Omoda Jaecoo Malaysia Perkenalkan Omoda C9 Phev Dan Jaecoo J5


Omoda | Jaecoo Malaysia Perkenalkan Omoda C9 PHEV dan JAECOO J5
KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2025 — Sejajar dengan tahap kesedaran dan minat para pengguna yang semakin meningkat terhadap Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) dan juga rangkaian kuasa elektrik, OMODA I JAECOO Malaysia hari ini telah merasmikan pembukaan Karnival OMODA I JAECOO di Desa ParkCity. 
 
Acara empat hari tersebut direka sebagai pameran teknologi dan gaya hidup pertama oleh jenama ini di Malaysia, justeru mencerminkan komitmen OMODA I JAECOO  dalam mendidik para pengguna yang kian arif tentang kelebihan mobiliti hibrid. 
 
Naib Presiden OMODA | JAECOO Malaysia, Emily Lek menerangkan, “Karnival OMODA | JAECOO menghimpunkan barisan kenderaan kami yang serba lengkap. Tambahan lagi, ia memaparkan prestasi dan inovasi di setiap peringkat serta direka dengan matlamat khusus untuk membawakan keupayaan luar biasa dan inovasi yang mempelopori segmen. Sempena karnival ini, jenama OMODA I JAECOO mempamerkan dua model baru yang akan datang – J5, Bintang Handalan Kegunaan Harian Kami, dan juga C9 PHEV, Yang Dibina Dengan Kuasa Peneraju – kedua-dua model dijangka menambat hati pelanggan di Malaysia. 
 
“Lebih penting lagi, Karnival ini ialah cara kami merakamkan penghargaan khas kepada para pelanggan kami atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka, sambil mengalu-alukan pelanggan baharu ke dalam dunia kemewahan yang termampu. Pada masa yang sama, kami teruja mendidik orang awam tentang manfaat teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) generasi akan datang,” tambahnya. 
 
Tumpuan utama acara ini ialah Makmal Pengalaman SHS, iaitu ruang interaktif yang membolehkan pengunjung meneroka Super Hybrid System (SHS) secara terperinci. Menerusi pameran teknologi, paparan interaktif dan pembentangan berpandu, makmal ini menunjukkan kelebihan SHS menggabungkan ciri-ciri kecekapan tenaga pintar, prestasi tinggi, dan pemanduan mesra alam. 
 
Rangkaian kuasa hibrid SHS bakal menjadi tunggak barisan kenderaan masa depan OMODA | JAECOO. Menerusi peralihan pintar antara kuasa elektrik dan petrol, SHS menjamin keserasian lancar antara kecekapan dan prestasi, yang dioptimumkan mengikut keadaan memandu dunia sebenar. 
 
BINTANG HANDALAN KEGUNAAN HARIAN: MEMPERKENALKAN JAECOO J5
Sementara itu, karnival ini turut menerapkan pratonton rasmi JAECOO J5. Diangkat sebagai kenderaan crossover kompak segmen-B, J5 direka untuk memperkenalkan falsafah kemewahan yang termampu buat golongan pembeli baharu. 
 
Berukuran sepanjang 4,380 mm, selebar 1,860 mm, dan setinggi 1,650 mm, dengan dasar roda 2,620 mm, JAECOO J5 menggandingkan penampilan teguh dengan ciri-ciri praktikal harian dan keselesaan premium. Roda aloi aluminium bersaiz 18-inci SUV ini diulit tayar 235/55 R18, menjadikan J5 stabil lagi bergaya. 
 
Di bawah hudnya, J5 dipacu oleh enjin empat silinder bercas turbo 1.5-liter yang menghasilkan kuasa 108 kW (147 PS) dan tork 210 Nm. 
 
Enjin ini menggabungkan teknologi pendinginan antara bersepadu ambilan udara generasi terkini dan juga kepala silinder pancarongga ekzos bersepadu (IEM), yang digandingkan dengan Transmisi Boleh Ubah Berterusan (CVT) yang memastikan kecekapan lancar dan pemanduan responsif. JAECOO J5 mencatatkan kadar penggunaan minyak 7.5 liter/100km (WLTC).

