Oops Hisham Tak Jadi Dpm Declaration Of Emergency


 


TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSINPERDANA MENTERI MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.


Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,


Apa khabar semua? Saya doakan saudara dan saudari sihat wal áfiat.

1. Susulan kenyataan yang baru sahaja dikeluarkan oleh Istana Negara berhubung Proklamasi Darurat yang berkuatkuasa di negara ini,  saya berdiri di hadapan saudara dan saudari sekalian pada pagi ini untuk membuat beberapa penjelasan.

2. Semalam saya telah diterima menghadap oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan nasihat Jemaah Menteri agar Seri Paduka Baginda mengeluarkan Proklamasi Darurat menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan untuk mengisytiharkan Darurat bagi seluruh Persekutuan berkuat kuasa mulai 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021 untuk ampun perkenan Seri Paduka Baginda.


3. Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”.

4. Menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan, ancaman terhadap kehidupan ekonomi merupakan salah satu asas untuk sesuatu proklamasi darurat dibuat. Dalam kes Stephen Kalong Ningkan lawan Kerajaan Malaysia, Majlis Privi menyatakan dalam penghakimannya bahawa -

“An emergency to be within that article (article 150(1) of the Federal Constitution) must be not only grave but such as to threaten the security or the economic life of the Federation or any part of it, the natural meaning of the word itself is capable of covering a very wide range of situations and occurrences, including such diverse events as was famines, earthquakes, floods, epidemics and the collapse of
the civil government.”.

5. Dalam hal ini, memandangkan dunia pada masa ini sedang berhadapan dengan ancaman pandemik COVID-19 yang telah secara langsung menjadi ancaman besar terhadap kehidupan ekonomi rakyat di negara ini, suatu perisytiharan darurat boleh dibuat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  berhubung dengan perkara ini. Selain peningkatan mendadak kes positif COVID-19, terdapat beberapa negeri di Malaysia seperti Johor, Pahang dan Kelantan yang sedang mengalami bencana banjir yang besar yang telah secara langsungnya turut menjadi ancaman besar terhadap keselamatan dan kehidupan ekonomi rakyat.

6. Seperti yang telah saya jelaskan semasa mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semalam, kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat dan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dalam masa terdekat. Oleh itu, Kerajaan perlu mempunyai kuasa-kuasa tertentu bagi memastikan wabak ini dapat dibendung dengan lebih berkesan dan perkhidmatan kesihatan yang disampaikan kepada rakyat tidak lumpuh.

7. Setelah mempertimbangkan nasihat Jemaah Menteri, Seri Paduka Baginda telah berpuas hati bahawa adanya keperluan mengeluarkan Proklamasi Darurat bagi membolehkan Ordinan dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 bagi memperuntukkan kuasa-kuasa perlu untuk mengekang dan menghalang daripada berlakunya penularan wabak COVID-19 dengan lebih serius di negara ini.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

8. Izinkan saya memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai bentuk darurat yang berkuatkuasa di negara ini. Ingin saya tegaskan bahawa darurat yang diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah satu bentuk rampasan  kuasa tentera. Perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan.
Sebaliknya, sepanjang tempoh darurat ini, kerajaan awam akan terus
berfungsi.

9. Let me assure you that the civilian government will continue to function. The emergency proclaimed by the Yang di-Pertuan Agong is not a military coup and curfew will not be enforced.

10. Dari segi pentadbiran kerajaan, Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan terus berfungsi menurut Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa. Saya memberi jaminan bahawa jentera pentadbiran dan perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
tidak akan terganggu dengan perisytiharan darurat ini.

11. Sepanjang tempoh darurat ini, jika Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Seri Paduka Baginda boleh memasyhurkan apa-apa ordinan yang perlu mengikut hal keadaan semasa.

12. Dalam konteks ini, beberapa Ordinan Darurat boleh dimasyhurkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong bagi tujuan membendung wabak COVID-19 yang merangkumi hal-hal berkaitan penggunaan aset hospital swasta, pengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital  swasta atau membuat permintaan untuk penggunaan sumber hospital swasta bagi tujuan merawat pesakit COVID-19. 


13. Sehubungan itu, Kerajaan juga boleh mendapatkan penglibatan yang lebih inklusif daripada pihak swasta termasuk kemudahan penjagaan kesihatan swasta bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh agensi Kerajaan terutamanya hospital awam. Menerusi  ordinan ini, bantuan yang boleh diperolehi daripada pihak swasta meliputi sumber manusia, kepakaran, fasiliti, aset, makmal ujian dan utiliti.

14. Di samping itu, kuasa-kuasa perlu di bawah Ordinan ini juga akan digunakan untuk memudahkan urusan dan mengatasi apa-apa peraturan yang menyukarkan penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara pantas, cekap dan berkesan dalam masa pandemik ini. 


15. Suatu ordinan juga boleh dimasyhurkan untuk memperuntukkan kuasa penguatkuasaan kepada Angkatan Tentera Malaysia selain kuasa yang sedia ada, mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada Polis Diraja Malaysia di bawah Kanun Tatacara Jenayah atau mana-mana undang-undang penguatkuasaan lain yang berkaitan.


16. Angkatan Tentera Malaysia juga akan diperuntukkan kuasa untuk membantu melaksanakan fungsi-fungsi berhubung dengan kesihatan awam dan fungsi-fungsi yang dijalankan oleh pegawai awam yang berkaitan semasa pandemik ini. 
Selaras dengan Proklamasi Darurat ini,  aspek kawalan sempadan negara juga akan diperketatkan dengan memberi kuasa kepada anggota tentera selain polis dan imigresen untuk menangkap PATI dan sesiapa sahaja yang menceroboh sempadan
negara.

17. Selain itu, suatu Ordinan juga boleh dimasyhurkan untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan Akta ini dalam membendung penularan COVID-19. Ini termasuk meningkatkan penalti atau hukuman ke atas sesiapa yang melanggar undang-undang dan peraturan berkaitan pengawalan wabak COVID-19.

18. Ordinan-ordinan yang bertujuan untuk memerangi sabotaj ekonomi, monopoli dan kenaikan harga barang secara keterlaluan dalam masa pandemik juga boleh dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda. Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan hukuman yang lebih berat boleh dikenakan untuk tujuan ini.

19. Semua ordinan yang dimasyhurkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan diwartakan dan boleh diketahui oleh rakyat.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

20. Dalam tempoh darurat ini juga, kuasa eksekutif Persekutuan akan meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundangan negeri kecuali bagi apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Sabah atau Sarawak, agama, kewarganegaraan dan bahasa, selaras dengan Fasal
6A Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

21. Selain itu, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan  Agong. 


22. Sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa, Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan. Dalam keadaan biasa, Pilihan Raya Kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kerusi diisytiharkan kosong. Pilihan Raya Negeri juga mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Sedangkan kita tahu, rakyat pada masa ini tidak mahu pilihan Raya diadakan untuk mengelakkan wabak COVID-19 merebak seperti yang berlaku selepas Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

23. Untuk menjamin pelaksanaan tempoh darurat dibuat secara adil dan telus, sebuah Jawatankuasa Khas Bebas akan ditubuhkan di bawah suatu Ordinan untuk menasihati Seri Paduka Baginda sama ada darurat besar masih berlaku dalam Persekutuan bagi meneruskan tempoh kuat kuasa Proklamasi Darurat atau menamatkan Proklamasi lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

24. Mutakhir ini terdapat pihak-pihak yang mendesak supaya pilihan raya diadakan. Saya tidak berniat untuk tidak mengadakan pilihan raya. Perkara utama yang menghalang saya daripada menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen untuk membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan ialah pandemik COVID-19.

25. Keputusan untuk tidak mengadakan pilihanraya semasa pandemik COVID-19 masih menular ini adalah selaras dengan satu daripada lima prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa atau hifz al-nafs. Dalam  konteks ini, adalah menjadi kewajipan saya sebagai Ketua Kerajaan untuk menjaga nyawa rakyat dengan melindungi saudara dan saudari sekalian daripada jangkitan COVID-19. Ini adalah kemaslahatan paling utama
yang dituntut oleh agama Islam.

26. Justeru, saya memberikan komitmen yang tegas bahawa Pilihan Raya Umum akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa wabak COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya adalah selamat untuk diadakan. Pada masa itu, terpulanglah kepada rakyat untuk memilih kerajaan mana yang layak untuk mentadbir negara ini dan menjaga kebajikan saudara dan saudari sekalian. Inilah komitmen dan akujanji saya yang akan saya tunaikan, insya-Allah.

27. Bagi saya, dalam keadaan negara dan rakyat sedang menghadapi satu mudarat besar, adalah amat penting semua ahli politik mengenepikan perbezaan masing-masing dan bersolidariti bersama rakyat. Bila tiba masa untuk berpolitik, maka berpolitiklah dengan penuh bertanggungjawab.

28. Saya juga memberi jaminan bahawa sepanjang tempoh darurat ini, badan kehakiman akan terus berfungsi untuk menegakkan hukum dan keadilan. Kerajaan Perikatan Nasional akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan tidak akan sekali-kali mencampuri urusan mahkamah. The judiciary will continue to be the beacon of justice in our country and I will never interfere in the business of the court.

29. Aktiviti-aktiviti ekonomi juga akan terus berfungsi tertakluk kepada SOP dan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa. Kerajaan akan memastikan aktiviti ekonomi tidak terhenti agar rakyat mampu untuk terus bekerja dan perniagaan, perdagangan dan industri dapat terus beroperasi seperti biasa.

30. Kerajaan juga komited untuk memastikan amalan-amalan governans terbaik terus diamalkan sepanjang tempoh pelaksanaan darurat. Organisasi kawal selia negara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, iaitu Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, serta Bursa Malaysia, akan terus memainkan peranan mereka sebagai pemangkin, pengawal selia dan pemudahcara syarikat dan pasaran.

31. To all the stakeholders keenly monitoring what is happening in Malaysia, I emphasise that Malaysia is open for business. In facing these challenging times, this Period of Emergency will give us much needed calm and stability, as well as enable us to focus on economic recovery and regeneration. We remain committed to good governance in these times and we have a robust and dynamic regulatory ecosystem. We must remember that the Government has a 6-stage strategy in place for economic recovery since March last year and were incorporated in the Budget 2021. Continued stability will enable us to sustain and build upon the economic recovery trajectory we have been working hard for since last year.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,


32. Saya merayu saudara dan saudari sekalian supaya kekal tenang dan memberikan kepercayaan serta sokongan sepenuhnya kepada  kerajaan untuk membendung penularan COVID-19 dengan lebih berkesan sepanjang tempoh darurat dilaksanakan. Saya juga menyeru kepada semua ahli politik, pemimpin masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan, badan-badan agama, belia, mahasiswa dan setiap lapisan masyarakat supaya bersatu dan berganding bahu dalam menghadapi situasi yang amat sukar ini. Yang penting, matlamat kita hanyalah satu iaitu kita mesti menang dalam memerangi COVID-19.

33. Marilah kita mengamalkan disiplin kendiri dengan lebih ketat sepanjang tempoh PKP dan darurat yang berkuatkuasa ini. Mudah mudahan kita akan dapat melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 dengan segera dan seterusnya mengurangkan tekanan ke atas sistem kesihatan negara kita yang sedang terbeban dengan peningkatan kes-kes positif COVID-19 saban hari.


34. Saya memberi amaran keras, sesiapa yang cuba mengganggu gugat usaha Kerajaan untuk mengurus pandemik COVID-19 dan ekonomi negara akan diambil tindakan tegas demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

35. Saya juga berharap agar para alim-ulama’ dan pemimpin agama dapat mendoakan kesejahteraan negara kita dan mudah-mudahan kita semua dilindungi daripada sebarang bala bencana.

36. Saya bagi pihak Kerajaan sekali lagi menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas keprihatinan dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam memperkenankan perisytiharan darurat di bawah Perkara 150  Perlembagaan Persekutuan bagi menangani pandemik COVID-19 dengan lebih berkesan.
37. Saya berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka  Baginda Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Putera dan Puteri Tuanku, seluruh kerabat duli Tuanku dan sekalian rakyat jelata terus dilindungi oleh Allah SWT. Mudah-mudahan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kita segera berakhir. Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.


Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wa
barakatuh.


YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN


12 Januari 2021
My comments :
Well there is a lot to be said. First of all we are already in a State of Emergency. (The Proclamation of Emergency or Darurat came into effect yesterday 11 January 2021.)
This will be the first time I am writing in the public domain under Emergency Regulations. I dont think I will get arrested for anything I write because as you all know I am a nice guy. Only the crooks do not like me at all. 
Ok Hishamuddin Hussein Onn is not going to be the DPM (yet). The PM's office has denied the news. But H2O did not say anything. Or I missed it.
Then just today Nazri Aziz has pulled his support for Tan Sri Muhyiddin Yassin. That makes the government a minority government. The PM now has 110 MPs on his side. But with 110 MPs the PM still has the confidence of the single largest bloc of MPs in Parliament. Brader Backdoor has less than 91 MPs supporting him. Maybe less now.
However the suspension of Parliament under the Emergency will see the PM remain intact for the next six months. Considering that Nazri Aziz pulled his support just hours AFTER the declaration of Emergency it makes you wonder  what would have been the case if Nazri had pulled his support yesterday or the day before?
Just three days ago Nazri Aziz was quoted as saying that he would prefer that Muhyiddin Yassin be welcomed back to Umno,  that Muhyiddin be made the president of Umno and continue as the PM.  Yet today Nazri has pulled his support for the PM. 
So is there a method to Nazri's madness? Is there something more behind these manoueverings? 
Some people do not support Muhyiddin Yassin as PM because of his cooperation with UMNO.  That may include you, Mr Reader.
Yet the same people (including you Mr Reader) are ok if Chief Locksmith of the Brotherhood of the Backdoor secured a Letter of Support from Najib and Zahid (one a convicted criminal handed down 12 years imprisonment - now on appeal and the other facing 87 criminal charges in Court) to cooperate with the same Umno and form the government. 
Muhyiddin + Umno = Government is not OK.  Pintu Belakang cannot.
Brader Backdoor + Umno = Government is OK. Main Belakang can?
Pi dah mabuk. It is quite obvious that you have been infected with the Co-Butts 19 Virus. 
But lets address this issue. The PM has stated plainly that the purpose of the Emergency was also to postpone / not to have any elections for the next six months.
The PM has stated his reason - considering what happened to the pandemic after the Sabah elections, no one wants any more elections now. I think no one in their right mind wants to have any more elections until the Corona Virus pandemic goes down substantially. 
Yet with two UMNO MPs (Machang and Nazri) pulling out their support it is obvious that the PM does not have a clear majority in Parliament. On a normal day this would or should trigger a general election.
But the Emergency puts a stop to any elections. Hence it also keeps the PM in power for SIX more months. 
So here is the question that will be debated and re-debated : Was the PM being self centered (saving himself) when he advised the Agong to declare Emergency or does he have the interests of the  nation at heart (to avoid the virus spreading even more in a general election?) 
Or could it be both?
Whatever answer you choose, no one in their right mind wants a general election now.  If there is a general election now the virus will certainly spread. 
Some foolish people are suggesting 'Lets change the PM WITHOUT having a General Election'.  Caretaker PM lah, interim PM lah. This is code language by the supporters of Brader Main Belakang. They want Brader Main Belakang as PM. 
Yo, the Agong must appoint whoever has majority support in Parliament. 110 MPs is more than 85 or 90 MPs. So how? Back to square one. 

If Muhyiddin remains as PM you demand a General Election. If Muhyiddin is replaced (by Backdoor) you dont want a General Election. You cannot have your cake and eat it too. 
Or you cannot eat your cake and still have it too. 
Banyak cantik.
And where is the vaccine? Russia has begun vaccination with their own vaccine Sputnik 5. Vietnam has begun vaccinating their people - also with their own vaccine.  Indonesia has already  received their shipment of the vaccine.  Where are ours?
Here is one more point to note. Here is the schedule of some of the song and dance appearances in the Courts over the next few months :




Super Moron's appeal is on February 15th, 2021. He has tried to have it postponed but I believe the Court has said no.  Bung Mokhtar and Azeeeez go first in January. Rosmah, Najib and Isa Samad follow in February. 
Now this is what the PM said about the functioning of the Courts during the Emergency:
28. Saya juga memberi jaminan bahawa sepanjang tempoh darurat ini, badan kehakiman akan terus berfungsi untuk menegakkan hukum dan keadilan. Kerajaan Perikatan Nasional akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan tidak akan sekali-kali mencampuri urusan mahkamah. The judiciary will continue to be the beacon of justice in our country and I will never interfere in the business of the court.
So in other words these folks will still be climbing the 272 Batu Caves steps in Court on those days. Vel Vel. The Court appearances WILL NOT be postponed.
But here is the thing - at least FOUR of them are Umno MPs as well. What if they are found guilty ? 
If they are found guilty there is no reason for them to continue to support Muhyuddin for PM. Two of them already signed the letter of support for Brader Pintu Belakang.  
If I know this, surely the PM's people also know this even better. Meaning Tan Sri Muhyiddin is going into this with his eyes wide open.  At the end of the day there MUST and WILL BE a general election. There is no running away from that. And the PM has put it down clearly :
26. Justeru, saya memberikan komitmen yang tegas bahawa Pilihan Raya Umum akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa wabak COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya adalah selamat untuk diadakan. Pada masa itu, terpulanglah kepada rakyat untuk memilih kerajaan mana yang layak untuk mentadbir negara ini dan menjaga kebajikan saudara dan saudari sekalian. Inilah komitmen dan akujanji saya yang akan saya tunaikan, insya-Allah.
This is an interesting statement. They have already pondered (and possibly worked out) a post Najib, post Zahid, post Bung, post Azeeeeez etc scenario. 
With the Emergency measures there cannot be any Umno General Assembly on the 31st January 2021 either. But I believe they can still do an "online" assembly. They can still pull out their support for the PM.   But with the Emergency the issue has become academic. 
For the next SIX months at least the Government will be left alone to focus on solving the country's problems. (Nauzubillah does that mean Ministers will be making statements in public again?)
The Prime Minister has got himself SIX months to prove himself.  There must be results in those SIX months. The vaccines must be fully administered to all those who are in the target groups. 
The economy is very, very easy to fix but there is no political will to do the right things. Racial thinking, political interests, left over cronies, elite groups, rich peoples groups have a solid grip on economic policy in this country.
The misery will therefore be prolonged.
Lets say after SIX MONTHS there will be a General Election. So how will it be won? 
By that time lower virus numbers will be a given (Insya Allah) in many parts of the world. (Because of the roll outs of the vaccines all over the world). The same should happen in Malaysia. That is what people would expect to happen - all over the world.  Meaning if there is success in beating the virus, it may not be a huge selling point for any General Elections.
But if the economy gets worse or does not improve in the next SIX MONTHS, that will have a bigger effect at the polls.  It is always the economy.  
Pay close attention to the economy.
The economy will not recover without major changes to the 50 year old unworkable and failed policies. The failed Dasar Ekonomi Baru policies.  Get rid of them.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/MalaysiansMustKnowTheTruth/~3/O9I1Mcy2Zn0/oops-hisham-tak-jadi-dpm-declaration-of.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Cm Gives Thumbs Up To Emergency Declaration

