Orang Berminda Mangsa Jarang Salahkan Diri Sendiri




Nik Hasyudeen


Ada manusia yang tidak pernah nampak diri dia salah. Jika berlaku perkara-perkara yang tidak betul ke atas dirinya, habis semua orang lain dipersalahkan melainkan dirinya sendiri.


Jika dia belajar tak pandai, dia salahkan gurunya. Jika muridnya tak pandai, sikap murid yang tak betul. Jika kerja tak cemerlang, bos tak pandai pimpin. Jika organisasi tak cemerlang, anak buah tak pandai buat kerja. Jika perniagaan tak maju, orang lain yang bomohkan. Dan seterusnya, dan seterusnya.


Saya golongkan orang-orang yang semacam ini sebagai orang yang berminda mangsa. Sukar bagi mereka nak menerima kenyataan bahawa ada beberapa aspek dalam diri mereka yang perlu dihebatkan. Selagi mereka tak usahakan sendiri, macamana mereka boleh jadi hebat?


Orang-orang yang berminda mangsa merupakan lauk yang sedap kepada ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab. Mereka mudah ditakut-takutkan agar bergantung kepada orang yang menjanjikan mereka keselamatan dan kesenangan. Untuk mengekalkan kebergantungan ini, pelbagai hantu kena diwujudkan supaya orang-orang berminda mangsa ini ada kumpulan yang boleh dipersalahkan dan terus bergantung nasib kepada penaung mereka.


Hanya keazaman mahu menjadi lebih baik dan usaha yang tidak mengenal penat lelah merupakan jalan keluar dari kepompong minda mangsa. Ini telah dilakukan oleh ramai atok nenek serta ibu bapa kita dahulu. Kesenangan yang kita rasai sekarang bersebabkan mereka mengharungi cabaran hidup demi membentuk masa hadapan yang lebih baik untuk anak, cucu dan cicit-cicit mereka.


Jangan kita ingat kita sahaja yang susah. Orang-orang dahulu pun susah juga. Begitu juga dengan cucu cicit kita di masa hadapan. Pusaka yang paling malang untuk diwariskan kepada mereka ialah minda mangsa. Sebaliknya, dari kecil lagi kita kena memerdekan jiwa anak cucu kita. Beranikan mereka mencuba perkara-perkara baharu walaupun akan menyebabkan kita tak nampak hebat. 


Ketua yang hebat akan melahirkan anak-anak buat yang lebih hebat. Jangan dengki pula ya, ni satu lagi perangai orang-orang berjiwa dan berminda mangsa, tak boleh tengok orang lebih berjaya dari mereka.


Ingatkah kita kepada kata-kata Rab’i bin Amir ketika dia berhadapan dengan Rustum, panglima tentera Parsi?


“Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya”.


Anda carilah sendiri kisah ini yang sepenuhnya termasuk latar belakang Rab’i itu sendiri. Baru anda faham bagaimana minda insan yang berjiwa merdeka kerana kehambaannya yang ikhlas kepada Allah SWT.


Kita sememangnya boleh salahkan setiap yang bergerak dan setiap yang terbang di atas nasib kita. Namun, pernahkan kita mempertimbang bahawa masalah sebenarnya ialah minda orang yang ada di dalam cermin yang kita hadap setiap pagi ketika menggosok gigi?


Orang berminda mangsa ada satu alasan lain, “saya tak gosok gigi, jadi tak kenal siapa orang di dalam cermin itu”.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/orang-berminda-mangsa-jarang-salahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lori Marak Terbakar Gerak Sendiri Pemandu Terjun Keluar Berjaya Selamatkan Diri

Lori Marak Terbakar Gerak Sendiri Pemandu Terjun Keluar Berjaya Selamatkan Diri

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 175 hits
FMT ReportersLelaki berusia 70an itu dalam perjalanan dari Dengkil ke Puchong sebelum menyedari asap keluar daripada enjin lori Dalam sebuah klip video tular lori yang sedang marak terbakar itu kelihatan bergerak sendiri di KM38 Lebuh Raya ...
Pernah Tak Awak Tanya Pada Diri Sendiri

