I'm back!Awal November saya diserang sakit gigi,ianya berpunca dari masalah gigi yang pernah saya cerita di post ini. Bila sakit gigi menyerang sesuatu tak boleh kita tangguh. Seminggu sahaja saya mampu bertahan, lepas tu mengelupur tak tahan sakit. Menurut doctor yang merawat saya sebelum ini, saya perlu rujuk ke Hospital Besar Tuanku Jaafar untuk rawatan susulan iaitu wisdom tooth extraction untuk gigi bermasalah tersebut.
First appointment
Second appointment
Swab testPerasaan saya ketika itu sangat berdebar! Sakit atau tak swab test bukan lagi persoalan. Dalam fikiran tak putus berdoa semoga saya bebas dari Covid-19
Corona virus quarantineMemandangkan swab test saya pada hari Sabtu, jadi keputusan saya terima pada hari Isnin, 30 November 2020. Saya dimaklumkan oleh pihak klinik bahawa keputusan swab saya negative. Walaupun begitu, saya diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia supaya menjalani quarantine hingga 7 Disember 2020.
Swab test resultWalau macam mana sekali kita extra careful, jika sesuatu perkara tersebut ditakdirkan berlaku ianya tetap akan berlaku dengan izin-Nya. Sebagai ikhtiar, jangan ambil ringan SOP dan jauhi kawasan crowded. Once detected, menyesal tak berguna
Reminder from MKN Selepas 7 Disember 2020, saya akan ke klinik kesihatan berhampiran untuk swab test sekali lagi dan mungkin sample ambil darah akan diambil sebelum tanggal gelang pink.
Next step to be takenFrankly speaking, sepanjang tempoh quarantine ini perasaan bercampur-baur dan mudah beremosi. Risau sepanjang masa.. Apa pun doakan semoga urusan saya dipermudahkan dan kita dijauhkan dari segala malapetaka yang tidak diingini
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |