Nyanyian Fanzi Ruji Tewaskan 4 200 Penyanyi


FANZI (kiri) ketika menyertai cabaran TikTok.


Kuala Lumpur: Penyanyi Fanzi Ruji, 33, masih tidak menjangka berjaya menewaskan lebih 4,200 penyanyi lain dari seluruh dunia selepas dinobatkan pemenang cabaran TikTok anjuran komposer Amerika Syarikat, David Michael Frank, baru-baru ini.

Fanzi atau nama sebenarnya Mohd Rifanzie Ruji berjaya memukau bekas anggota band Future Sunsets itu dengan nyanyian hebatnya menerusi cabaran Heart Attack High Note Singing Contest.

Pemuda kelahiran Ranau, Sabah itu menyifatkan kejayaan berkenaan antara pencapaian besar dan termanis buatnya sepanjang karier nyanyian.

"Sepanjang bergelar penyanyi, niat saya cuma satu iaitu untuk menjual bakat sejauh yang boleh dan tarik lebih ramai orang menyedari kemampuan nyanyian saya. Saya rasakan ini adalah rezeki terpijak kerana kemenangan itu sekali gus memperkenal nama saya di peringkat antarabangsa.

"Sejujurnya, jumlah pengikut saya di TikTok dan Instagram pun naik mendadak sebaik berita kemenangan ini. Meskipun ia cuma peluang yang dicapai secara maya, namun sangat-sangat bermakna buat saya.

"Saya juga semakin banyak mendapat komen bukan saja peminat dari Malaysia bahkan dari luar negara juga. Mereka memberikan kata semangat, cadangan, serta komen-komen positif sekali gus membuatkan saya berkobar terus tunjukkan kualiti bakat saya," katanya.

Penyanyi lagu Hati Nan Raput yang bernaung di bawah syarikat rakaman Nova Music itu juga bersyukur peluangnya semakin terbuka untuk menempa nama lebih jauh. Ia kerana Frank sendiri terus mengajaknya bekerjasama lagi untuk sebuah projek lagu.

"Selepas kemenangan itu, kami terus berhubung untuk membincangkan projek lagu 'cover version' akan datang. Bagaimanapun, sekarang kami masih dalam proses mencari lagu yang sesuai.

"Bagi saya, walaupun kerjasama ini cuma berlaku secara maya, ia pasti menjadi pintu terbaik mengembangkan nama saya. Mana tahu, peluang besar lain di peringkat antarabangsa akan datang pula nanti," katanya.

Terdahulu, Fanzi diumumkan pemenang oleh Frank dalam cabaran yang disertai 4,277 penyanyi seluruh dunia itu. Video nyanyian duet mereka untuk lagu Heart Attack yang dipopularkan oleh Demi Lovato mendapat tontonan sebanyak 3 juta orang.

Asalnya, Fanzi menyertai cabaran terbabit secara suka-suka dan sekadar membuat video TikTok biasa untuk akaunnya. Rupanya penyertaan itu diambil kira Frank apalagi nyanyian mendapat pujian luar biasa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/nyanyian-fanzi-ruji-tewaskan-4200.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fanzi Ruji Menang Cabaran Tiktok Heartattackchallenge Tewaskan 4 000 Peserta Seluruh Dunia

Fanzi Ruji Menang Cabaran Tiktok Heartattackchallenge Tewaskan 4 000 Peserta Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 315 hits
Youtuber David Michael Frank kagum dengan persembahan vokal Fanzi Ruji di dalam cover lagu cabaran HeartAttackChallenge seterusnya mengumumkan dia sebagai pemenang antara 4 000 peserta di platform TikTok Pemenang cabaran antara 4 000 pesert...
Kenali Fanzi Ruji Penyanyi Malaysia Yang Kalahkan 4 000 Peserta Seluruh Dunia Dalam Heartattackchallenge

Kenali Fanzi Ruji Penyanyi Malaysia Yang Kalahkan 4 000 Peserta Seluruh Dunia Dalam Heartattackchallenge

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 338 hits
Nama penyanyi Fanzi Ruji menjadi sebutan ramai di media sosial sejak beberapa hari yang lalu berikutan memenangi cabaran nyanyian di dalam aplikasi TikTok yang telah dianjurkan oleh seorang YouTuber yang juga komposer terkenal Amerika Syari...
Fanzi Ruji Bakat Besar Dari Ranau

Fanzi Ruji Bakat Besar Dari Ranau

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 374 hits
BERAZAM terus pamerkan nyanyian berkualiti tinggi Malaysia sememangnya tidak pernah ketandusan penyanyi berbakat besar serta bertaraf antarabangsa Bahkan pemuda kelahiran Ranau Sabah ini antara yang sangat mengagumkan seluruh dunia baru bar...
Dikawal Polisi Ruri Repvblik Bagikan 200 Gelas Minuman Segar Kepada Petugas Ppkm

Dikawal Polisi Ruri Repvblik Bagikan 200 Gelas Minuman Segar Kepada Petugas Ppkm

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 290 hits
Vokalis band Repvblik Ruri Wantogia membagikan 200 gelas minuman segar kepada petugas PPKM dan masyarakat di sekitar tempat usahanya Untuk memudahkan aksinya itu Ruri dikawal oleh pihak kepolisian Intip yuk kegiatan Ruri saat bagi bagi minu...
5814 200 Pemandu Teksi Klia Terima Agihan Infaq Rezeki Utusantv 24 07 2021

5814 200 Pemandu Teksi Klia Terima Agihan Infaq Rezeki Utusantv 24 07 2021

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 316 hits
SERAMAI 200 pemandu teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerima Infaq Rezeki hasil sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama pelbagai agensi lain Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan program dengan kerjasama pelbagai pi...
5818 200 Pemandu Teksi Klia Terima Sumbangan Barangan Dapur Sinar Harian 24 07 2021

5818 200 Pemandu Teksi Klia Terima Sumbangan Barangan Dapur Sinar Harian 24 07 2021

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 375 hits
SHAH ALAM Seramai 200 pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerima sumbangan infaq rezeki berbentuk barangan keperluan asas dapur bagi meringankan beban golongan berkenaan yang terjejas akibat pandemik Covid 19 Agiha...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak