Thomas EdisonKata orang, usaha itu tangga kejayaan. Untuk mencapai matlamat diinginkan, ia harus bermula dari bawah dan tidak kurang juga halangan hebat yang menanti. Tidak semua selebriti ataupun orang ternama dilahirkan berjaya dengan serta merta.
2. Oprah Winfrey pula pernah dipecat jawatannya sebagai pembaca berita daripada rancangan televisyen pertamanya di Baltimore di mana beliau pernah berdepan dengan gangguan dan juga masalah seksisme. Namun kini, Winfrey antara wanita paling popular untuk rancangan televisyen dan kerjayanya bernilai kira-kira US$2.9 billion menurut Forbes.
3. Kenal pencipta kartun Mickey Mouse? Walt Disney pernah dipecat oleh editor surat khabar kerana kekurangan imaginasi dan tiada idea yang menarik. Lain-lain perniagaan beliau juga tidak berjaya sehinggalah animasi ‘Snow White’ membuka tirai buat pertama kalinya.
4. Pencipta filem ‘Jurassic Park’ iaitu Steven Spielberg pernah mengalami kegagalan dalam hidup apabila ditolak dua kali untuk memasuki sekolah seni dan wayang di Universiti California. Namun kini, beliau sudah menghasilkan pelbagai karya seni yang semestinya menjadi pilihan penonton di seluruh dunia.
5. Kolonel Harland David Sanders pula pernah dipecat beberapa kali daripada kerjayanya sebelum berjaya menubuhkan restorannya sendiri. Beliau menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat untuk mencari orang yang berupaya menjual ayam berempahnya dan apabila berjaya mendapat tawaran perniagaan di Utah, di situlah bermulanya penubuhan Kentucky Fried Chicken (KFC).
6. Pada umur yang masih kecil, Albert Einstein mengalami masalah untuk berkomunikasi dan memahami seperti insan yang lain. Hakikatnya ia bukanlah bermaksud beliau tidak pandai kerana pada sejarah hidupnya beliau pernah memenangi hadiah Nobel dalam jurusan fizik kerana memperbetulkan teori Isaac Newton.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |