Nyahwarta Hutan Simpanan Anwar Gagal Nasihat Mb Parti Sendiri



Nyahwarta hutan simpanan, Anwar gagal nasihat MB parti sendiri
Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim, Otai Reformis dan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (COEN) melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan keputusan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang telah bersetuju menyahwartakan 536.7ha Hutan Simpan Kuala Langat Utara (KLNFR) untuk dibangunkan.
Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata kelulusan itu seolah-olah kerajaan negeri tidak mengambil serius bantahan lebih 50,000 rakyat termasuk masyarakat tempatan, Orang Asli dan NGO alam sekitar.
Mereka juga kesal apabila keputusan yang dibuat sidang Dewan Negeri November tahun lalu untuk mempertahankan hutan simpan itu dilanggar.
“Otai kesal kerana pada sidang Dewan Negeri November tahun lepas, dewan telah meluluskan usul untuk pertahankan hutan simpan tersebut secara sebulat suara tanpa sebarang bantahan.
“Keputusan kerajaan Selangor ini telah menafikan suara dan inspirasi rakyat Selangor yang prihatin dengan penjagaan hutan dan alam sekitar,” katanya kepada FMT.
Kumpulan itu juga, turut meluahkan rasa kecewa dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim kerana gagal menasihatkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dari parti sendiri untuk menghalang nyahwarta hutan tersebut.
“Otai dan COEN telah menulis ‘surat rayuan’ untuk mendapatkan campur tangan Anwar pada April untuk menghalang nyahwarta tersebut tapi nampaknya Anwar ‘gagal untuk menasihati’ menteri besar dari partinya untuk lebih prihatin dengan desakan pelbagai pihak untuk menghalang nyahwarta hutan tersebut.
“Otai beranggapan menteri besar sedang bermain dengan api kemarahan rakyat Selangor dan kegagalan serta kelemahan Anwar untuk ‘bertindak tegas’ terhadap MB Selangor dari partinya sendiri memperjelaskan mengapa PH gagal mendapat ‘command majority’ dalam beberapa usaha menawan semula Putrajaya,” katanya.
Razak turut mendakwa berdasarkan maklumat diterima pihaknya tanah tersebut telah diserahkan kepada sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 2 Nov 2020 dengan modal berbayar (paid-up capital) sebanyak RM1.00 sahaja.
“Otai berpandangan bahawa syarikat ini adalah syarikat ‘proxy’ (sebuah ‘syarikat tersedia’) sahaja kerana semakan seterusnya didapati bahawa syarikat induk syarikat ini adalah sebuah syarikat balak terbesar di Asia berpengkalan di Sarawak,” katanya.
Exco Alam Sekitar, Hee Loy Sian semalam berkata, kerajaan Selangor bersetuju menyahwartakan 536.7ha Hutan Simpan Kuala Langat Utara (KLNFR) untuk dibangunkan.
Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco pada 5 Mei lalu berdasarkan Seksyen 12 Akta Perhutanan Negara 1984.
Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang diwartakan pada 13 Mei 1927, terletak di mukim Tanjung 12, daerah Kuala Langat mula menjadi perhatian umum susulan notis penyiasatan awam di bawah Seksyen 11 Akta Perhutanan Negara Enakmen (Pemakaian) 1985 (Subkaedah 7(2)) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada awal tahun lalu.
Malah usaha untuk membangunkan tanah kawasan tersebut dibantah hebat NGO alam sekitar dan masyarakat Orang Asli. FMT
Nyahwarta hutan simpanan, Anwar gagal nasihat MB parti sendiri
Baca Artikel Menarik :
Pemilihan semula lebih baik berbanding undang-undang anti lompat Ayda Jebat berang netizen persoal alat sulit suami Siapa Menteri Kanan Akan Dipecat Selepas 100 hari Angkat Sumpah Pawagam Altitud Paling Tinggi Di Dunia Selangor lulus 54% hutan simpanan KLNFR dinyahwarta untuk pembangunan PKR, DAP terima dana asing NED? ROS kini benarkan penangguhan Pemilihan UMNO Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu Nabila tapis dahulu siapa jadi mak tiri Jebat Lelaki maut ‘diserang’ ayam sabung sendiri Kelas Silat Online Malaysia yang pertama Layari Laman Facebook MYKMU
Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

The post Nyahwarta hutan simpanan, Anwar gagal nasihat MB parti sendiri appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/31/nyahwarta-hutan-simpanan-anwar-gagal-nasihat-mb-parti-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Minta Amirudin Jelaskan Isu Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Pada Parti

Anwar Minta Amirudin Jelaskan Isu Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Pada Parti

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 323 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPresiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari untuk memberi penjelasan terperinci berhubung aduan bahawa kerajaan negeri telah melakukan penyahwartaan Hutan Simpan...
Batalkan Segera Jangan Kaji Saja Nyahwarta Hutan Simpanan

Batalkan Segera Jangan Kaji Saja Nyahwarta Hutan Simpanan

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 211 hits
Batalkan segera jangan kaji saja nyahwarta hutan simpanan Jangan sekadar kaji NGO alam sekitar kumpulan pro Anwar desak nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara dibatal Sebuah NGO alam sekitar dan dua badan lain termasuk sebuah kumpulan pr...
Anwar Tidak Hubungi Gabungan Parti Sarawak Untuk Sokongan

Anwar Tidak Hubungi Gabungan Parti Sarawak Untuk Sokongan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 283 hits
KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata Anwar Ibrahim tidak menghubungi Gabungan Parti Sarawak untuk mendapatkan sokongan dalam cubaannya untuk menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Tidak beliau tidak buat kata Aban...
Diamlah Anwar Kamu Sendiri Calon Pm Kitar Semula

Diamlah Anwar Kamu Sendiri Calon Pm Kitar Semula

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 163 hits
Hassan Sulaiman Warta Rakyat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini memperlekehkan Kabinet baharu sebagai Kabinet kitar semula Mungkin Anwar tidak sedar bahawa sindiran kitar semula itu sebenar kena tepat ke batang hidungnya se...
Ph Selangor Mahu Mb Putuskan Hala Tuju Nyahwarta Hutan Simpan

Ph Selangor Mahu Mb Putuskan Hala Tuju Nyahwarta Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 347 hits
Mesyuarat pengerusi pengerusi komponen Pakatan Harapan Selangor hari ini memutuskan agar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membincang dan memutuskan hala tuju penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dalam Majlis Mesyuar...
Anwar Bagaimana Nak Bukti Dalam 100 Hari Bila Gagal Selama 17 Bulan

Anwar Bagaimana Nak Bukti Dalam 100 Hari Bila Gagal Selama 17 Bulan

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 240 hits
Malaysiakini Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas pembentukan barisan kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang dilabelnya sebagai kabinet kitar semula Ini susulan pengumuman barisan kabinet pagi tadi yang hanya menyaksikan ...
Parti Politik Pembangkang Sabah Sarawak Boleh Guna Logo Sendiri Pada Pru 15

Parti Politik Pembangkang Sabah Sarawak Boleh Guna Logo Sendiri Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 468 hits
Parti politik pembangkang Sabah Sarawak boleh guna logo sendiri pada PRU 15 KUALA LUMPUR Parti parti politik pembangkang dari Sabah dan Sarawak boleh menggunakan logo masing masing dan tidak melibatkan logo rasmi gabungan Pakatan Harapan pa...
Gagal Dilantik Sebagai Pm 9 Anwar Luah Perasaan Melalui Nyanyian Video

Gagal Dilantik Sebagai Pm 9 Anwar Luah Perasaan Melalui Nyanyian Video

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 443 hits
mykmu netSebaran Anwar gagal dilantik sebagai PM 9 video nyanyian duka lara kembali tular Perlumbaan ke kerusi no 1 Putrajaya kini hampiir sampai ke garisan penamat selepas Majlis Raja Raja Melayu bermesyuarat hari ini Datuk Seri Ismail Sab...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023