Oktober 2023 Dalam Kenangan
20 Oktober 2023 - JumaatSelepas hampir lima tahun aku menggunakan kerusi ini di tempat kerja, akhirnya terpaksa jua aku melepaskannya.
'selamat tinggal cik kerusi'
Kena biasakan diri dengan yang baru
Tidaklah selesa mana tapi Alhamdulillah ada juga kerusi untuk digunakan
21 Oktober 2023 - SabtuMenerima Undangan Majlis Pertunangan dari kakak sepupu en. Hubby. Majlis yang diadakan di Rindu Event Space, Kajang
Bila terima borang undangan tersebut, tumpuanku hanya pada tarikh jemputan, tidak pada isi kandungannya. Rupa-rupanya aku dan en. Hubby tak perasan majlis bermula pukul 10 pagi.
Kami..
Dekat tengahari baru sampai, majlis pun dah selesai. Hanya tinggal family myMIL di dalam dewan. 'Ingat tak datang, cari juga mana kamu berdua'.
Alhamdulillah.
Majlis berjalan dengan baik
Gambar haruslah ada
'Adik-adik tak lepaskan kakaknya selagi tak bergambar bersama'
Tahniah buat Nur Aina Syahirah Suhaimi dan pasangan Muhammad Al-Rafi bin Ajisman di atas tali pertunangan.
23 Oktober 2023 - IsninHujan yang sangat lebat disertai angin kuat mengiringi perjalanan balik dari tempat kerja.
Baru pukul lima petang waktu ni
Pandangan sangat terhad
Jujurnya aku takut nak mengharunginya tapi sekiranya aku menunggu hujan reda, lambatlah aku sampai ke rumah. Hanya berserah padaNYA. Alhamdulillah.. selepas bergelut dalam kesesakan jalanraya, pukul 7:00 pm baru sampai rumah.
29 Oktober 2023 - AhadSelepas beberapa tahun tidak menjejakkan kaki di Pasar Tani Stadium Shah Alam, akhirnya aku di sini. Hanya sekadar berjalan mengerah keringat menikmati suasana pagi.
Ruang parking banyak, luar dan dalam stadium
Langkah pertama.
'Mengimbau kenangan ke cik abang..'
D'N Conlay Sup Utara.
Sup ---> Daging, Campur, Gear BoxBihun, Mee, Moi (bubur nasi), Koey Teow, Nasi + Sup
Gambar dengan izin dari pemilik gerai
Kami bersarapan di siniCili kicapnya just nice - aku suka
Ambil sikit tak cukup, nak ambil lagi malulah pula
Aku turut teringin nak makan roti nan + kari kambing tapi bila tengok punyalah ramai yang beratur, ku batalkan hasrat. Selain dari tu, aku beli juga beberapa jenis makanan, sekadar nak merasa. Antaranya Churros.. beli satu set tak cukup, ku beli dua set baru puas hati
STADIUM SHAH ALAM
Gambar sekitar..
Aku berjalan sekadar memeriahkan suasana
Dah penat.. jomlah balik
Sekadar gambar, bukan untuk digunakan
30 Oktober 2023 - IsninRutin harian berjalan seperti biasa
-Selingan-
Pameran Jelajah Dunia Yang UnggulPavilion Bukit Jalil1 Disember 2023 hingga 10 Mac 2024
Tiket boleh didapati melalui:www.senijayacorp.com ticket2u.com.my
#RemajaPurba: Batuk mula menguasai diri.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2023/10/oktober-2023-dalam-kenangan.html