Orang Asli Dakwa Beras Dijual Mahal Di Pedalaman


freemalaysiatoday.comBernama08 Oct 2023

Orang Asli Gua Musang berkata ubi kayu juga sudah tiada kerana kawasan kebun sudah menjadi ladang Musang King.
Orang Asli suku kaum Temiar, Anglah Angah, 41 mendakwa beras 10kg dijual lebih RM50, berbanding beras berat sama, RM39, jika di bandar Gua Musang.
GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli di kawasan pedalaman di daerah ini mendakwa terpaksa membeli beras pada harga tinggi seperti ditetapkan oleh peruncit.

Orang Asli suku kaum Temiar Anglah Angah, 41, yang tinggal di Kampung Kelaik, Pos Blau berkata beliau antara penduduk terkesan dengan harga barangan mahal dikenakan kepada pembeli di kawasan pedalaman.

Anglah berkata, disebabkan tidak tahan dengan harga tinggi, adakalanya beliau terpaksa keluar ke bandar untuk mendapatkan bekalan makanan asas.

“Di kampung harga 10kg beras mencecah sehingga RM50 lebih, beras 5kg dijual dengan harga mencecah RM20, manakala sepeket gula pula dijual pada harga RM5.

“Ahli keluarga saya seramai lapan orang jadi 10kg beras hanya boleh tahan untuk seminggu sahaja. Hari ini saya menempuh perjalanan hampir 100km dengan motosikal untuk datang ke bandar Gua Musang mendapatkan beras yang lebih murah hanya RM39 untuk 10 kg,” katanya ketika ditemui pemberita di Bandar Baru.

Menurut seorang lagi penduduk, Along Uda, 30, penduduk yang majoriti bekerja kampung dan mencari hasil hutan semakin tertekan dengan harga barangan yang semakin meningkat akhir-akhir ini.

“Kebanyakan penduduk di kampung ini menjual buluh di Blue Valley, Tanah Tinggi Cameron (Pahang) dengan harga RM0.50 sebatang. Harga buluh semakin murah tetapi harga beras dan makanan lain semakin naik.

“Kita memang terhimpit dengan keadaan sekarang kerana kami bergantung makanan asas dengan beras kerana ubi kayu sudah tiada sebab kawasan kebun sekarang sudah menjadi ladang Musang King,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Daerah Gua Musang, Zamzani Harun berkata pihaknya telah mendapat aduan secara lisan dari penduduk Orang Asli yang rata-ratanya tinggal di kawasan pedalaman mengenai harga barangan tinggi di penempatan mereka.

“Mereka mengadu harga beras naik mendadak dan penduduk yang tinggal di pedalaman ini meminta Gerakan Pengguna supaya memantau harga di kawasan terbabit.

“Kita telah memaklumkan perkara ini kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya melakukan lawatan dan penyiasatan.

“Saya harap kenaikan harga makanan asas ini tidak berpanjangan dan kerajaan dapat menangani isu ini untuk membolehkan pihak pemborong dan peruncit memberi harga berpatutan kepada pengguna,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/10/orang-asli-dakwa-beras-dijual-mahal-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Logik Kah Harga Beras Kekal

Logik Kah Harga Beras Kekal

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 374 hits
Jamzuri Ardani Kos pengeluaran padi tempatan secara purata ialah RM2 800 per tan Sekarang pesawah jual pada pengilang sekitar RM1 700 ke RM1 800 per tan Pengilang kena jual beras dengan harga tidak melebihi RM2 60 sekilo atau RM26 untuk kam...
Isu Beras Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau

Isu Beras Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 391 hits
SEHARI selepas kolom pojok Belalang di BH Ahad mempersoalkan punca sebenar beras tempatan hilang di pasaran akhbar ini menyiarkan laporan eksklusif di muka depannya semalam menyorot setiap rantaian pengeluaran bekalan makanan ruji di negara...
Langkah Bodoh Suruh Fama Urus Beras Muhyiddin

Langkah Bodoh Suruh Fama Urus Beras Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 260 hits
malaysiakini comBekas perdana menteri Muhyiddin Yassin membidas kegagalan kerajaan menangani krisis kekurangan beras serta menangani kenaikan harga barang ketika ini Jelas Muhyiddin kekurangan kekurangan beras telur dan kekosongan jawatan m...
Pemuda Umno Bongkar Modus Operandi Kartel Beras

Pemuda Umno Bongkar Modus Operandi Kartel Beras

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 259 hits
Sinar HarianMuhammad Akmal memuat naik di Facebooknya gambar yang membezakan antara beras SST dan beras hancur Sinar HarianSHAH ALAM Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr Muhammad Akmal Salleh membongkar modus operandi kartel yang menggunakan ber...
Menteri Pertanian Ingatkan Jangan Beli Beras Melebihi Keperluan

Menteri Pertanian Ingatkan Jangan Beli Beras Melebihi Keperluan

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 416 hits
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menasihatkan orang ramai agar membeli stok beras berdasarkan keperluan keluarga Beliau berkata bekalan beras tempatan mencukupi untuk pasaran tempatan dan pengguna tidak waj...
Krisis Beras Kerajaan Buat Terbaik Melalui Intevensi Harga

Krisis Beras Kerajaan Buat Terbaik Melalui Intevensi Harga

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 348 hits
Pembangkang PN yang menyalahkan Kerajaan Perpaduan kononnya gagal menangani krisis harga dan bekalan beras seolah olah tidak faham isu bahawa negara pengeluar beras sama ada menghenti atau mengurangkan eksport komoditi itu ke negara penggun...
Beras Ini Jalan Selesai Menteri Keterjaminan Makanan

Beras Ini Jalan Selesai Menteri Keterjaminan Makanan

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 516 hits
Beras Monopoli tauke kerajaan atau pasaran terbuka SEKARANG heboh seluruh negara pasal isu beras tak cukup Kita melihat gambar video dan berita tular yang pelik pelik Misalnya dalam keadaan beras tempatan yang sudah dijumpai tiba tiba ada v...
Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Kuantan Pekan Rompin To See Very Heavy Rain Until Tomorrow

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Holiday Schedule

Teringin Tahu Kemajuan Bangunan Semasa Era Zaman Nabi Muhammad Saw Ini Jawapannya

Flavorful Healthy Banana Bread Recipe Pinterest

Persiapan Kelengkapan Sekolah 2026 Bersama Hari Hari

Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari