Nu Skin Unggul Meneraju Dunia Kecantikan Dan Kesihatan Dengan Produk Inovatif
Jenama penjagaan wajah Nu Skin telah diiktiraf oleh Euromonitor International Ltd.
Nu Skin, jenama kecantikan yang sinonim dengan barisan produk penjagaan wajah berinovatif tinggi. Ia telah mendapat pengiktirafan sebagai Jenama Nombor Satu Sistem Peranti Kecantikan di dunia pada 2017 & 2018 dan Jenama Nombor Satu Pengurusan Berat Badan dan Kesihatan di Malaysia pada 2017, 2018 & 2019 oleh Euromonitor Internation Ltd.
Nu Skin menawarkan pengalaman menjaga kulit wajah yang mengujakan iaitu, berkonsepkan Spa Di Rumah. Yang mana, anda melakukan rutin penjagaan wajah di rumah, tetapi akan mendapat hasil yang optimum, seperti berkunjung ke pusat kecantikan dan mendapat sentuhan profesional.
Selain daripada menawarkan gajet, ia turut hadir dengan produk penjagaan wajah yang boleh digunakan bersama gajet tersebut. Seleksi produknya mendapat sentuhan unggul iaitu, gabungan dua elemen: fomulasi yang telah diuji secara saintifik dan diperhebatkan dengan teknologi terkini yang dicipta khusus untuk memenuhi keperluan dan keadaan jenis kulit seseorang seperti rawatan untuk menghidrat, menganjal dan anti penuaan.
Antara seleksi gajet kecantikan Nu Skin ialah Galvanic Spa® , Body Spa, Facial Spa, ageLOC Me® , LumiSpa® dan LumiSpa Accent yang hadir dengan pelbagai produk rawatan. ageLOC® LumiSpa ialah gajet yang paling baru dan terkini yang mana telah merekodkan jualan sebanyak dua juta unit terjual di dalam jangka masa 18 bulan.
SOLUSI BENTUK BADAN IDAMAN
Tidak hanya fokus pada kulit wajah, Nu Skin juga menawarkan solusi hebat bagi memiliki badan idaman dan gaya hidup yang sihat. Terbaru, Nu Skin memperkenalkan ageLOC® TR90, iaitu sistem pemakanan yang sihat untuk pengurusan dan pembentukan bentuk badan, kombinasi inovatif antara formulasi alami dan sains, untuk tubuh yang lebih sihat dan penampilan menawan.
Berpandukan pelan pemakanan yang lengkap dan ringkas, dan amalan gaya hidup yang sihat, anda mampu meningkatkan kadar metabolisma dan menganjalkan otot serta memiliki bentuk badan yang diidamkan di dalam masa 90 hari.
ageLOC® TR90 hadir dengan tiga produk utama iaitu ageLOC® TR90 CPLEX, ageLOC® TR90 CTP dan ageLOC® TR90 TrimShake. Setiap satu ini mempunyai manfaat tersendiri dan saling melengkapi untuk kesihatan dan kecantikan bentuk badan anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari lamn web Nu Skin, www.nuskin.com.my.
The post Nu Skin Unggul Meneraju Dunia Kecantikan Dan Kesihatan Dengan Produk Inovatif appeared first on Her Inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://herinspirasi.com/jelita/nu-skin-unggul-meneraju-dunia-kecantikan-dan-kesihatan-dengan-produk-inovatif/