October 2018 Life X Like
dah masuk bulan sebelas aka november. cepatnya masa berlalu. macam baru semalam aku mula start kerja. rupanya dah nak masuk enam bulan! aku masih cuba biasakan diri dengan alam pekerjaan. banyak aku nak cerita, tapi tu la 'blogging slump' makin menjadi-jadi. nak kata 'writer block', idea banyak tapi MALAS. lol. dewasa sangat
assalamualaikum and peace upon you~rasa lama tak blogwalking. lepas nie aku blogwalking puas2. meh nak cerita peristiwa2 yang berlaku bulan oktober. (tak ada peristiwa apa pun saja propa)
aku officially balik rumah pukul 5.45, so bila sampai rumah dalam pukul 6 petang. dah gelap2 sikit (ikut cuaca), kekadang dalam menunggu di traffic light sempat pulak tengok keadaan langit. antara waktu paling cantik sebab senja kan.
dah hampir 6 bulan aku kerja. serius banyak gila benda yang aku dapat dalam tempoh 5 bulan lebih nie. belajar banyak software baru (autocad, rhino, keyshot, windows server and etc) dan cara nak jimat duit walaupun masih gagal. lol. asal bayar hutang ptptn je kan. susah betul nak plan simpan duit nie. aku siap install app untuk track duit2 gaji. mostly duit habis sebab makanan dan macam2. lol. susahnya jadi 'adult'
boleh share tak cara korang jimat duit? terutama bila berdepan makanan. hahhahahahha(aku tak boleh lah, aku jenis suka try makan dan makan)
yayy!! my favourite green tea milk. tapi mak aku kata rasa macam minum rumput. LOL
takoyaki untuk bulan oktober
kalau kat hometown aku, memang satu nie je la tempat yang ada jual takoyaki. yass satu satunya. nasib baik sedap walaupun agak mahal rm4.20 untuk tiga ketul takoyaki. tapi tak apa la asal sedap. sebab tu sebulan sekali je boleh makan. hahahhahahaha
haritu aku ada try vanilla pudding (caramel) by KFC. sedap jugak! cun dengan taste aku sebab pudding tu tak berapa manis dan karamel pun sesuai sangat dengan rasa vanilla. gabungan yang mantap sebab tak muak makan. rasa nak try lagi.
karamel yang menggiurkan.
comfort food! makanan yang simple2 jugak aku suka. kalau ada petai goreng belacan lagi pergh2 bertambah2 nasik. atau dengan ikan kembung masin. wehhh tetiba meleleh air liur bila teringat. kfc pun kalah kalau lawan makanan2 macam nie. hahahaha
untuk althea angel daripada althea! produk terbaru dorang, ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY. aku belum review lagi sebab nak pakai puas2 dulu. hahahhahaha, excited sangat dengan produk terbaru althea nie sebab sunscreen adalah antara produk yang kita harus ada dalam menjaga kulit. cewahhh. nanti aku review full. tungguuuuu
🍂 WHAT I LIKE IN OCTOBER 🎃
fall anime 2018 ada la beberapa anime yang aku layan. antaranya :
Irozuku Sekai no Ashita karakisah tentang seorang 'mage' time travel. si gadis 'mage' nie buta warna dan benci magik tapi ada sebab kenapa neneknya hantar ke zaman neneknya muda remaja. anime nie cantik, aku harap ending dia best sebab anime romance soft2 macam nie selalunya ending sedih. i can'tttt
Sword Art Online Alicizationpeminat anime mesti kenal antara anime genre game yang agak mainstream nie. bagi aku season kali nie sangat menarik sebab story plot baru dan ada karakter baru serta nampak lebih 'adventurous' gitu. antara sebab aku minat SAO adalah sebab 'action' dan scene 'fighting' yang agak epic. cara kirito dan karakter lain hayun pedang perghhh buat aku macam semangat. hahahahha where is my sword???
Seishun Buta Yarou wa Bunny Girl Senpai no Yume wo Minairomance anime jugak. memula aku tak berminat dengan anime nie sebab nama macam pelik dan gambar cover kat website pun ada bunny girl. ingatkan hent** kan tapi layan jugak sebab bila baca komen banyak kata macam anime Oregairu, so aku tengok. so far not bad la. dan aku harap jugak anime nie ada happy ending
Zombieland Sagaanime nie cute sebab banyak zombie comel yang bercita-cita nak jadi idols. zombie yang basically dah mati pun ada cita2, apatah lagi kita yang hidup nie kan. ehhh. hahahhahaha. lawak sikit la anime nie dan comel. hehehehe
Fairy Tail 2018 (last T^T)fairy tail dah kembali! yayyy! bila tengok anime nie teringat zaman kat poli dulu. tiap kali balik kelas, makan tengahari aku sebagai hikkikomori mesti layan anime nie dalam bilik. stress study layan anime dan antara anime pertama yang buat aku mengalirkan air mata. lol. tapi yang nie adalah season last sebab manga dia dah completed pun. i can't T^T
dan pelbagai anime lain yang aku malas nak mention. makin panjang pulak nanti kalau bukak cerita pasal anime nie. hohoho
fall seasonwalaupun malaysia tak ada musim luruh, tapi bila tengok vlogger/youtuber yang aku layan ada share pasal musim luruh, aku rasa musim luruh adalah sangat menarik dengan warna yang cukup cantik, oren, kuning, coklat dan so on. dan jugak halloween. suka tengok custome yang creative2.
musictak banyak layan music baru untuk bulan october. tapi ada satu lagu yang aku suka untuk bulan oktober.
Conan Gray - Crush Culture
Billie Eilish - when the party's over
🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂
yeahhh thats it
so, oktober korang pulak macam mana?ada tragedi oktober? ada belajar benda baru?tell me :)
ilal liqa'see ya when i see ya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.budakvanilla.com/2018/11/october-2018-life-x-like.html