Ok Ke Ok A Kadir Jasin Tegur Polis Menteri Jaga Perpaduan Dan Sekolah
"Yang anehnya sehingga hari ini tidak seorang pun perusuh keturunan India ditahan dan penyerang Muhammad Adib dikenal pasti" - Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri
“Minta maaf banyak-banyak kalau saya kata, susah sikitlah nak faham macam mana begitu ramai anggota polis dengan peralatan canggih dan diuar-uarkan sebagai terbaik di dunia tak nampak seorang pun daripada begitu ramai orang India yang berada di tempat kejadian melakukan apa-apa kesalahan.”
Demikian ulasan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin berkenaan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, kelmarin.
“Yang anehnya sehingga hari ini tidak seorang pun perusuh keturunan India ditahan dan penyerang Muhammad Adib dikenal pasti. Takkanlah bila begitu banyak kenderaan bermotor dibakar masih gelap lagi? Zaman saya kanak-kanak dan remaja pada tahun 1950-an dan 60-an polis bawa senjata api, cota dan lampu suluh (torchlight) enam bateri.“Masa itu belum ada elektrik dan kereta pun tak banyak untuk dibakar. Kalau ada yang dibakar, itu perbuatan pengganas komunis. Jadi, kalau betullah polis abad ke-21 ini tak nampak perusuh kerana gelap, saya cadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri agar mohon peruntukan luar jangkaan daripada Kementerian Kewangan untuk beli lampu picit buat anggota PDRM.“Kalau tak silap saya, polis bawa kamera dan perakam video apabila membuat liputan perhimpunan umum dan tunjuk perasaan. Jadi dengan segala kelengkapan canggih dan pengalaman yang luas mengawal tunjuk perasaan dan rusuhan maka saya hairan sangatlah apabila ada orang bagi tahu saya bahawa polis tak nampak penyerang Muhammad Adib,” katanya dalam blog beliau.Pada masa sama, Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri itu menegur tindak-tanduk dua menteri – P Waytha Moorthy yang bertanggungjawab ke atas perpaduan negara dan integrasi nasional dan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, berhubung kenyataan mereka.
“Menteri tolonglah berhati-hati dan dengar nasihat Perdana Menteri. Tindak-tanduk beliau dalam peristiwa keganasan di Kuil Sri Maha Mariamman rasanya tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional.“Perdana Menteri sudah menasihati beliau. Tapi Perdana Menteri kita ini baik hati dan kalau beliau marah pun ada orang tak sedar. Jadi Waytha Moorthy yang belum lama kenal beliau janganlah “gung-ho” dan selesa sangat dengan kedudukan beliau.“Ingatlah, anda bukan dipilih oleh rakyat jelata. Anda Senator lantikan Yang di-Pertuan Agong dan diangkat menjadi menteri oleh Dr Mahathir. Tolonglah jangan malukan Raja kita dan Perdana Menteri kita. Kalau YB tak puas hati boleh komen dalam blog ini,” katanya.
Beliau berkata, Maszlee pula baru saja ‘dikuliahkan’ oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya setujulah dengan Perdana Menteri bahawa kita sudah ada banyak sekolah agama – sekolah agama kerajaan, sekolah agama negeri, sekolah agama swasta, sekolah pondok dan tahfiz – jadi tak perlulah nak “sekolahagamakan” sekolah kebangsaan.“Kembalikanlah sekolah kebangsaan – rendah dan menengah – kepada tujuan asalnya, iaitu sebagai sekolah perpaduan untuk semua bangsa dan agama.“Takkan menteri yang cerdik macam Maszlee tak tahu bahawa banyak ibu bapa bukan Melayu tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana sekolah kebangsaan sudah jadi macam sekolah agama,” katanya.
sumber
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:
Ditaja oleh FeedBurner
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/11/ok-ke-ok-kadir-jasin-tegur-polis.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29