One Stop Center Di Petronas Utp Seri Iskandar Perak


One Stop Center di Petronas UTP Seri Iskandar Perak | Cik en paling suka kalau pergi satu tempat itu dan boleh buat pelbagai urusan dan pembelian. Kira macam one stop center. Dapat jimatkan masa dan seterusnya memudahkan kerja cik en. Faham la, cik en ini, memang sibuk memanjang. Kereta itu kalau tak disebabkan perlu isi minyak memang tak isi. Jadi tempat yang paling sesuai untuk buat one stop center ini semestinya di stesen minyak. Semuanya kita boleh buat serentak. Tak perlu nak ke sana sini dan mencari tempat letak kereta. Salah letak kena saman pula. Hahaha. Disebab itulah cik en suka singgah di Petronas UTP Seri Iskandar Perak. 





One Stop Center di Petronas UTP Seri Iskandar Perak

Bukan cik en tinggal di Manjung ke? Betul lal tu, tapi cik en kerap ke Ipoh untuk urusan rasmi pejabat, review dan adik cik en pun tinggal di sana. So, cik en akan kumpul semua urusan dan buat sekali di Petronas UTP Seri Iskandar Perak. 


Petronas UTP Seri Iskandar Perak



Petronas UTP Seri Iskandar Perak adalah kawasan paling strategik untuk sesiapa yang perlu berulang alik melalui kawasan ini. Kawasannya yang luas dan mudah untuk berhenti boleh buat Petronas UTP Seri Iskandar Perak ini antara stesyen minyak terbaik di laluan lebuhraya Lumut-Ipoh. 


Apa yang ada di One Stop Center di Petronas UTP Seri Iskandar Perak?


Lebih 10 perkhidmatan yang ada di Petronas UTP Seri Iskandar Perak ini termasuk basic services yang sedia ada. Tapi, cik en sukakan permandangan yang ada di belakang Petronas UTP Seri Iskandar Perak ini. Ada tasik dan kalau sebelum Covid, ramai yang akan jogging. Tasik tersebut di dalam kawasan Universiti Teknologi Petronas dan angin sepoi sepoi bahasanya ditambah kerusi batu mengadap tasik akan dapat berikan rest yang terbaik sebelum memulakan perjalanan. 


Minyak jenis Primax95, Primax97, Diesel and Euro5






Dah nama stesyen minyak, so sememangnya adalah minyak kan? hahahha. Ala, cik en tak nak korang serius baca entri ini. Tapi di Petronas UTP Seri Iskandar Perak ini ada Local Promo yang korang boleh Isi, Kumpul dan Tebus pada Stamp Card untuk Primax 95/97. Setiap isian rm20 dapat 1 cop dan kumpul minimun 5 cop dan tebus barang segera

Kumpul 5 stamps - Boleh pilih nescafe atau maggi hot cupKumpul 10 stamps - Boleh pilih sepeket maggi kari 2 min atau tepung gandum atau bihun Faiza Lengkap 25 stamps - dapat Baucar RM5 for fuel atau Kedai Mesra


Epay 
Seperti semua tahu Epay adalah Penyedia Perkhidmatan E-Pembayaran Sehenti yang menyediakan tambah nilai pra bayar dan pembayaran bil. 


Touch & Go
Sekarang, lebuhraya mengamalkan sistem touch & go sepenuhnya dan semestinya ianya memberi kelebihan kepada mana mana premis yang ada perkhidmatan ini. Selalunya sebelum memulakan perjalanan, selain isi minyak, tambah nilai kad touch & go adalah perkara wajib perlu di buat


Ejen Bank BSN (EB BSN)






Petronas UTP Seri Iskandar Perak juga merupakan Ejen BSN yang mana korang boleh

Buat pembukaan akaunPengeluaran wangPenyimpanan wangPembayaran bilTambah nilai pra-bayar (top-up)Pembelian SSPNPembayaran tanpa tunai


Tealive









Siapa suka boba? Semestinya Tealive tak asing lagi dengan korang kan? Cik en kalau ada tealive, tak isi minyak pun, cik en akan singgah. Di Petronas UTP Seri Iskandar Perak juga ada Tealive. Lalu pula masa tengah hari, semestinya happy tekak dapat sejuk sejuk dan berboba ini. 


Pos Laju EziBox





Siapa buat small bussiness atau selalu jadi despatch untuk pejabat? Petronas UTP Seri Iskandar Perak ini ada Pos Laju EziBox yang mana memudahkan korang untuk pos dokumen dan barangan tanpa perlu beratur di Pejabat Pos Laju. Cepat dan dapat bantu korang kurangkan stress beratur. Cik en sendiri pun baru tahu sebenarnya dan lepas ini kalau ada barang nak pos, cik en akan kumpulkan dan kalau ke Ipoh boleh singgah Petronas UTP Seri Iskandar Perak untuk pos. 


Sampul Pra Bayar untuk Pos Laju Ezibox
Kalau ada Pos Laju EziBox, semestilah ada jual sampul pra bayar kan? Petronas UTP Seri Iskandar Perak ada menjual untuk 3 jenis berat iaitu 0.5kg, 1.0kg dan 2.0kg. Tak perlu nak pergi tempat lain, disediakan semuanya di kaunter Petronas UTP Seri Iskandar Perak


Perkhidmatan Asas






Seperti Petronas dan stesyen minyak yang lain, perkhidmatan asas seperti tandas, bilik solat dan ruang tempat letak kereta yang luas memang ada. tempat letak keretanya besar dan boleh untuk korang berehat sebentar di kerusi batu yang disediakan. Rasanya kalau dah boleh dine-in boleh juga korang beli Oden dan Tealive dan makan sebelum memulakan perjalanan


Perkhidmatan Makanan






Eh! Cik en sebut ada oden? Ya! bestnya di Petronas UTP Seri Iskandar Perak ada Oden yang shoooo shedap dari Oden World! Panas panas makan memang boleh kenyangkan perut yang kelaparan bawa kereta tau!. Selain itu ada Nestle Milano Coffee Machine, waffle, corn cup dari Daily Fresh, Durian crepe, Anis Chocolate Moist Cake, pelbagai produk IKS, kuih-muih, pastry (muffin, tuna puff, chocolate roll) dan frozen food seperti Lengquas


Perkhidmatan Penghantaran






Sekarang musim PKP, memang malas kan untuk keluar tapi korang teringin nak makan oden panas panas, Jangan risau, Petronas UTP Seri Iskandar Perak ada juga join Food Panda dan Grab untuk Cafe dan Kedai Mesra selain Tealive. Korang boleh search 

Foodpanda Food Delivery - Cafe @ PETRONAS UTPFoodpanda Shops - Kedai Mesra @ PETRONAS UTPGrab Food - Himawari Cafe UTP - PETRONAS UTP


Mesin ATM





Time macamnilah tak ada cash di tangan! Jangan risau, sekarang ini satu kemestian di stesye minyak ada perkhidmatan mesin ATM. Petronas UTP Seri Iskandar Perak menyediakan CIMB ATM bagi memudahkan korang buat perkhidmatan perbankan


Minyak Masak Subsidi
Jangan terkejut, Petronas UTP Seri Iskandar Perak juga ada jual minyak masak bersubsidi paket. Susah tau nak jumpa di Pasaraya, kalau ada mesti habis. Nak masuk supermarket macam leceh pula. so singgah je, dah boleh beli minyak subsidi ini


Perkhidmatan Fotostat






Ha! mana yang kelam kabut dan lupa nak fotostat dokumen boleh juga dapatkan perkhidmatan ini di sini. Ada potostat berwarna dan tidak bersaiz A4 DAN A3


Setel
Cik en 1st time juga tau ada apps Setel ini. Sebab nampak di kaunter Petronas UTP Seri Iskandar Perak, cik en pun research sikit. Rupanya Setel ini untuk korang yang tak suka bawa cash, tak suka pergi ke kaunter dan malas nak beratur. Dan sangat berguna untuk sesiapa rancang kewangan. Hanya tambah nilai dan gunakan untuk pembelian minyak kereta. Semuanya lengkap termasuk boleh aftar kad mesra korang. Nak tebus pun hanya guna apps ini. Makin canggih ye sekarang. Boleh cuba ini. 

FoodBank



Musim pandemik ini, banyak premis dan organisasi yang ingin menyumbang dan menjadikan tempat untuk foodbank. Petronas UTP Seri Iskandar Perak juga ada disediakan di bahagian pintu masuk. Banyak juga barangan yang ada. Harap dapat membantu mereka yang memerlukan

Mungkin di bandaraya besar, banyak stesyen minyak yang dijadikan one stop center tapi bagi bandar yang baru membangun seperti Seri Iskandar dan daerah berhampiran ianya memberi banyak manfaat. Memandangkan dekat dengan Institusi Pengajian Tinggi dan kawasan pejabat pejabat. 




Stesen Minyak PETRONAS UTP, Lot 13157, Lebuhraya Ipoh-Lumut (Arah Ipoh), 32610 Seri Iskandar, Perak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurfuzie.com/2021/11/one-stop-center-di-petronas-utp-seri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fabric Perfume Original Seri Warna

Fabric Perfume Original Seri Warna

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 125 hits
Perfume Fabric Top Rated Sales HAMPIR 100 RIBU BOTOL JUALAN GERENTI BAU MCM BARU HANTAR KEDAI DOBI Ada 2 Pilihan Untuk Dipilih Putih Original Seri Warna atau Red Pure Aromatherapy Untuk Jadi Pengedar Boleh dtg direct ke kedai Jumpa saya Yan...
Senarai Lengkap Nombor Siri Wang Kertas Rm1 Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan Aishah

Senarai Lengkap Nombor Siri Wang Kertas Rm1 Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan Aishah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 647 hits
Boleh dikatakan ramai peminat hobi numismatik mencari wang kertas RM1 tandatangan Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan atau Aishah kerana dianggap RARE untuk dijadikan koleksi wajib dianggarkan lebih kurang 50 000 keping sahaja yang sempat die...
Seri Warna Hilang Penyerinya

Seri Warna Hilang Penyerinya

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 136 hits
SALAM HAI GENG SEMUA OK AKU JE LA YG X OKAY SIKIT SKANG BUKAN BAB BISNES TAPI BARU SAHAJA KEHILANGAN IBU TERCINTA AS A PENASIHAT SAYAKEHILANGAN BELIAU AMAT DIRASAKANNAMUN SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN PERGI AKHIRNYA BUAT KAWAN2 YANG RASA BLO...
Senarai Kementerian Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2021 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Senarai Kementerian Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2021 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 306 hits
Umum telah tahu bahawa Malaysia telah mempunyai Perdana Menteri yang kesembilan setelah Perdana Menteri kelapan iaitu Tan Sri Dato Haji Mahiaddin bin Md Yasin meletakkan jawapan kerana kegagalan mendapatkan sokongan ahli Parlimen bersandark...
Bekas Adun Asahan Melaka Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Bekas Adun Asahan Melaka Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 198 hits
MELAKA Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Asahan Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia di Hospital Melaka di sini sebentar tadi Allahyarham yang berusia 65 tahun dilaporkan meninggal dunia kira kira pukul 1 tengah hari tadi akibat Cov...
Wang Kertas Rm1 Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman Umpama Emas

Wang Kertas Rm1 Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman Umpama Emas

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 233 hits
Wang Kertas RM1 Tandatangan Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan Bin SulaimanApa yang spesial sangat dengan wang kertas RM1 ditandatangani Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman sehinggakan ada diantara pem...
Keria Gula Melaka Puncak Jalil Seri Kembangan

Keria Gula Melaka Puncak Jalil Seri Kembangan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 203 hits
Keria gula melaka pada ketika dahulu pernah menjadi viral di Melaka kerana kesedapan keria tersebut Takkan nak makan kuih keria gula melaka perlu ke Melaka betul tak Apa kata singgah di Keria Gula Melaka Puncak Jalil yang terletak di Seri K...
Ada 6 1 Bahan Produk Ini Mampu Menghilangkan Parut Jerawat Tambah Seri Di Muka

Ada 6 1 Bahan Produk Ini Mampu Menghilangkan Parut Jerawat Tambah Seri Di Muka

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 197 hits
Penggemar produk penjagaan kulit pasti tidak asing lagi dengan salah satu jenama dari Korea ini iaitu Produk Axis Y Dark Spot Correcting Glow Serum ini ternyata mampu untuk memudarkan parut jerawat di muka serta menambahkan seri pada wajah ...
Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar

Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles Di Dorsett Grand Subang

Lirik Lagu Mati Matian Mahalini

Zim Zim Ala Kazim



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Cops To Release Photofit Of Suspect Who Splashed Footballer With Acid

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

Japan Crowned Champions In Sultan Azlan Shah Cup For First Time

Jangan Salah Ambil Vitamin C Ini Yang Terjadi Nanti

888 888 Pg 27 July 24 Slot888 Top 73 By Laurence 888 Gaojing888 Vip

4 Jul 2024 100 Top 20 By Adam Funny18 Win