Nur Jazlan Setuju Dengan Ku Li Ahli Umno Mesti Keluar Dari Kerajaan



(Malaysia Gazette) – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan berhenti ‘berdagang’ bagi mendapatkan sokongan ahli Parlimen sebelum pembentangan bajet Oktober ini.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sejak kebelakangan ini Perdana Menteri didakwanya sibuk  ‘membuat dagangan’ supaya parti dipimpin beliau dan Perikatan Nasional (PN) dapat terus mengekalkan kuasa sehingga tempoh mandat tamat dua tahun lagi.
Kata beliau, Muhyiddin perlu menerima kenyataan parti Bersatu dan PN berada dalam keadaan yang amat rapuh sekarang.
“Beliau sibuk nak berdagang dan mengemukakan bermacam cadangan supaya ahli Parlimen termasuk dari blok pembangkang memberi sokongan kepada kerajaan yang dipimpinnya ketika pembentangan bajet.
“Saya nak tanya, sampai bila beliau nak berdagang dan berapa lama modal dagangannya dapat bertahan dalam sebuah kerajaan yang tidak stabil hari ini?” soalnya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Menurut Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, Muhyiddin bukan tidak ada pilihan yang lebih baik untuk menyelesaikan semua isu berkenaan tetapi sengaja mahu menempuh jalan berliku serta sukar.
Katanya, penyelesaian terbaik untuk semua kemelut politik hari ini adalah mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) secepat mungkin dan selepas itu baru boleh menubuhkan kerajaan yang lebih kukuh.
“Muhyiddin patut membuka mindanya dan meneliti cadangan dari Presiden UMNO serta Pas yang meminta PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.
“Dengan kekuatan Muafakat Nasional (MN) dan PN ketika ini, saya percaya kita boleh menang dengan majoriti lebih kukuh.
“Bila kerajaan baharu yang lebih stabil dapat didirikan selepas pilihan raya nanti, banyak kemelut politik mampu diselesaikan. Saya percaya Muhyiddin faham perkara ini,” katanya lagi.
Sementara itu, Nur Jazlan juga bersetuju dengan cadangan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah supaya semua Ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan PN meletakkan jawatan selepas Bersatu membuka kemasukan kepada ahli bukan Melayu ke dalam parti itu.
Beliau berkata, Bersatu sudah melanggar prinsip asas penubuhan MN iaitu muafakat parti Melayu-Islam, jadi menteri atau timbalan menteri dari UMNO perlu letak jawatan dan keluar dari kerajaan perikatan.
“Cadangan penubuhan sayap bukan Melayu dalam Bersatu bertentangan sama sekali dengan konsep dan keharmonian MN, jadi buat apa Ahli Parlimen UMNO nak duduk lagi dalam kerajaan PN?
“Pemimpin dari UMNO ini kena ingat kedudukan dan masa depan mereka ditentukan oleh ahli akar umbi, yang sebenarnya marah dengan ‘permainan politik’ Bersatu.” kata beliau.
Jelas Nur Jazlan lagi, jika sekarang ini Bersatu boleh mengubah haluan dan membuat beberapa langkah berlainan selepas seminggu bersetuju menyertai MN – apakah jaminan yang mereka tidak akan buat u-turn lagi selepas ini?
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/08/29/nur-jazlan-setuju-dengan-ku-li-ahli-umno-mesti-keluar-dari-kerajaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Setuju Lantikan Kp Sprm Dibuat Melalui Undian Ahli Parlimen Kata Azam

Kerajaan Setuju Lantikan Kp Sprm Dibuat Melalui Undian Ahli Parlimen Kata Azam

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan telah bersetuju supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas ini di buat melalui undian Ahli Parlimen kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki Beliau berkata ia telah diper...
Mahu Ke Umno Serap Ahli Bersatu Jika Bersatu Bubar

Mahu Ke Umno Serap Ahli Bersatu Jika Bersatu Bubar

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 335 hits
Sama toxid Apa untungnya UMNO untuk terima Menteri Bohong Menteri Pakar Kelentong dan Menteri Pakar Tajuk semuanya dari BERSATU Dan bila Najib nak buat sumpah laknat projek runding terus di eranya Masih Tak Tau
Ahli Umno Risau Pas Mula Khianat

