Mahu Rehat Daripada Berlakon Tapi Baru Dua Minggu Sudah Gatal Tangan




PETALING JAYA: Hajat pelakon, Datuk Remy Ishak, 42, untuk berehat panjang daripada dunia lakonan belum terlaksana apabila jadual kerjanya padat sehingga tahun hadapan.
Menurut Remy, perancangan asalnya dia mahu meluangkan masa bersama keluarga terutama anaknya, Tuah Alam yang kini sedang membesar. 
“Memang saya jarang kongsi kerja di media sosial tapi sebenarnya jadual saya agak padat dan baru sahaja selesai penggambaran filem aksi seram, Mikail. 
“Sepatutnya lepas projek itu, saya memang berjanji dengan diri sendiri untuk berehat. Saya sudah maklumkan kepada semua orang, malah saya terpaksa menolak tawaran satu filem daripada pengarah Adrian Teh kerana benar-benar mahu berehat.
“Saya ingatkan bolehlah berehat, tetapi kemudian datang pula tawaran lain. Saya sudah beritahu isteri yang saya mahu berehat, tetapi nampaknya tak boleh,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Tambah pemegang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-31 itu lagi, ada drama yang ditulis dengan skrip berkualiti membuatkan dia berat hati untuk menolak tawaran tersebut.
“Ada skrip daripada Media Prima yang susah untuk saya katakan tidak, sebab skripnya bagus. Jadi sekarang saya sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri itu sehingga September ini.
“Selepas itu, saya akan masuk ke set penggambaran filem lain pula. Jadual saya berterusan dan sudah terisi sehingga hujung tahun depan. Jadi, perancangan untuk berehat itu hanyalah dalam mimpi,” selorohnya.
Dalam pada itu, pelakon Sangkar itu juga mengakui dirinya seorang yang kuat bekerja membuatkan dirinya sukar membiasakan diri untuk berdiam tanpa melakukan sebarang aktiviti seni.
“Sejujurnya saya ini seorang workaholic. Saya cuba merancang untuk berehat sebulan dua, tetapi tak boleh. Masuk minggu kedua sahaja, tangan sudah mula ‘gatal’ untuk kembali bekerja,” katanya. -UTUSAN
 




Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/19/mahu-rehat-daripada-berlakon-tapi-baru-dua-minggu-sudah-gatal-tangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Sahkan Dua Pelajar Maut Jatuh Kondominium Siasat Dakwaan Buli

Polis Sahkan Dua Pelajar Maut Jatuh Kondominium Siasat Dakwaan Buli

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 2009 hits
Polis Sahkan Dua Pelajar Maut Jatuh Kondominium Siasat Dakwaan Buli KUALA LUMPUR 22 Ogos Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus mengesahkan dua insiden melibatkan pelajar institut pendidikan tinggi swasta di Setapak yang terjatuh dari ...
Artikel Pilihan Op Northern Star Datuk Seri Dua Datuk Antara Enam Tangkapan Baharu Rm97 69 Juta Harta Disita

Artikel Pilihan Op Northern Star Datuk Seri Dua Datuk Antara Enam Tangkapan Baharu Rm97 69 Juta Harta Disita

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 1571 hits
Kuala Lumpur 22 Ogos 2025 Enam lagi ditahan termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri susulan skim penipuan pelaburan membabitkan MBI International Group menerusi Op Northern Star dengan lebih RM97 69 juta harta disita dan dibeku...
Dua Pelakon Didakwa Bercinta Bergambar Sambil Bercumbu

Dua Pelakon Didakwa Bercinta Bergambar Sambil Bercumbu

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 283 hits
Gambar Sekadar Hiasan Dua pelakon terkenal menjadi perhatian apabila didakwa berkelakuan tidak sopan sewaktu bergambar di sebuah photobooth di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur baru baru ini Artikel Berkaitan Kantoi bergambar tak s...
Motosikal Sendiri Terbakar Selepas Khianat Bakar Dua Kereta

Motosikal Sendiri Terbakar Selepas Khianat Bakar Dua Kereta

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2762 hits
Sinar HarianRakaman CCTV menunjukkan kelibat suspek membaling cecair sebelum kenderaan itu terbakar Sinar HarianMELAKA Seorang lelaki nyaris rentung selepas motosikal yang ditungganginya turut disambar api sejurus membakar dua buah kereta d...
Kes F A 18d Hornet Dua Anggota Tudm Dirawat Di Hospital

Kes F A 18d Hornet Dua Anggota Tudm Dirawat Di Hospital

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 1080 hits
Dua anggota TUDM dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan bagi menerima rawatan susulan kemalangan pesawat pejuang F A 18D Hornet milik TUDM pada 21 Ogos 2025 KUANTAN 21 Ogos Sebuah pesawat pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia ...
Konsert Elite Warriors Tambah Dua Kategori Tiket Baharu

Konsert Elite Warriors Tambah Dua Kategori Tiket Baharu

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 6537 hits
Oleh Aliyaa Azmi AURA nostalgia dan semangat peminat muzik 90 an bakal meledak di Dewan Plenari KLCC apabila konsert Elite Warriors tampil dengan kejutan baharu iaitu dua kategori tiket tambahan yang lebih istimewa dan mampu milik khas untu...
Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia