Nur Jazlan Cabar Negeri Lain Ditadbir Pas Bubar Dun
agendaily.com5/2/2022
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mencabar PAS membubarkan DUN di negeri mereka tadbir.
Negeri yang ditadbir PAS dicabar Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai itu menyifatkan PAS tidak akan berani membuat langkah sedemikian seperti yang dilakukan UMNO dalam dua PRN di Melaka dan Johor.
“Sebab itu bila Hadi (Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Muhyiddin (Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin) kata sokongan mereka (Perikatan Nasional) bersyarat (kepada kerajaan) baru-baru ini… inilah agaknya (tunggu peruntukan).
“Saya tak fikir mereka akan tarik diri dari kerajaan sebab nak kejar peruntukan ini. DAP dan Amanah pun takkan nak tarik diri. Kalau berani bubarlah juga DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah cakap tak boleh lagi bersama kerajaan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.
Nur Jazlan mendakwa blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) terutamanya tidak akan mengambil langkah sedemikian kerana sudah menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dengan kerajaan pada September tahun lalu.
Menurutnya, tarikh CSA itu `dipanjangkan’ kerana ada kaitan dengan peruntukan kawasan Parlimen lebih kurang RM3.8 juta setahun yang dipersetujui dalam CSA tersebut.
“Adakah Ahli Parlimen pembangkang sedang menunggu wang peruntukan ini turun, yang perlukan masa untuk setahun dibelanjakan.
“Difahamkan wang ini belum dapat lagi sebab Parlimen yang luluskan tapi proses pengeluaran peruntukan perlu berbulan-bulan,” katanya lagi.
Antara syarat lain dalam CSA berkenaan adalah dipersetujui Parlimen tidak dibubar sebelum 31 Julai tahun ini.
Kata Nur Jazlan lagi, CSA berkenaan sebenarnya telah membelenggu pembangkang kerana sekali gus mengakibatkan Dewan Rakyat ketandusan pembangkang yang kuat.
“Kesimpulannya, mereka (pembangkang) sanggup buat CSA, yang bermaksud tidak ada pembangkang yang kuat. Adakah nakkan duit sampai sanggup ketepikan rakyat dan penyokong sendiri?
“Sedangkan rakyat nak pembangkang yang kuat, bukannya pembangkang yang boleh `dibeli’.
“Sibuk cakap berulang-ulang rasuah sini sana, tapi isu CSA macam mana?,” dakwanya lagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/nur-jazlan-cabar-negeri-lain-ditadbir.html