Di ruang dalam, J5 mengalu-alukan si pemandu atau penumpang dengan suasana yang tenang tetapi menambat hati. Kabin berupa lima tempat duduk ini nampak anggun dengan kemasan kulit tiruan penuh, manakala but yang luas menyediakan ruang kargo sebanyak 480 liter. Malah ruang ini boleh diperluas kepada 1,180 liter dengan menurunkan kerusi belakang dengan lipatan terpisah 60/40.
 
Direka secara teliti untuk gaya hidup moden, ruang dalamnya juga mesra haiwan peliharaan dengan persijilan TÜV, memberikan ketenangan fikiran apabila mengembara bersama keluarga, sahabat-handai atau haiwan peliharaan kesayangan. 
 
Keterhubungan ternyata menjadi tumpuan utama, dengan skrin sentuh 2K bersaiz 13.2-inci dilengkapi WiFi dengan kawalan berpusat, himpunan instrumen LCD 8.0-inci, dan sistem audio 8-speaker. Bumbung panorama cahaya bulan yang mengunjur merentasi kabin adalah terbesar dalam kelasnya (berukuran 1.45㎡), melimpahi ruang dalam dengan cahaya semula jadi sambil mencetus suasana terbuka.
 
Kemudahan dan keselamatan pula dikukuhkan lagi dengan ciri ADAS Tahap 2.5 dan sistem kamera Pandang Keliling HD 540 darjah terkemuka OMODA | JAECOO.

KUASA PENERAJU: MEMPERKENALKAN OMODA C9 PHEV
Selain J5, acara pratonton awam pertama turut diadakan bagi OMODA C9 PHEV – model paling berkuasa daripada OMODA I JAECOO setakat ini, menawarkan rangkaian kuasa hibrid pasang masuk dengan tiga motor. 
 
SUV coupé kegunaan lasak mewah ini dipacu enjin petrol bercas turbo 1.5-liter dengan tiga motor elektrik, menghasilkan output kuasa tergabung sehingga 445 kW (605 PS) dan tork 915 Nm di bawah keadaan optimum.
 
Keupayaan ini membolehkan C9 PHEV memecut dari 0–100 km/j dalam masa hanya 4.9 saat. Dilengkapi dengan bateri Litium Besi Fostat (LFP) 34.46 kWh, SUV ini menyediakan julat EV tulen sehingga 150 km dan jumlah jarak perjalanan kira-kira 1,100km. Proses pengecasan disokong oleh pengecas pantas 70 kW DC, serta pengecas 6.6 kW dan 2.8 kW AC. 
 
Sistem hibrid baharu ini menggandingkan Transmisi Hibrid Terkhusus (DHT) 3-Kelajuan, yang dioptimumkan untuk kecekapan lancar dan tindak balas berkuasa. Kadar penggunaan minyak tergabung 1.7 liter/100km (WLTC) sememangnya sungguh cekap dan menjimatkan. 
 
Untuk meningkatkan kualiti pemanduan, SUV ini menyediakan sistem suspensi aktif Kawalan Peredaman Berterusan (CDC). Dilengkapi dengan lima sensor, sistem ini boleh melaraskan tindak balas suspensi sehingga 100 kali sesaat dan menyediakan tujuh mod pemanduan ditala khas untuk keadaan pemanduan di atas jalan raya dan jalan lasak. 
 
Ciri-ciri mewah yang disediakan termasuk Sistem Lampu Sampingan yang menyerlahkan garis bentuk luar, dan juga kerusi depan berpemanas dan berudara, menyerlahkan kuasa, kecanggihan dan keselesaan C9 PHEV.
 
SOROTAN KARNIVAL OMODA I JAECOO 
Selain daripada pratonton dua kenderaan ini, para pengunjung juga boleh meninjau rangkaian lengkap OMODA | JAECOO Malaysia di samping memandu uji kenderaan tertentu termasuk model J7 yang popular dan J8 yang terulung. 
 
Suasana Karnival dimeriahkan lagi dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman, zon permainan kanak-kanak, tempat menjamu selera terbuka, dan Pasar PingMing – sebuah bazar kebudayaan yang dikenali sebagai “pasar rakyat,” menawarkan pelbagai makanan lazat serta barangan buatan tangan dan seni pertukangan. 
 
Karnival OMODA | JAECOO diadakan dari 21 hingga 24 Ogos 2025 di Tempat Letak Kereta 3, Desa ParkCity, Kuala Lumpur. Acara ini dibuka setiap hari dari jam 10.00pagi hingga 10.00malam, dengan sesi pandu uji diadakan dari jam 10.00pagi hingga 7.00malam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web OMODA I JAECOO Malaysia di www.omodajaecoo.com.my.
The post Omoda | Jaecoo Malaysia Perkenalkan Omoda C9 PHEV dan JAECOO J5 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/22/omoda-jaecoo-malaysia-perkenalkan-omoda-c9-phev-dan-jaecoo-j5/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Teknokrat Palestin Akan Tadbir Gaza Jika Gencatan Senjata Tercapai Utusan Malaysia

15 Teknokrat Palestin Akan Tadbir Gaza Jika Gencatan Senjata Tercapai Utusan Malaysia

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 341 hits
Utusan Malaysia Astro Awani Jabatan Penyiaran Malaysia beritaharian sg The Merdeka Times
Konon Cina Malaysia Tak Da Semangat Petriotisme

Konon Cina Malaysia Tak Da Semangat Petriotisme

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 142 hits
Mukhlis EddieBendera terbalik jadi bicara Riuh sekampung heboh tak tentu Yang di atas tersenyum sahaja Asap perkauman dijadikan batu Kononlah tanah pusaka pertiwi Hanya layak segolongan bangsa Bila yang lain menabur bakti Disiram racun diha...
7 Produk Malaysia Yang Digilai Di Indonesia

7 Produk Malaysia Yang Digilai Di Indonesia

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 261 hits
7 Produk Malaysia Yang Digilai Di Indonesia AsiaCommerce syarikat borong dan logistik di Indonesia mengakui permintaan terhadap produk Malaysia di negara itu sentiasa tinggi Antara faktor barangan Malaysia digemari termasuk kualiti terjamin...
Malaysia S Entire Petroleum Resources Are Vested In Petronas

Malaysia S Entire Petroleum Resources Are Vested In Petronas

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 168 hits
It is curious that Senator Ahmad Ibrahim should say that the PDA cannot supersede the relevant laws in Sarawak especially the Oil Mining Ordinance 1958 the relevant laws in Sarawak especially the Oil Mining Ordinance 1958 disputing a statem...
Cara Menilai Harga Blog Panduan Lengkap Blogger Malaysia 2025

Cara Menilai Harga Blog Panduan Lengkap Blogger Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 518 hits
Cara Menilai Harga Blog Kadar Caj Artikel TajaanMenentukan harga blog adalah salah satu kemahiran penting bagi setiap blogger yang ingin menjana pendapatan secara konsisten Sama ada korang baru bermula atau sudah lama aktif menulis mengetah...
Akmal Saleh A Leader That Malaysia Needs

Akmal Saleh A Leader That Malaysia Needs

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 837 hits
The Umno Youth chief s proactiveness in pushing for action should be rewarded at the next general election From Clement StanleyThis country needs more people like Dr Akmal Saleh After all it seems that the Umno Youth chief is empowered to i...
Harimau Malaya Berita Sukan Malaysia

Harimau Malaya Berita Sukan Malaysia

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 130 hits
Berita Kami akan beri yang terbaik demi Malaysia Fairuz Montana Seterus MEL25 perkenal format baharu sembilan permainan jadi pentas juara kebangsaan Berita MEL25 perkenal format baharu sembilan permainan jadi pentas juara kebangsaan Seterus...
Sara System Breakdown A Simple Apology Cannot Restore Public Trust

Design Ideas Nobody In Nyc Tells You About

Klia Klia 2 Vehicle Access Management System

The Bmw Vision Ce Electric Concept Is A Two Wheeled Dune Buggy

Minum Air Jampi Penerang Hati Semburan Chad Gila Hingga Dapat Pergi Ke Luar Negara

Proton Saga Kereta Pertama Selepas Kahwin

Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin Dirujuk Ke Hospital Bahagia

Jenis Jenis Afidavit Di Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Sivil Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ghatah Siput Bakaq Kuala Sungai Baru

Branding The Heartbeat Of Business

Tips Mengatasi Lidah Pahit

Wanita Berpakaian Kostume Anime Maut Terjatuh Kondominium

Cuepacs Mohon Kerajaan Fokus Naik Taraf Kemudahan Kesihatan Daif

Maritim Tahan Dua Bot Digunakan Untuk Penggambaran Di Laut