Mustahil Tawan Selangor Tanpa Kerjasama Umno Kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri


freemalaysia.today.com
Nora Mahpar
-January 24, 2022 1:10 PM
Mohd Shafie Ngah berkata kenyataan Presiden PAS sebelum ini bahawa parti itu tidak boleh bersama Umno dalam MN sekiranya ia tetap berkeras menolak Bersatu, harus diimbangi dengan penerimaan PAS negeri masing-masing. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: PAS Selangor akan meneruskan kerjasama dengan Umno untuk menawan negeri itu pada PRU akan datang, sekali pun persoalan mengenai penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional masih berterusan, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Shafie Ngah membayangkan.

Bekas ADUN Bangi itu berkata, kenyataan Presiden Hadi Awang sebelum ini bahawa PAS tidak boleh bersama Umno dalam MN sekiranya parti itu tetap berkeras menolak Bersatu, harus diimbangi dengan penerimaan PAS negeri masing-masing.

“Ikut keadaan negeri masing-masing. Paling penting muafakat ummah mesti didahulukan. Sekiranya parti atau NGO lain sehaluan dengan kita, boleh turut serta,” katanya.

“Di atas kertas, soal PRU, kalau kita tak bersama (Umno) kita takkan dapat Selangor. Kita kena bekerja untuk jayakan muafakat ummah,” kata beliau kepada FMT.

Pada masa sama, Shafie menerima pendirian PAS Pusat bahawa Bersatu juga berperanan dalam merealisasikan perpaduan ummah.

Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat yang kemudiannya dijenamakan sebagai Pakatan Harapan sejak 2008 dan dilihat sebagai kubu kuat PKR, DAP dan Amanah.

Hadi sebelum ini menuduh Umno melanggar piagam MN kerana menolak penyertaan Bersatu dalam gagasan itu yang ditubuhkan pada 2019.

Pada pilihan raya negeri Melaka, Nov lalu, PAS memilih untuk bersekutu dengan Bersatu, namun parti Islam itu tewas di semua lapan kerusi yang ditandinginya manakala Umno menang selesa untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Shafie berkata tindakan Umno beberapa negeri termasuk Kelantan menolak kerjasama dengan PAS lebih berupa strategi menghadapi pilihan raya.

“Negeri-negeri lain itu ada pandangan mereka sendiri, saya percaya itu berbentuk taktikal pilihan raya. Taktik ni akan disesuaikan mengikut negeri masing-masing.

“Tujuan dia ialah nak menang PRU dan memenangi hati pengundi. Jadi apa yang dibuat di negeri lain itu sesuai dengan demografi dan ‘pattern’ pengundi di negeri tersebut,” katanya.

Di Selangor, Shafie berkata PAS dan Umno negeri komited untuk terus bergabung di bawah payung MN demi memastikan agenda muafakat ummah tercapai.

“Setakat ini tiada ‘move’ yang lain melainkan yang satu ini (MN) saja. Setakat ni kita (PAS Selangor) sudah adakan beberapa pertemuan (dengan pemimpin Umno negeri) dan komitmen (kerjasama) itu sentiasa diperbaharui setiap masa,” katanya.

Semalam, Ketua Umno Selangor Noh Omar berkata pihaknya mahu meneruskan kerjasama dengan PAS negeri, meskipun Umno Kelantan mengambil pendirian sebaliknya.

Noh akur kerjasama Umno-PAS penting untuk menawan Selangor daripada PH.

Beliau berkata demikian setelah Umno Kelantan mengumumkan parti itu tidak akan meneruskan kerjasama dengan PAS negeri yang masih menjalin kerjasama dengan Bersatu.

