Novel Perempuan Tanpa Dosa Fatinilam Sari Ahmad Novel Bukan Dark Metali Pynat Mouri Novel Aurora Azura Rasiddin
Novel Perempuan Tanpa Dosa - Fatinilam Sari Ahmad, Novel Bukan Dark Metali - Pynat Mouri & Novel Aurora - Azura Rasiddin
Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa - Fatinilam Sari Ahmad
LILY, gadis yang bebas dan agak liar kehidupannya. Bertukar ganti teman lelaki perkara biasa. Walaupun bebas tetapi dia pandai menjaga diri, sehingga dia diperangkap Eddie yang hanya ingin menjadikan Lily mangsa permainan cinta palsunya. Lily nekad untuk membunuh diri. Datuk Majid kelam-kabut mencari seseorang untuk dinikahkan dengan Lily bagi menutup malu. Dia meminta Rizal, pekerjanya yang baik dan setia itu agar menikahi Lily yang hamil anak tidak berayah.
“Sekarang, cakaplah... Berapa yang kau mahu? Sejuta? Dua juta? Tiga juta? Aku mampu bayar. Aku mampu!” – DATUK MAJID
Selepas menikahi Lily, Rizal membawanya pulang ke kampung. Dia sengaja menyeksa Lily dengan tinggal di rumah pusaka emaknya yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. Tanpa pengetahuan Lily, Rizal mempunyai kekasih lama di kampungnya itu. Kekasih yang juga adik angkatnya. Mereka pernah tinggal sebumbung semasa ibu Rizal masih hidup. Mengapa Rizal balik membawa seorang isteri bersamanya? Oh Tuhan!
Tabahkanlah hati ini. Mengapa aku diuji begini? Sia-sia penantianku selama lapan tahun ini. – USU SAKINAH.
Lily berbaik-baik dengan Usu Sakinah dan mula belajar mencintai Islam daripada wanita muda itu. Mereka
bersahabat baik sehinggalah rahsia perhubungan Rizal dan Usu Sakinah pada masa lalu terbongkar. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Lily jatuh cinta pada suaminya sendiri atau kembali kepada Eddie? Eddie pula muncul dengan membuat pelbagai onar di kampung untuk merebut semula Lily daripada Rizal.
“Aku dah gagal mendidiknya. Aku gagal menjadi suami yang baik. Sepatutnya aku bimbing dia supaya dia tahu dan mengerti. Seharus aku kurung dia dalam sangkar cintaku!” – RIZAL.
SINOPSIS NOVEL BUKAN DARK METALI-PYNAT MOURI
Difitnah berkhalwat ketika tahun menduduki SPM, memberi kesan besar kepada Erhan. Tidak dia sangka, gadis yang digelar pelakon opera Cina itu begitu kuat pembohong! Huh! Akhirnya dia juga yang nampak jahat bak dalam cerita filem Tamil. Erhan takkan berdiam diri. Hilani patut dapat pengajaran!
“Kenapa buat aku macam ni? Kenal hang pun tak pernah. Bila masa aku selalu belanja hang air kotak dan roti? Weh, aku kalau nak cari awek, aku cari yang besar sikit mata, setakat stok macam hang, buat lapik kaki aku saja.” - Erhan
“Whateverlah dark metalik!” – Hilani
Masa pun berlalu. Dendam membuatkan Erhan tak pernah melupakan pemilik nama Farah Hilani. Disiasat latar belakang Hilani hinggalah akhirnya dia berjaya membuat perancangan paling licik. Dia dan Hilani bertemu kembali dalam keadaan dia bos dan Hilani ialah kuli a.k.a sekretarinya. Bagi Hilani, Erhan yang dulu jauh beza dengan yang sekarang. Kulit pun ala-ala dark metalik! Tetapi lelaki yang berdiri di depan dia sekarang tampak lebih smart dan hitam manis yang menawan kalbu. Sudahlah ada ‘telaga’ atau dimple kata mat salih dekat pipi kiri dan kanan. Kenapalah dulu Erhan tak senyum macam tu?
“Saya minta maaf. Saya menyesal sangat-sangat.” - Hilani Hilani merayu, melirih sayu. Setiap kata-kata Erhan berkenaan kisah lalu menusuk jiwa. Ya, dia memang buat silap, tapi masa itu, dia masih terlalu muda. Dia hanya fikir untuk selamatkan diri. Namun dendam Erhan bagai tak luak dengan permintaan maaf tulus ikhlas itu. Baginya, statusnya sebagai bos membuatkan Hilani cuak dan takut kehilangan kerja. Jika tidak, mana mahunya Hilani nak minta maaf.
“Never. Awak dan boyfriend awak tu boleh mereput sekali,” - Erhan
SINOPSIS NOVEL AURORA-AZURA RASIDDIN
Aurora. Gadis berusia dua puluh tahun yang mempunyai impian dan fantasi untuk menemui cinta sejati seperti papa dan mamanya. Namanya diberi sempena lambang cinta papa dan mamanya yang bertemu di bawah langit aurora. Eidlan. Anak jiran sebelah rumah. Kembar kepada kawan baik Aurora. Kali pertama bertemu sewaktu mereka berusia dua belas tahun, hati Aurora sudah terpaut. Namun segalanya berubah apabila dia kenal siapa Eid yang sebenarnya. I hate him. Itu fakta. I despise him. Ini juga fakta. – Aurora
“Tapi aku tak pernah anggap kau musuh aku. Aku tak pernah benci kau.” - Eid
Saat Eid hulur kemaafan dan ingin berdamai, Aurora ikut aje. Follow the flow. Tanpa dia sedar, dia semakin rapat dengan Eid. Terlalu banyak memori ‘first time’ yang mereka cipta bersama. Namun, mereka kembali menjauh bila Aurora mula mengenali Ariff. Crush dia di library.
“Aurora tak datang pun, bro. Dah dua jam kau tunggu. Dia tak akan datang punya. Terima ajelah kau dah kalah. Kau tak berjaya nak tackle dia. Hmmm… Aku ingat kau akan berjaya buat dia jatuh hati kat kau. Tapi rupanya tak.” - Fakri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2020/09/novel-perempuan-tanpa-dosa-fatinilam.html