Ahli Umno Risau Pas Mula Khianat

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 340 hits
Persetujuan Parti Islam Semalaysia bersetuju menjadi sebahagian penaja penubuhan Perikatan Nasional bersama BERSATU mula menampakkan bibit bibit perpecahan gabungan Muafakat Nasional Penyokong penyokong Umno sudah mula merasakan satu pengkh...
Ppbm Tak Layak Jadi Pakatan Melayu Islam Ahli Umno Perlu Undur Dari Kabinet Kata Ku Li

Ppbm Tak Layak Jadi Pakatan Melayu Islam Ahli Umno Perlu Undur Dari Kabinet Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 316 hits
August 28 2020 5 27 PMAhli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno tidak pernah menjadi anggota kerajaan Perikatan Nasional sebaliknya hanya memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan demi menjaga dan memelihara kestabil...
Umno Tak Perlu Campur Isu Ahli Bukan Melayu Ppbm Annuar Beritahu Ku Li

Umno Tak Perlu Campur Isu Ahli Bukan Melayu Ppbm Annuar Beritahu Ku Li

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 417 hits
PETALING JAYA Gesaan pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah supaya menteri Kabinet mewakili parti itu berundur dari kerajaan susulan langkah PPBM membuka keahliannya kepada bukan Melayu hanya pandangan peribadi beliau kata ...
70 Peratus Ahli Bersatu Sudah Keluar Parti Mukhriz

70 Peratus Ahli Bersatu Sudah Keluar Parti Mukhriz

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 357 hits
Datuk Seri Mukhriz Mahathir menganggarkan kira kira 70 peratus ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia kini beralih arah untuk tidak lagi menyertai parti itu Katanya beliau melihat perkara itu berdasarkan Mesyuarat Agung Tahunan parti Bersatu p...
Sempat Ke Umno Membuktikan Kpd Mahathir Mereka Akan Jadi Kerajaan Semula Dan Presiden Umno Kembali Sebagai Pm

Sempat Ke Umno Membuktikan Kpd Mahathir Mereka Akan Jadi Kerajaan Semula Dan Presiden Umno Kembali Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 475 hits
Merujuk kepada Anwar selagi Mahathir masih hidup hasratnya sebagai PM semakin pudar Bukan kerana Mahathir yang halang tetapi rakyat yang menolaknya Benarkah Mahathir berusaha untuk menekan kerajaan sekarang untuk segera mengadakan PRU15 Apa...
Gesaan Ku Li Supaya Ahli Umno Tarik Diri Daripada Kabinet Tiada Sambutan Kata Pakar

Gesaan Ku Li Supaya Ahli Umno Tarik Diri Daripada Kabinet Tiada Sambutan Kata Pakar

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 414 hits
PETALING JAYA Dua penganalisis politik berkata mereka tidak menjangka menteri Umno dalam pentadbiran Perikatan nasional akan menerima gesaan pemimpin veteran parti itu Tengku Razaleigh Hamzah supaya menarik diri daripada Kabinet dan kerajaa...
Kerajaan Negeri Johor Akan Lantik Wakil Pas Sebagai Ahli Majlis Di 16 Pbt Negeri Itu

Kerajaan Negeri Johor Akan Lantik Wakil Pas Sebagai Ahli Majlis Di 16 Pbt Negeri Itu

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 392 hits
JOHOR BAHRU Kerajaan negeri Johor akan melantik wakil dari PAS sebagai Ahli Majlis di semua 16 pihak berkuasa tempatan di negeri ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan ahli Pakatan Harapan sejak Mac lepas susulan pertukaran kerajaan ...
Maximizing Power Bi Performance Proven Techniques For Faster Smarter Dashboards

Insurance For Young Drivers Navigating The Road To Affordable Coverage

Navigating Insurance In Miramar Beach Fl Protecting Your Coastal Lifestyle

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025

Drama Nikmat Hanya Sesaat

The Secret Language Of Whistles How Shepherds Communicate Across Mountains

Impact Of New Domain Extensions

Heartwarming Video Goes Viral Celebrating The Contribution Of Foreign Workers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Salam Aidilfitri 2025

Pisp Program Ijazah Sarjana Perguruan Di Ipg

Sps Madani 2025 Cara Memohon Syarat Kelayakan

Polis Sita Aset Hampir Rm1 Juta Disyaki Hasil Pengedaran Dadah

Beli Carpet Di Objet

Banyak Kena Paham