Sabah Cm Gives Thumbs Up To Emergency Declaration

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 176 hits
Sabah Chief Minister Hajiji Noor says the emergency declaration is a proactive measure KOTA KINABALU Chief Minister Hajiji Noor has welcomed the Yang di Pertuan Agong s emergency declaration as a necessary move and proactive measure to cont...
The Declaration Of An Emergency Not Required

The Declaration Of An Emergency Not Required

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 232 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad 1 I hesitate to comment on the Proclamation of a State of Emergency for fear that I am motivated by a desire to become Prime Minister again 2 But now I find that doctors and lawyers are commenting adversely on the pr...
Politics Sources Dismiss Talk Of Hisham Being Appointed Dpm

Politics Sources Dismiss Talk Of Hisham Being Appointed Dpm

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 196 hits
Talk that Datuk Seri Hishammuddin Hussein will be appointed deputy prime minister is possibly an unsubstantiated rumour Several news organisations have speculated that Prime Minister Tan Sri Muhyiddin would appoint the Foreign Minister as h...
Trump Issues Emergency Declaration For Washington Dc

Trump Issues Emergency Declaration For Washington Dc

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 162 hits
US president Donald Trump has approved an emergency declaration for the District of Columbia with the approach of President elect Joe Biden s inauguration and in the wake of the assault on the US Capitol last week Trump according to a state...
Hajiji Welcomes Emergency Declaration

Hajiji Welcomes Emergency Declaration

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 176 hits
KOTA KINABALU Chief Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor welcomed the Yang di Pertuan Agong s emergency declaration as a necessary move and proactive measure to contain the Covid 19 pandemic 8220 The need to contain the virus sprea...
Agree To No Elections Pact And Call Off Emergency Says Shafie

Agree To No Elections Pact And Call Off Emergency Says Shafie

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 333 hits
Shafie Apdal says the prime minister s motive in advising the King to declare a state of emergency appears to be politically motivated KOTA KINABALU A political agreement among all parties not to have a general election until the health cri...
King Consents To Emergency Declaration To Be In Force Until Aug 1

King Consents To Emergency Declaration To Be In Force Until Aug 1

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 161 hits
In view of the growing number of Covid 19 cases the Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah has consented to a Declaration of Emergency Proclamation based on Clause Article 150 of the Federal Constitution His Majesty also ga...
Hisham As Dpm Detrimental To Umno Says State Leader

Hisham As Dpm Detrimental To Umno Says State Leader

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 212 hits
A state Umno leader says the rumoured appointment of Hishammuddin Hussein as deputy prime minister will have far reaching repercussions on the party s unity PETALING JAYA A state Umno leader has expressed concern that the appointment of His...
Dr Mahathir Pejuang Lawmakers Apply To Join Lawsuit On Agong S Powers To Refuse Emergency Declaration

Dr Mahathir Pejuang Lawmakers Apply To Join Lawsuit On Agong S Powers To Refuse Emergency Declaration

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 211 hits
Langkawi MP Tun Dr Mahathir Mohamad and four other lawmakers from his Pejuang party are now seeking to be part of a constitutional court challenge regarding the Yang di Pertuan Agong s discretion to refuse to declare an Emergency The four o...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka

View Point Wang Kelian