Ketua Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob, berkata parti itu, menerusi Barisan Nasional, akan menentang PAS di semua kerusi DUN dan parlimen di negeri itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/01/mustahil-tawan-selangor-tanpa-kerjasama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Pas Selangor Mustahil Tawan Selangor Tanpa Kerjasama Umno

Pemimpin Pas Selangor Mustahil Tawan Selangor Tanpa Kerjasama Umno

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 193 hits
Nora MahparPETALING JAYA PAS Selangor akan meneruskan kerjasama dengan Umno untuk menawan negeri itu pada PRU akan datang sekali pun persoalan mengenai penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional masih berterusan kata Timbalan Pesuruhjaya PA...
Umno Negeri Perlu Diberi Autonomi Tentu Kerjasama Termasuk Dengan Pas Kata Ismail

Umno Negeri Perlu Diberi Autonomi Tentu Kerjasama Termasuk Dengan Pas Kata Ismail

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 202 hits
Mengulas tindakan Umno Kelantan memutuskan kerjasama dengan PAS Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu tiada kena mengena dengannya PETALING JAYA Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata kepimpinan parti itu di setiap negeri perlu ...
Tak Seperti Kelantan Umno Tetap Kerjasama Dengan Pas Di Selangor Kata Noh

Tak Seperti Kelantan Umno Tetap Kerjasama Dengan Pas Di Selangor Kata Noh

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 188 hits
Pendirian Umno Selangor berlawanan dengan Kelantan apabila mahu meneruskan kerjasama dengan PAS seperti diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno lalu Ketua Umno Selangor Noh Omar berkata Umno dalam Barisan Nasional dan PAS adalah pembangkang ...
Prn Johor Pas Akan Bincang Kerjasama Dengan Umno Kata Tuan Ibrahim

Prn Johor Pas Akan Bincang Kerjasama Dengan Umno Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 215 hits
PRN Johor PAS akan bincang kerjasama dengan Umno kata Tuan Ibrahim PAS membayangkan akan mengadakan kerjasama dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya negeri Johor jika ia diadakan dalam masa terdekat Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan...
Tamparan Knockout Bagi Pas Bersatu Pada Prn Johor Kata Pemimpin Umno

Tamparan Knockout Bagi Pas Bersatu Pada Prn Johor Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 245 hits
freemalaysiatoday com January 23 2022 PAS memegang satu kerusi manakala Bersatu 11 kerusi daripada 56 kerusi di DUN Johor yang kini telah dibubarkan JOHOR BAHRU Bersatu dan PAS akan menghadapi tamparan knockout di pilihan raya negeri Johor ...
Umno Kata Pas Dan Pas Kata Umno

Umno Kata Pas Dan Pas Kata Umno

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 235 hits
UMNO KATA PAS PELACUUUR KEMUDIAN PAS KATA UMNO ITEK PATAH KAKI PUAD TANYA PAS SIAPA PATAH KAKI MANA SATU TUDUHAN YANG MENYAKITKAN SATU PARTI MELAYU DAN SATU LAGI PARTI ISLAMDISYORKAN DUA DUA PARTI INI BERDEBAT BARU ANAK JANTAN INI DUA PARTI...
We Ll Talk With Umno If Polls Called In Johor Says Pas

We Ll Talk With Umno If Polls Called In Johor Says Pas

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 834 hits
PAS says it is ready for polls in Johor but discussions on cooperation with Umno will continue SHAH ALAM PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man has hinted that the Islamist party could work with Umno should state elections be called in ...
Umno Dan Pas Selangor Teruskan Mn

Umno Dan Pas Selangor Teruskan Mn

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 260 hits
ismaweb net Tak boleh ikut jejak Kelantan kerana kedua dua parti pembangkangBANGI 20 Jamadilakhir 1443H Ahad UMNO Selangor akan meneruskan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional Perkara tersebut ditegaskan Pengerusi Badan Perhubung...
Pas Umno Bincang Kerjasama Hadapi Prn Johor

Pas Umno Bincang Kerjasama Hadapi Prn Johor

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 363 hits
SHAH ALAM PAS akan berbincang dengan UMNO bentuk kerjasama bagi menghadapi pilihan raya negeri Johor jika ia diadakan dalam masa terdekat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata selain UMNO parti itu akan berbincang r...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Pakej Percutian Turki

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hujan Lebat Petang Sambil Layan Anak Kucing

Menu Simple Di Awal Minggu

Gaduh Je Dulu Nani Roslan Kongsi Perlu Ada Selisih Faham Untuk Perkahwinan Kekal Harmoni

Buat Semua Ibu Yang Pernah Rasa Nak Mengalah Jangan Rasa Alone Terus Kuat

Lirik Lagu Dimana Hatimu Papinka

Laman Sendayan 2 Peluang Keemasan Untuk Anda Yang Mencari Kediaman Impian