Oh Malaysiaku Politik Ramadan


Oleh ISMAIL HASHIM YAHAYA


Bulan ramadan pada tahun ini adalah luar biasa kerana Umat Islam di negara ini (seluruh dunia) perlu menyesuaikan diri dengan kelaziman baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mencegah pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, aktiviti solat fardu secara berjemaah dan solat tarawih di masjid tidak akan berlaku sepanjang tempoh tersebut. Ia tidak terjangkau di kotak pemikiran kita beberapa bulan sebelum wabak Covid-19 melanda kita.

Solat tarawih hanya dilakukan di rumah masing-masing berimamkan ketua keluarga, mugkin menjadi imam seumur hidup! Perasaan yang sayu, sedih, terharu dan sebak bercampur baur, tidak terkata. Ramai akan merindui untuk solat ke masjid dan surau.

Namun bulan Ramadan tahun ini sekaligus adalah bulan politik, bulan yang penuh dengan pergolakan politik. Dalam jangka masa dua minggu ini, berita politik memenuhi setiap milimeter ruang dalam dunia siber.


Berita tentang Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau singkatan Bersatu adalah paling panas, lebih panas daripada isu PKP, dan Covid-19. Bersatu kem Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar notis ke parlimen untuk usul bahas Presidennya, juga Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang didakwa tidak cukup sokongan di Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.

Walaupun telah mengetahui bahawa usul seperti tidak akan dibahas, tetapi untuk tujuan apa notis ini dibuat pada bulan yang mulia ini. Sidang dewan Rakyat 18 Mei menjadi tarikh yang mendebarkan.

Keunikannya ini dapat dilihat kepada kedudukan tubuh Bersatu itu sendiri berada di tengah-tengah antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). Presidennya iaitu PM ke-8 Muhyiddin menerajui PN dan Pengerusinya pula berada di kem pembangkang atau PH.

Pada masa yang sama Umno sedang mengorak langkah untuk merampas tahta PN yang semakin goyah, kenyataan-kenyatan mesej yang diterima daripada media sosial mendesak supaya ahli politik Bersatu kembali ke UMNO. Mesej ini ditulis dalam huruf BESAR. Mesej dalam huruf BESAR dikirakan membawa maksud penegasan dan bagi mendapatkan PERHATIAN pembaca mesej di media sosial.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui partinya hanya sebahagian bukannya mendominasi kerajaan Perikatan Nasional (PN). Bercakap sempena ulang tahun Umno yang ke-74 malam tadi, beliau berkata, penubuhan PN adalah kerana runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kini realitinya kita menjadi sebahagian daripada kerajaan. Walaupun kita bukan sebuah parti yang mendominasi kerajaan yang sekarang kerana hakikatnya kita hanya sebahagian daripada kerajaan.

Itulah bulan yang sepatutnya mendekatkan diri kepada Tuhan adalah juga bulan menentukan masa depan Bersatu, bulan notis tidak cukup sokongan undi terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Tentulah saling kewujudan atau hidup bersama seperti ini menciptakan “ketegangan” ke atas kemuliaan bulan Ramadan yang banyak mengenai perenungan tentang diri di samping “tenaga” atau “semangat” politik yang artikulatif.

Puasa adalah bulan menahan diri, mengekang hasrat dan menyucikan jiwa sementara isu-isu politik semasa adalah ruang menyalurkan hasrat, mengejar keinginan dan memperebut kekuasaan.

Lihat kepada isu percaturan kuasa menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah, di mana Pas Kedah menyatakan keyakinan untuk mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) campur Bersatu yang kini atau Sidang DUN pertama Melaka untuk tahun ini tamat lebih awal daripada jangkaan, hanya setengah jam setelah ia bermula pada pukul 9.30 pagi in setelah perbalahan antara bekas ketua menteri Idris Harun (Sungai Udang-Umno), speaker Omar Jaafar dan beberapa adun PH misalnya.

Perwujudan bersama antara Ramadan dan politik seperti ini adakah membawa keberkatan atau musibah. Ia menjadi berkah apabila Ramadan dapat menjadi ubat ketenangan dan kesabaran kepada kegiatan politik yang merosak. Sebaliknya ia membawa musibah ketika kegiatan-kegiatan politik-fitnah, dengki, berbohong, menipu, memalsukan, konspirasi politik yang akan mencemari dan mengurangkan pahala dalam amalan berpuasa.

Di sini titik temu antara intipadi Ramadan dan politik. Puasa Ramadan adalah ruang pemulihan diri untuk menenggelamkan segala hasrat berlebihan di dalam diri untuk mencapai tahap insan al kamil. Politik pula adalah ruang membangun kebaikan umum melalui kekuasaan: kemakmuran, kesejahteraan dan keadilan.

Namun jika diteliti kepada Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dijangka akan diadakan (tetapi ditangguh) yang dilaporkan tanpa menjemput Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad dan timbalan presiden parti Mukhriz Mahathir itu didakwa merancang hendak memecat mereka.


Pengumuman itu ekoran notis penangguhan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya kepada pimpinan tinggi parti tersebut. kita berasakan tidak ia boleh dirundingi atau ditangguh sehingga selepas bulan Ramadan. Adakah ini membawa keberkatan atau musubah?