Pernah Tak Awak Tanya Pada Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 227 hits
Pernah tak awak tanya pada diri sendiri Mesti pernah kan saat awak mula berubah ke arah kebaikan rasa seolah olah tiada siapa yang menemani awak dalam perjalanan hijrah itu Mesti pernah kan awak rasa keseorangan walaupun hati sendiri kadang...
Dua Bekas Pengarah Syarikat Bayar Bonus Kepada Diri Sendiri Didenda

Dua Bekas Pengarah Syarikat Bayar Bonus Kepada Diri Sendiri Didenda

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 244 hits
BernamaTeo Tzi Sin dan Wong Poh Wah didenda RM100 000 atas tuduhan menyalah guna kedudukan untuk manfaat kepada diri sendiri Teo Tzi Sin dan Wong Poh Wah masing masing didenda RM100 000 selepas mengaku bersalah menggunakan wang syarikat seb...
Tutorial Cara Menghargai Diri Sendiri

Tutorial Cara Menghargai Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum Sebuah perkongsian yang SA jumpa di FB ada betulnya perkongsian ini Cara paling mudah untuk menghargai diri kita sendiri terlebih dahulu keluar dari persekitaran yang toksik itu jalan terbaik sebenarnya Hindari Orang Bermasa...
Anita Sarawak Mohon Maaf Tolak Undangan Konsert Selesa Berdiam Diri Selepas Bersara

Anita Sarawak Mohon Maaf Tolak Undangan Konsert Selesa Berdiam Diri Selepas Bersara

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 336 hits
Astro AwaniGambar terbaharu Anita Sarawak dan suaminya Mahathir Abdullah yang dirakamkan pada Jun 2024 Gambar ihsan Shuib TaibKUALA LUMPUR Sebaik memilih berjauhan dari radar dunia hiburan penyanyi ternama Anita Sarawak nekad untuk tidak la...
Kali Ini Pas Bunuh Diri Menangguk Di Air Keruh

Kali Ini Pas Bunuh Diri Menangguk Di Air Keruh

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 151 hits
Dari dulu sampai sekarang Pas tidak menonjolkan pemikiran yang berakal ataupun strategi politik yang berguna Dalam satu buku yang ditulis oleh Nik Aziz dulu beliau menceritakan bagaimana perbalahan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh pa...
Rasa Macam Dekat Joseon Alami Sendiri K Drama Sageuk Lawati 5 Tempat Bersejarah Ini Di Korea

Rasa Macam Dekat Joseon Alami Sendiri K Drama Sageuk Lawati 5 Tempat Bersejarah Ini Di Korea

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 272 hits
Dalam diam sebenarnya ramai antara peminat K Drama tempatan yang sebenarnya menyukai drama bersejarah Korea kan Artikel Berkaitan Ada antaranya yang kerap ulang menonton Jewel In The Palace Jumong The Fugitive Of Joseon 100 Days My Prince L...
Jojo Ghazali Kongsi Gambar Dengan Wanita Peminat Pasrah Undur Diri

Jojo Ghazali Kongsi Gambar Dengan Wanita Peminat Pasrah Undur Diri

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 223 hits
Atlet Muay Thai negara Jojo Ghazali kongsi gambar dengan seorang wanita di platform TikTok miliknya dengan berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur Menerusi kapsyen yang disertakan Jojo berseloroh supaya wanita dikenali s...
Lee Zii Jia Tarik Diri Daripada Saingan Badminton Terbuka Malaysia

Lee Zii Jia Tarik Diri Daripada Saingan Badminton Terbuka Malaysia

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 246 hits
Lee Zii Jia Foto fail NSTP KUALA LUMPUR Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mengesahkan yang dia menarik diri daripada saingan badminton Terbuka Malaysia yang dijadual bermula Selasa ini Dalam satu kenyataan yang dikel...
Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Eaaci Melancarkan Kempen Kesedaran Alergi Antibiotik Global

Badan Greges Tapi Tidak Demam Ini Penyebabnya

Lirik Lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu Nadhif Basalamah Aziz Harun Aisha Retno

Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Perkukuh Komitmen Terhadap Teknologi Nuklear Untuk Kegunaan Keamanan

Tmj Bantu Sprm Bongkar Sindiket Penyeludupan Didalangi Pegawai Kanan Atm

Shouts Of Justice For Zara Echo As Crowds Rally In Kl Ipoh

Colonel Douglas Macgregor On Ukraine

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Persib Bandung Lega Satu Grup Dengan Klub Asean Di Acl 2 2025 2026