Obses Ambil Vitamin C Sampai Rosak Buah Pinggang



Obses ambil vitamin C sampai rosak buah pinggang . Terpengaruh dengan kebaikan suplemen vitamin C yang mampu mencegah Covid-19 dan memutihkan kulit, seorang gadis kini menanggung derita selepas buah pinggangnya disahkan rosak.
Malah Saidatul Hazirah Parlan, 22, ketika ini mengharapkan hadirnya penderma buah pinggang untuk meredakan penderitaan yang ditanggungnya.
Menceritakan kisahnya itu, Saidatul Hazirah berkata, kesan sampingan daripada pengambilan produk tular iaitu vitamin C berbentuk cecair bersama aloe vera atau lidah buaya adalah salah satu punca dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang sehingga hari ini.
“Kesan sampingan selepas dua bulan pengambilan produk tersebut adalah jantung berdebar dan rasa nak pitam. Setiap kali makan atau minum saya akan muntah.
“Pada masa itu, saya sangka ia bukan punca utama kesan sampingan daripada vitamin C memandangkan saya juga ambil ubat-ubatan yang lain.
“Saya meneruskan pengambilan sehingga sampai satu tahap badan saya tidak boleh menerimanya,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Saidatul Hazirah berkata, dia kemudian dikejarkan ke wad kecemasan selepas berada dalam keadaan yang tenat.
“Keputusan darah saya tidak memuaskan. Ketika itu, keadaan saya amat lemah, kekurangan oksigen dan pucat,” katanya yang telah mengambil suplemen itu sejak tahun lalu.
Ibarat tiada lagi hari esok, Saidatul Hazirah menerima tamparan hebat selepas dimaklumkan oleh doktor bahawa buah pinggangnya telah rosak.
“Fungsi buah pinggang saya jatuh dengan bacaan kreatinin lebih 1,000. Saya juga disahkan menghidap penyakit buah pinggang oleh doktor,” katanya.
Saidatul Hazirah kini menerima rawatan dialisis tiga kali seminggu sejak lebih setahun lalu.
“Leher saya ditebuk untuk proses dialisis. Pada hari yang tidak dilakukan dialisis, badan akan berasa penat dan saya akan berada dalam keadaan yang agak letih. Sekarang ini saya hanya mengharapkan penderma,” katanya.
Selain memberi kesan sampingan terhadap kesihatan, Saidatul Hazirah juga tidak mampu untuk bekerja.
“Saya tidak bekerja kerana saya tidak boleh melakukan pekerjaan yang berat. Jadi kebanyakan syarikat tidak mahu saya bekerja kerana tidak mahu mengambil risiko.
“Buat masa ini, saya terpaksa berniaga sendiri. Namun begitu, ia agak sukar dijalankan oleh kerana faktor pandemik yang kita hadapi ketika ini,” katanya.
Saidatul Hazirah turut menasihati masyarakat supaya lebih berhati-hati memilih produk kesihatan supaya tidak menerima kesan yang buruk sama seperti dirinya.
“Jangan percaya sebarang produk yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak kira vitamin C atau produk overclaim yang selalu mengatakan bahawa produk mereka baik untuk kesihatan.
“Cara terbaik adalah perlu mendapatkan nasihat doktor yang sudah pasti lebih berpendidikan dan lebih arif dalam kesihatan sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan,” katanya.
Obses ambil vitamin C sampai rosak buah pinggang  
Baca Artikel Menarik :
Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai Ada apa pertemuan rahsia ahli parlimen UMNO bersama Presiden? Nama Mira Filzah Turut Dikecam Hanya Gara-Gara Ibu Mertua [VIDEO] Sweet Qismina minta doa cepat dihalalkan Pizza Musang King Dapur Kayu Mystreet Kitchen Resepi Ayam Goreng Madu Mamak Layari Laman Facebook MYKMU
Benarkah ‘Jajaran Baru’ boleh selamatkan negara?

The post Obses ambil vitamin C sampai rosak buah pinggang appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/06/obses-ambil-vitamin-c-sampai-rosak-buah-pinggang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilih Tak Buatkan Buah Hatinya Akun Instagram Tata Janeeta Anak Kan Nggak Butuh Itu

Pilih Tak Buatkan Buah Hatinya Akun Instagram Tata Janeeta Anak Kan Nggak Butuh Itu

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 312 hits
Jika biasanya artis langsung membuatkan akun untuk buah hatinya sesaat setelah lahir Tata ternyata punya pemikiran yang berbeda
Dr Pesan Elak Basuh Sayur Atau Buah Semata Mata Lalukan Air Saja Penting Guna 4 Bahan Ni

Dr Pesan Elak Basuh Sayur Atau Buah Semata Mata Lalukan Air Saja Penting Guna 4 Bahan Ni

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 469 hits
Bagaimana cara anda membersihkan sayur dan buah sebelum ini Adakah hanya dengan membilas di bawah air paip dan terus masak atau makan Jika ini yang anda amalkan kena ubah caranya Ini penting untuk mengelakkan anda dan seisi keluarga termaka...
Resepi Kuah Rojak Buah

Resepi Kuah Rojak Buah

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 440 hits
kuah rojak buahBahan 1 botol sos cili1 botol kicap lemak manis 350 gm gula3 keping nisan besar sedikit blacancili kering blend Cara Masukkan semua bahan bahan ke dalam periuk periuk boleh masukkan air dalam botol botol tu untuk habis kan si...
Lancar Phuket Sandbox Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand

Lancar Phuket Sandbox Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 250 hits
Lancar Phuket Sandbox Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand Thailand bakal melancarkan pelan dimana membenarkan pengunjung dari negara negara terpilih untuk ke Thailand melalui Phuket tanpa perlu menjalani ku...
Rezeki Buah Durian Untuk Anak Anak

Rezeki Buah Durian Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 446 hits
Semalam sikecil tanya bila nak pergi beli durian Saya bukannya taknak pergi beli cuma tempat yang murah tuh agak jauh dari rumah Lagi satu sebab malas pula nak merentas roadblock walaupun masih dalam lingkungan jarak yang dibenarkan Entah m...
Lima Buah Negeri Beralih Ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara Penuhi Semua Syarat

Lima Buah Negeri Beralih Ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara Penuhi Semua Syarat

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 324 hits
PETALING JAYA Lima buah negeri yang terdiri daripada Kelantan Terengganu Perak Pahang dan Perlis akan beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara selepas memenuhi semua nilai ambang yang ditetapkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul...
Khasiat Buah Tembikai

Khasiat Buah Tembikai

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 313 hits
1 Kandungan Air Yang TinggiBuah tembikai sangat kaya dengan air Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair Memakan buah ini seolah olah sedang minum jusnya Lebih lebih lagi semasa cuaca sedang panas buah tembikai adalah pilihan yang ter...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain