Nurul Izzah Berpengalaman Angkat Isu Reformasi Pendidikan
© Provided by Harian Metro NURUL Izzah. FOTO Fail
[email protected]PARTI Keadilan Rakyat (PKR) dijangka membangkitkan isu desas-desus Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar bakal dilantik sebagai Menteri Pendidikan baharu dalam mesyuarat di ibu pejabat parti itu Rabu depan
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan antara kepemimpinan parti berhubung perkara itu apabila nama Nurul Izzah antara calon sesuai diperkatakan sebaik Dr Maszlee Malik meletak jawatan di kementerian kanan itu berkuat kuasa semalam
Menurutnya, anak sulung Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempunyai pengalaman dalam isu mengangkat agenda reformasi pendidikan
“Sebelum ini antara perkara yang beliau tekankan adalah tahap membaca dalam kalangan anak-anak terutama miskin bandar
“Itu menjadi fokus menerusi kedudukan Malaysia dalam carta Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA), ada yang diusahakan beliau (Nurul Izzah) sendiri sewaktu Ahli Parlimen di Lembah Pantai dahulu
“Saya tahu kerana turut terbabit dalam program tuisyen contohnya yang masih diteruskan hingga ke hari ini. Saya lihat beliau ada pengalaman dapat membantu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini
Fahmi berkata, pada peringkat awal selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Nurul Izzah turut membabitkan diri dalam Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)
Katanya, TVET penting dalam pendidikan memandangkan pasaran kerja sentiasa mengharapkan lebih ramai pelajar lepasan TVET berkelayakan untuk masuk ke pasaran kerja
“Apa pun, saya melihat siapa sahaja yang akhirnya dilantik untuk pegang jawatan Menteri Pendidikan ada tanggungjawab yang besar dan berat
“Ini kerana isu pendidikan adalah satu isu yang cukup dekat di hati ramai ibu bapa dan rakyat Malaysia amnya. Masa depan anak-anak tidak boleh dipermainkan atau diperlekehkan, sebaliknya perlu diutamakan
“Terpulang kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menetapkan sesiapa sahaja untuk menjadi Menteri Pendidikan,” katanya
Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, sesiapa sahaja yang memegang jawatan Menteri Pendidikan mesti memahami secara menyeluruh manifesto PH terutama berkait dengan pendidikan“Jadi mana-mana yang belum dilaksana atau yang sedang dilaksana oleh mantan Menteri Pendidikan perlu diterus dan dipercepatkan
“Kedua, isu yang dihadapi guru dan pelajar terutama dari segi prasarana itu perlu diutamakan,” katanya
Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan ulasan Nurul Izzah belum berhasil kerana gagal dihubungi. - nst
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/01/nurul-izzah-berpengalaman-angkat-isu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus