One World Religion Ancam Umat Islam Ppim Harakah Daily 17 05 2022


 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru pihak berwajib memberikan pandangan berhubung ancaman One World Religion yang kini dikhuatiri menjadi suatu ancaman baharu buat umat Islam.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, ancaman One World Religion pada ketika ini amat membimbangkan khususnya dengan agenda pihak yang menyokong New World Order atau Tatanan Dunia Baharu.
Menurutnya, One World Religion merupakan antara agenda utama New World Order bagi mewujudkan istilah ‘Kebersamaan dalam Beragama’.
“Ia terbukti dengan terbinanya apa yang dikenali sebagai ‘Abrahamic Family House’ yang menempatkan rumah ibadat Yahudi, gereja kristian dan masjid umat Islam dalam satu komplek yang sama dibina di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang bakal dibuka pada tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan,
Tambahnya, melalui One World Government pula, seluruh negara di dunia akan ditadbir oleh satu pemerintah sahaja. Tiada lagi negara-negara, tiada lagi raja-raja, tiada lagi presiden-presiden.
Nadzim Johan“Dalam pada itu, menerusi pembentukan One World Military pula, seluruh dunia akan dijaga oleh hanya satu pasukan tentera sahaja dan  melalui One World Currency, yang  mana tiada lagi mata wang bagi setiap negara dan hanya satu mata wang yang  digunakan dikawal oleh One World Government,” jelas beliau.
Terdahulu Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melalui penulisannya dalam HarakahDaily berjudul, Perang Ukraine Melapukkan New World Order menegaskan bahawa New World Order yang diuar-uarkan selepas kejatuhan negara Kesatuan Soviet (Soviet Union) telah menggembirakan blok Barat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat, yang mendabik dada menjadi kuasa besar tunggal dunia.
“Ia melaungkan propaganda kebebasan serta hak asasi manusia yang berkonsepkan demokrasi dan liberalisme yang disebarkan ke seluruh dunia, yang kononnya menjadi perjuangan dunia yang adil dan aman,” ujarnya melalui artikel tersebut.
Apa yang berlaku, tulis Tuan Guru, hanyalah indah khabar dari rupa sahaja, apabila masyarakat manusia yang berkonsepkan liberal menjadikan mereka lebih bebas daripada binatang yang tidak berakal, sehingga termasuklah embolehkan perkahwinan sejenis dan menggalakkan amalan di luar tabii.
Menurut beliau lagi, pendekatan berkonsepkan New World Order jelas mendokong konsep kolonialisme dan imperialisme yang pernah berlaku zalim terhadap umat manusia diaturkan semula dengan bentuk baharu melalui pengaruh politik, ekonomi, media sehinggalah kepada kuasa ketenteraan secara globalisasi, yang agar seluruh negara dunia tunduk di bawah pengaruh dan kehendak kuasa tersebut.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang“Malah, sumber tenaga juga menjadi kawalannya termasuklah mata wang dolar diwajibkan menjadi sandaran dan cagaran, selain bahasa Inggeris mahu dijadikan sebagai satu-satunya bahasa ilmu dan perantaraan. Selain itu, hanya media milik mereka sahaja yang benar dijadikan sebagai rujukan walaupun terdapat banyak pembohongan dan penipuannya,” tulis beliau lagi.
Menurut tulisan itu lagi, tanpa memandang langsung kepada isu Palestin sudah lebih setengah abad dizalimi zionis Israel dan masih berterusan hingga hari ini dengan lebih mengganas, (khususnya terbaharu melalui pembunuhan terancang wartawan yang sudah sekian lama memperjuangkan isu hak asasi Palestin, Shireen Abu Akleh baru-baru ini), jelas  menandakan betapa teori New World Order ini  juga merupakan ciptaan zionis. 
Tambah tulisan beliau, ia jelas terbukti melalui perang yang dilancarkan secara langsung dan secara perang proksi, ke atas ke atas negara-negara Islam seperti Afghanistan, Iraq, Syria, Libya, Mali dan lain-lain, serta menyokong kalangan diktator di beberapa negara Islam bagi menutup pintu demokrasi kepada Islam dan para penganutnya.
“Semua negara yang dianggap lemah dimasukkan ke dalam satu bakul dengan janji-janji manis seperti kebebasan dan kemajuan dalam dunia baharu yang berkeamanan dan berkeadilan. 
“Sekiranya tidak masuk ke dalam bakulnya pasti akan dikacau dengan berbagai-bagai cara, bermula daripada kekacauan ekonomi sehinggalah mencetuskan peperangan bukannya keamanan,” tulis Tuan Guru.
Aminuddin YahayaMungkin saranan Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya dalam ucapan pembukaan Persidangan Susulan Isu Kalimah Allah dan Isu-isu mengenai agama Islam di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 17 April 2021 perlu difikirkan semula.
Beliau berkata, pemimpin serta umat Islam tidak boleh menjadi naif dengan permasalahan yang timbul dalam isu agama di peringkat global pada ketika ini.
“Umat Islam jangan terperangkap dengan ‘permainan’ pihak tertentu, dan harus mencipta agenda tersendiri sebagai alternatif kepada Barat. Kalau Barat ada New World Order, kenapa tidak kita ada New Islamic Order?
“Mungkin ini satu cadangan pelik, tetapi harus difikirkan kerana negara tidak harus terus-menerus dicaturkan oleh Barat,” tegasnya.
Beliau menegaskan, New World Order dicipta oleh AS bertujuan untuk menjamin kuasa unipolar terus berpusat di negara tersebut. 
“Mereka mahu jadi polis dunia dan jadikan negara Islam sasaran untuk diganggu-gugat dengan memecah belahkan rakyat di negara-negara Islam seluruh dunia,” katanya.


Artikel oleh: Harakah Daily
ONE WORLD RELIGION ANCAM UMAT ISLAM - PPIM

https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/17/one-world-religion-ancam-umat-islam-ppim/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/one-world-religion-ancam-umat-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
New World Order Ppim Desak Pihak Berkuasa Agama Nyatakan Pendirian Malaysia Gazette 17 05 2022

New World Order Ppim Desak Pihak Berkuasa Agama Nyatakan Pendirian Malaysia Gazette 17 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 246 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pihak berkuasa agama Islam negara ini menyatakan pendirian mereka berkenaan New World Order Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan mempersoalkan tindakan serta langkah yang diambil Jabatan ...
Ppim Sambut Baik Langkah Hentikan Eksport Ayam Malakat Tribune 23 05 2022

Ppim Sambut Baik Langkah Hentikan Eksport Ayam Malakat Tribune 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 188 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik langkah kerajaan dalam menangani krisis harga makanan di negara ini dengan menghentikan eksport ayam sebanyak 3 6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim...
Ppim Gesa Pengguna Peruncit Jangan Tunduk Game Pembekal Ayam Malakat Tribune 22 05 2022

Ppim Gesa Pengguna Peruncit Jangan Tunduk Game Pembekal Ayam Malakat Tribune 22 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 190 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa peruncit dan pengguna di negara ini supaya tidak panik dan tunduk kepada helah pengusaha ladang ayam untuk menaikkan harga bekalan makanan itu Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi ber...
Ppim Lancar Kaji Selidik Pandangan Rakyat Terhadap Isu Semasa Dagang News 24 05 2022

Ppim Lancar Kaji Selidik Pandangan Rakyat Terhadap Isu Semasa Dagang News 24 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR 24 Mei Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan mengadakan program kaji selidik keberkesanan agensi kerajaan bagi mendapatkan pandangan orang awam terhadap beberapa perkara atau isu semasa secara dalam talian Ketua Aktivis PPIM D...
Kartel Penyebab Krisis Kelaparan Melanda Negara Sidang Media Ppim 07 06 2022

Kartel Penyebab Krisis Kelaparan Melanda Negara Sidang Media Ppim 07 06 2022

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 216 hits
Untuk puluhan tahun makanan ternakan terutama ayam diimport daripada luar negara Puluhan tahun juga pengguna diberikan alasan harga ayam naik disebabkan jagung import bahan makanan ayam naik Walaupun ini merupakan perkara tidak masuk akal t...
Ppim Saran Peniaga Ayam Bawa Isu Ayam Ke Mahkamah Samudera My 27 05 2022

Ppim Saran Peniaga Ayam Bawa Isu Ayam Ke Mahkamah Samudera My 27 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR 27 Mei 2022 Dalam isu ketiadaan ayam di pasar terbuka peniaga runcit boleh dan harus membuat laporan kepada pihak berkuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia atau membawa perkara itu ke mahk...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025