan Musim Tengkujuh RISDA ini adalah khas untuk pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah Mereka akan menerima bantuan sekali seb...
Semakan Permohonan Bantuan Hpipt 2020 Hadiah Pengajian Rm1000

Semakan Permohonan Bantuan Hpipt 2020 Hadiah Pengajian Rm1000

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 507 hits
SOURCE appeared first on Semakan HPIPT 2020 Borang Permohonan Hadiah Pengajian IPT Selangor RM1000 Berita baik kepada kalangan anak anak selangor yang layak dan yang berjaya diterima untuk sambung belajar pengajian sepenuh masa di IPTA atau...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul