Orang Asli Bera Menang Rayuan Mahkamah Arah Tanah 2 000 Hektar Di Serahkan Semula




PUTRAJAYA -Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan tanah seluas 2,000 hektar diserahkan semula kepada Orang Asli dalam tuntutan bertindih antara komuniti itu dengan sebuah syarikat swasta di Bera, Pahang.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Temerloh pada Februari lalu, membenarkan pengambilan terus Elite Agriculture Sdn Bhd terhadap tanah yang berada di Kampung Lubuk Perah.
Syarikat terbabit merancang membangunkan kawasan penanaman kelapa sawit di tanah berkenaan, dengan menekankan bahawa tanah itu bukan hak milik Orang Asli, seperti dilaporkan.
Orang Asli Semelai, bagaimanapun, menyangkal dakwaan itu sambil menyatakan mereka sudah berada di tanah itu sejak enam generasi.
Kerajaan Pahang menyerahkan tanah seluas 2,000 hektar kepada sebuah syarikat yang dipajak sehingga 99 tahun pada 2013. Kerajaan negeri juga mempunyai 39% saham dalam syarikat induk, Sri Jengka Sdn Bhd, seperti dilaporkan.

Pengerusi Sri Jengka Sdn Bhd, Datuk Rosni Zahari

Peguam Siti Kasim ketika memaklumkan kemenangan tuntutan Orang Asli itu berkata, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan dan menyatakan prosedur pengambilalihan tanah berkenaan tidak dibuat secara teratur kerana tuntutan membabitkan tanah hak adat.
Beliau berkata, panel tiga hakim membabitkan Lee Swee Seng, Hadhariah Syed Ismail dan Supang Lian sebulat suara membenarkan rayuan plaintif.
Siti yang juga pengerusi jawatankuasa Majlis Peguam mengenai hak Orang Asli berkata, Mahkamah Rayuan memetik peruntukan dalam Peraturan Mahkamah 2012 yang salah digunakan oleh mahkamah rendah bagi membenarkan syarikat berkenaan mengambil alih tanah terbabit.
“Mahkamah Rayuan mengatakan tuntutan hak adat mesti dibuat dalam tindakan tertulis. Ini bermaksud, bahawa Orang Asli telah diakui mempunyai hak adat di tanah leluhur mereka.
“Jadi, cubaan mereka mengusir Orang Asli seolah-olah mereka adalah penceroboh atau penumpang bukanlah cara yang betul. Hak atas tuntutan mereka di bawah tanah leluhur mesti melalui perbicaraan yang betul,” katanya.
Siti berkata, keputusan Mahkamah Rayuan hari ini adalah hasil kerja keras peguam Selva Balan Sinnan dan Ellaine Gan.
Beliau berkata, tuduhan menghina mahkamah terhadap Tok Batin atau ketua kampung, Hajemie Din, juga ditolak.
“Adalah penting bagi peguam terbabit dalam kes membabitkan Orang Asli untuk mendapat nasihat daripada Majlis Peguam, di mana peguam terbaik ini lakukan. Itulah punca kemenangan pada hari ini,” katanya ketika dihubungi.
Siti berkata, kerajaan tidak melaksanakan secukupnya bagi melindungi perkampungan Orang Asli, sambil berkata, penduduk kampung berkenaan terpaksa mencari perlindungan, di mana punca pencarian mereka di hutan semakin susut kesan daripada pembersihan hutan.
“Dalam gambaran besar, ini (keputusan) juga membantu menyelamatkan hutan kita daripada dibersihkan. Dengan bekerjasama bersama Orang Asli, kami juga mempertahankan pengeluaran karbon dalam usaha menangani perubahan iklim dan melindungi hutan kita. Semua ini saling berhubungan,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/orang-asli-bera-menang-rayuan-mahkamah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saman Gagal Bayar Cukai Dan Denda Kepada Lhdn Mahkamah Tolak Rayuan Najib Anaknya

Saman Gagal Bayar Cukai Dan Denda Kepada Lhdn Mahkamah Tolak Rayuan Najib Anaknya

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 169 hits
PUTRAJAYA Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin hari ini gagal dalam rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar cukai dan denda yang belum dibayar berjumlah RM1 69 bilion dan...
Rentasan 965 Panas Kes Tuntutan Saman Cukai Mahkamah Rayuan Tolak

