November 15 2023 Solat Taubat
SOLAT TAUBAT
Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu Insha-Allah tanda taubat ALLaH dah terima
Solat ni elok buat malam-malam
Sebelum tidur atau sebelum Subuh
Waktu sunyi malam
Bersihkan diri. Amek wudhu
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki)
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.
Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang..
Pastu baru niat.
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]
Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa
Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1xBila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s
"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.
Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit.
AstaghfiruLLaHhal'adziim /AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih
Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah..
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita.
Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.
Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH
Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa
Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;
Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni
Imam al-Ghazali ada cakap.
Tanda hati kita sudah mula hitam,[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah
[2] hilang kemanisan beribadah[3] hati tak makan nasihat
Peringatan diri sendiri dan semua
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2023/11/november-15-2023-solat-taubat.html