Semakan Permohonan Bantuan Hpipt 2020 Hadiah Pengajian Rm1000
SOURCE : Semakan Permohonan Bantuan HPIPT 2020 Hadiah Pengajian RM1000 appeared first on Mypt3.
Semakan HPIPT 2020 Borang Permohonan Hadiah Pengajian IPT Selangor RM1000
Berita baik kepada kalangan anak anak selangor yang layak dan yang berjaya diterima untuk sambung belajar pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf
Ini kerana anda supaya dipelawa sekarang untuk mohon hpipt 2020 hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.
Kerajaan Selangor sekarang sedang giat untuk memberikan hadiah sejumlah RM1,000 kepada seberapa ramai anak anak selangor yang berjaya sambung belajar. Ini sebagai salah satu usaha, kerajaan Selangor untuk memberikan galakan dan hadiah hpipt 2020 kepada anda semua yang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan
Tidak kira anak anak Selangor yang masuk pengajian peringkat apa sekalipun, samada sijil kemahiran tahap 4 sahaja, diploma atau ijazah sarjana muda atau degree, anda dipelawa untuk memohon. Bagaimana cara memohon bantuan hpipt 2020 ada dikongsikan di bawah ini.
Cara Mohon HPIPT 2020
Cara permohonan hpipt selangor 2020 secara online mudah sahaja, boleh ikut panduan dan prosedur yang dikongsikan di bawah ini:
1) Kepada yang belum daftar untuk membuat permohonan hadiah pengajian ipt selangor ini lagi, boleh terus isikan maklumat yang diperlukan di portal rasmi ini, http://ehpipt.selangor.gov.my/hpipt/register
2) Sila isi maklumat yang diperlukan dengan maklumat anda yang terkini dan tepat
3) Hantar permohonan selepas info sudah dilengkapkan
Log masuk semula dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda
4) Anda dikehendaki mula untuk memuat naik dokumen penting seperti:
Surat pengesahan permastautin
Surat pengesahan permastautin
Sijil kelahiran
Kad pengenalan pemohon
Sijil berhenti sekolah
Surat tawaran IPT pemohon
Salinan penyata akaun bank anda
Salinan sijil pelajaran malaysia spm
Slip gaji atau penyata pendapatan pemohon.
Surat perakuan pendapatan ibu dan bapa atau penjaga pemohon
Jika ibu bapa nda bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan dari ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT.
Kad pesara dan juga penyata bayaran pencen setiap bulan (jika ibu bapa anda sudah pencen kerajaan)
5) Sila hantar dengan tekan butang ‘Hantar Kepada Urusetia.’ dan jangan lupa cetak permohonan yang telah lengkap untuk dihantar ke alamat ini:
Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.,
40503 Shah Alam.
Anda boleh hantar secara pos ataupun serahan tangan untuk bantuan hadiah pengajian ipt selangor hpipt tahun 2020. Terpulang
Syarat Kelayakan HPIPT 2020
Anda mesti melepasi syarat kelayakan mudah seperti di bawah ini
Anda mesti merupakan warganegara MalaysiaPastikan anda lahir di negeri SelangorAtapun jika anda tidak lahir di Selangor, anda sudah pun tinggal dan menetap di Negeri Selangor lebih dari 11 tahunAnda ada kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia SPMAnda sebagai pemohon adalah pelajar tahun pertama di institusi pengajian tinggi awam atau swasta
Soalan Lazim & FAQ
Bila dan berapa lama pembayaran akan dapat?
Anda akan terima duit RM1000 terus ke akaun bank yang anda daftarkan, 1 bulan dari tarikh permohonan anda dihantar
2. Boleh saya mohon jika saya merupakan pelajar diploma?
Boleh
3. Adakah saya layak untuk mohon, jika saya merupakan pelajar di tahun kedua?
Hanya pelajar tahun satu sahaja dibenarkan untuk mohon
Jika anda ada adik adik dan family terdekat yang sedang sambung belajar di tahun pertama boleh cepat share berita baik di Facebook dan Whatapps mereka! Dipersilakan
SOURCE : Semakan Permohonan Bantuan HPIPT 2020 Hadiah Pengajian RM1000 appeared first on Mypt3.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/hpipt