Rentasan 965 Panas Kes Tuntutan Saman Cukai Mahkamah Rayuan Tolak

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 176 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9651 NAJIB DAN ANAK PERLU BAYAR CUKAI TERTUNGGAK 2 MASIH ADAKAH CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG COVID 19 3 86 MATI KERANA COVID 19 DI LUAR HOSPITAL TANPA PEMANTAUAN 4 PAS ADALAH ZOMBIE AMANAH
2 Jam Habis 80 000 Helai Jualan Rm2 16 Juta Fazura Menang S Ded4h Cerita Yg Ramai Tak Tahu

2 Jam Habis 80 000 Helai Jualan Rm2 16 Juta Fazura Menang S Ded4h Cerita Yg Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 238 hits
PETALING JAYA Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4 000 peniaga kecil yang hil4ng m4ta pencarian Mungkin suami mereka hil4ng kerja dan sebagainya Demikian ucapan terima kasih dengan nada seb4k dan air m4ta bergvguran selebriti ...
Mahkamah Rayuan Membenarkan 204 Orang Pekebun Durian Teruskan Tindakan Undang Undang Terhadap Kerajaan Negeri Pahang

Mahkamah Rayuan Membenarkan 204 Orang Pekebun Durian Teruskan Tindakan Undang Undang Terhadap Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 151 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan 204 pekebun durian untuk memulakan tindakan undang undang terhadap tindakan pengusiran kerajaan Pahang Mahkamah juga mengeluarkan arahan yang membenarkan mereka kekal di kebun sementara menun...
Dakwaan Serangan Seksual Mahkamah Arah Anwar Fail Pembelaan Selewat Lewat 28 Sept

Dakwaan Serangan Seksual Mahkamah Arah Anwar Fail Pembelaan Selewat Lewat 28 Sept

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 186 hits
Muhammed Yusoff Rawther sebelum ini memfailkan saman mendakwa serangan seksual telah berlaku pada 2 Okt 2018 di kediaman Anwar di Segambut KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Presiden PKR Anwar Ibrahim memfailkan penya...
Mahkamah Rayuan Putuskan Kerajaan Tak Boleh Lucut Hak Rm192 9 Juta Diberi Najib

Mahkamah Rayuan Putuskan Kerajaan Tak Boleh Lucut Hak Rm192 9 Juta Diberi Najib

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 170 hits
Datuk Seri Najib Razak digambarkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 23 Ogos 2021 Gambar oleh Hari Anggara Mahkamah Rayuan membenarkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk menolak saman pelucutan RM192 9 juta terhadap Umno Wanita MCA dan 7 yang la...
Kes Rekaan Untuk Nampakkan Najib Korup Tewas Di Mahkamah Tinggi Dan Rayuan

Kes Rekaan Untuk Nampakkan Najib Korup Tewas Di Mahkamah Tinggi Dan Rayuan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 218 hits
umusannya mudah sahaja jika tiada bukti tidak bolehlah dijatuh hukum Jika mahkamah atau hakim tidak diganggu memang itu keputusannya Peguam Datuk Seri Najib Tan Sri Shafie sudah perjelaskan pada awal kes dibicarakan kata nya jika mahkamah a...
Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan Tolak Saman Terhadap Fazura

Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan Tolak Saman Terhadap Fazura

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 183 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman oleh pemilik Maydan Trading terhadap selebriti Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Shariffudin dan Universal Music Sdn Bhd atas dakwaan melanggar kontrak...
Tahniah Pemenang Peraduan Lengquas Menang Barangan Dapur Rm100 000

Tahniah Pemenang Peraduan Lengquas Menang Barangan Dapur Rm100 000

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 295 hits
Tahniah Pemenang Peraduan LengQuas Menang Barangan Dapur RM100 000 telah melabuhkan tirai pada 30 Jun 2021 Berlangsung selama tiga bulan sejak 1 April 2021 yang lalu seramai 60 pemenang bertuah telah dipilih untuk memenangi hadiah hadiah be...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Legacy Credit Emerges As A Substantial Shareholder In Vci Global

Sempena Mother S Day Enfagrow A Mindpro Menjemput Semua Ibu Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Power Of Storytelling In Marketing

Lirik Lagu Berharap Kau Kembali Fabio Asher