Di kala bulan yang sepatutya membantu golongan terjejas pendapatannya kerana PKP, PN pula sibuk dengan perlantikan ahli parlimen sebagai Pengerusi atau Lembaga pengarah di Syarikat kaitan kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan. Terkini Felda mengumumkan pelantikan Idris Jusoh sebagai pengerusinya yang baru berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Seolah-olah tiada kesabaran lagi menantikan tamatnya bulan yang mulia ini. Ramadan melatih diri membangun hidup yang bertakwa, menyedari diri kita sebagai manusia yang fakir dan ketidakcukupan di hadapan Allah.

Ironisnya dunia politik negara diwarnai dengan cara-cara yang keji dalam mengejar kekuasaan. Banyak kenyataan bernada keegoaan atau lupa diri akan kekerdilan kita dihadapan Allah.

Politik Ramadan tidak bererti menjauhkan diri daripada berpolitik melainkan menyucikan diri daripada segala caci-maki, kesombongan, kekerasan, kepalsuan, rasa takbur atau ujub, kebohongan dan konsipirasi politik. Pada bulan ini banyak amalan sedekah perlu dilakukan di kawasan parlimen dan dewan undangan negeri.

Sedih sekali terlalu banyak kemunafikan di bulan yang mulia, kita seolah-olah telah mengotorinya. Puasa yang sepatutnya menjadi bulan pemurnian politik telah dicemari dengan unsur-unsur di atas kerana nafsu kebinatangan telah menguasai roh. Selamat berpolitik, Selamat berpuasa.!

Kolumnis adalah seorang pensyarah di Jabatan Komunikasi, 
Fakulti Komunikasi, 
Seni Visual dan Pengkomputeran, 
Universiti Selangor (Unisel)

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/05/politik-ramadan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Isu Kiamat Pada 15 Ramadan Peneliti Lapan Ingatkan Keesaan Allah

Viral Isu Kiamat Pada 15 Ramadan Peneliti Lapan Ingatkan Keesaan Allah

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 285 hits
Beberapa hari ke belakang viral isu Dukhan akan terjadi pada 15 Ramadan 1441 H Dari informasi yang beredar di media sosial disebutkan bahwa kiamat akan terjadi pada malam Jum at atau hari Jum at pertengahan Ramadan Bentuknya berupa meteor a...
5932 Gardenia Hulur Bantuan Ramadan Sinar Harian 05 05 2020

5932 Gardenia Hulur Bantuan Ramadan Sinar Harian 05 05 2020

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 526 hits
GARDENIA Bakeries Sdn Bhd bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terus menghulurkan bantuan kepada isi rumah di bawah kategori B40 se...
Wardah Hadirkan 6 Makeup Ramadan Festive Inspiration 2020 Bisa Jadi Inspirasi Tetap Tampil Cantik Walau Di Rumah

Wardah Hadirkan 6 Makeup Ramadan Festive Inspiration 2020 Bisa Jadi Inspirasi Tetap Tampil Cantik Walau Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 375 hits
Kamu bisa bereksperimen mengekspresikan gaya makeup warna karakter dan menciptakan mood yang diinginkan bersama Wardah
Hiburan Dakwa Sudah Setahun Tak Jenguk Anak Bekas Suami Minta Lufya Perbaiki Diri Pada Bulan Ramadan

Hiburan Dakwa Sudah Setahun Tak Jenguk Anak Bekas Suami Minta Lufya Perbaiki Diri Pada Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 467 hits
Umum mengetahui suatu masa dahulu pasangan Lufya Omar dan Dr Che Muhammad Hafiz mengalami pelbagai kontroversi semasa dalam proses penceraian mereka Malahan kisah mereka menjadi sebutan ramai pada ketika itu Terbaru selebriti wanita itu men...
Berkah Ramadan Sehari 243 Orang Sembuh Dari Corona

Berkah Ramadan Sehari 243 Orang Sembuh Dari Corona

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 316 hits
Juru Bicara Pemerintah untuk penanganan COVID 19 Achmad Yurianto mengatakan ada penambahan pasien sembuh dari COVID 19 sebanyak 243 orang Dengan begitu secara total jumlah pasien sembuh secara nasional mencapai 2 197 orang Gugus Tugas Perce...
Doa Untuk Lebih Rajin Melakukan Amal Ibadah Di Bulan Ramadan

Doa Untuk Lebih Rajin Melakukan Amal Ibadah Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 463 hits
Apabila bercakap tentang amal ibadah banyak tips tips yang boleh kita jumpa sama ada melalui carian Google atau di buku buku panduan ibadah Taip sahaja tips untuk mendapatkan khusyuk dalam solat tips untuk mudah khatam Al Quran tips untuk m...
Tv Alhijrah Catat Prestasi Cemerlang Di Dwi Platform Minggu Pertama Ramadan

Tv Alhijrah Catat Prestasi Cemerlang Di Dwi Platform Minggu Pertama Ramadan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 467 hits
Sekali lagi stesen televisyen gaya hidup Islam pertama negara TV AlHijrah melakar kejayaan apabila berjaya mencatat 1 6 juta tontonan di kaca televisyen dan 3 juta tontonan di platform digital sepanjang awal Ramadan 1441H Menurut Encik Nama...
Subway Mengajak Rakyat Malaysia Untuk Kempen Discover And Pay Forward Ramadan Ini

Subway Mengajak Rakyat Malaysia Untuk Kempen Discover And Pay Forward Ramadan Ini

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 472 hits
Subway Malaysia melancarkan kempen pemberian komuniti Discover and Pay Forward untuk bulan Ramadan dan akan menyumbangkan 7 000 makanan kepada barisan hadapan para gelandangan dan orang miskin untuk setiap sandwic Subway yang dibeli bernula...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil