Novel Laskar Pelangi


 Tajuk : Laskar PelangiPenulis : Andra HirataCetakan Pertama : 2024Penerbit : Jejak TarbiahPenterjemah : Saadiah AliBilangan mukasurat : 270Bahasa Asal : Indonesia


Novel ini merupakan terjemahan kepada novel pertama tulisan Andrea Hirata pada tahun 2005 dan mendapat sambutan hangat di Indonesia.Bukan sahaja di Indonesia,sehingga kini,Novel ini telah diterjemahkan ke dalam puluhan bahasa dunia termasuk Inggeris, Melayu, jepun, Jerman, Perancis, Belanda dan lain-lainnya.Novel ini juga kemudiannya difilemkan pada tahun 2008

Novel Laskar Pelangi ini mengisahkan tentang sebelas orang anak kampung di Belitung yang belajar di SD Muhammadiyah. SD merupakan singkatan kepada sekolah dasar
Mungkin bersamaan dengan sekolah rendah kalau di Malaysia
 SD Muhammadiyah sebuah sekolah yang sangat kecil. Hampir sahaja ditutup sekiranya tidak cukup 10 orang murid
Walaupun bangunannya hampir roboh dan serba kekurangan, semangat mereka untuk bersekolah tidak pernah pudar. Dengan bimbingan dua guru yang luar biasa sabar, Ibu Muslimah dan Pak Harfan, mereka menempuh hidup seharian dengan penuh cabaran, Namun sentiasa sahaja disulami dengan gelak ketawa
Setiap murid memiliki kisah yang unik, Ikal-si pencerita,Lintang- murid paling genius,Mahar- artistik & kreatif,Kucai - si ketua kelas,Trapani - harapan bangsa, Harun - anak kecil yang terperangkap dalam tubuh dewasaSahara - puteri kecil keras kepala,Dan selainnya adalah Aki, Adan, Bore’ dan FlorianaKebanyakan penduduk di pulau itu bekerja sebagai pelombong bijih timah


 Mereka bukan hanya belajar membaca dan mengira, tetapi juga belajar tentang erti kehidupan, persahabatan, keberanian, dan harapan
Lebih daripada sekadar kisah sekolah dasar, Laskar Pelangi mengingatkan kita tentang kepentingan pendidikan,Kehidupan yang berlandaskan keikhlasan, kasih sayang, kekeluargaan dan persahabatan,Tidak ada pembulian atau penganiayaan sesama sendiri

Novel ini mampu membuat kita tersenyum dan menangis
Ya, Mama Yan menangis
Sedih sangat ketika Lintang yang genius terpaksa mengundurkan diri dari alam persekolahan. Kematian ayah dan terpaksa menggalas urusan orang dewasa,Pedih dan sedihnya tu…Sampai ke dalam dada

 Bila melihat senario yang meruntun hati sebegini,Kita menjadi lebih termotivasi  untuk lebih menghargai setiap ruang dan peluang yang kita miliki dalam hidup

Sekian, wassalam









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2025/08/novel-laskar-pelangi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pocky Celebrates Merdeka With Limited Edition Pocky Durian And Pocky Ondeh Ondeh Flavours

Perikanan Ternakan Ikan Sangkar Sumber Pendapatan Sampingan

120 Degrees And Still They Come The Allure Of Death Valley In The Summer

Konsert Peranakan A Musical Legacy Meraikan Kepelbagaian Warisan Baba Dan Nyonya Asia Tenggara

Drama Putri Phrince

Finance Minister Ii Govt Shelves Mega Projects To Prioritise Schools Rural Clinics And Welfare

Habis La Timbalan Perdana Menteri Kita

Biodata Qistina Rania Pelakon Cantik Dari Kelantan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Novel Laskar Pelangi

Pernah Dengar Mengenai Hyperparathyroid Jom Fahami Punca Gejala Dan Rawatannya

Building Products That Retain Users

Cara Masak Telur Rebus

Kejohanan Dunia Wan Arif Kurang Sihat Persiapan Beregu Lelaki Sedikit Terganggu

Mahu Rehat Daripada Berlakon Tapi Baru Dua Minggu Sudah Gatal Tangan